Seperjalanan yang memakan waktu
yang mewajibkan aku untuk menghadiri khursus::
Tanggal 22 Mac 2018 dari Labuan
ke Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Perak Darul Redzuan.
Perjalanan Kuala Lumpur Ke Kampar Perak memakan masa lebih kurang 2 jam 30 min dengan beberapa kali perhentian.
Khursus yang memakan masa selama 7 hari ni membawa aku untuk bersua dengan
lebih ramai kenalan dari seluruh Malaysia. 5 Orang wakil daripada Borneo untuk
mengikuti Khursus kali ini. Khursus PTM (Program Transformasi Minda) merupakan
khursus wajib bagi setiap warga kerja kerajaan.. Aku seterusnya dibawa untuk mendaftar diri di Kem Rakan Muda Kampar, Perak sebelum memulakan kursus selama 7 hari ini.
Sesi pengenalan diri di awal
khursus seperti yang telah diduka. Walaupun agar suram pada mulanya aktiviti
semakin meriah ketika hari ketiga iaitu aktiviti kembara. Kami menuju Ke Bukit
Batu Berangkai, Kampar Perak. Memerhati
keindahan yang sangat memukau dan terasa diri begitu lama tidak mendekati alam
yang kian hilang. Trak yang agak landai dan
tidak memenatkan ini terasa terbeban apabila tugasan yang diberikan adalah
untuk memikul bebanan air baldi untuk setiap setiap kumpulan. Akibat daripada
kecederaan yang aku alami, (Plantar fasciitis) aku tidak mempunyai kekuatan
untuk membantu semasa baldi berisi air tersebut dibawa sepanjang perjalanan.
Aku hanya mampu untuk menjadi Jurukamera sepanjang perjalanan kami.
Aku sangat tertarik dengan keindahan bunga-bungaan orkid Hutan yang masih banyak dan segar dikawasan sekitar ini.
Aku sangat tertarik dengan keindahan bunga-bungaan orkid Hutan yang masih banyak dan segar dikawasan sekitar ini.
Kawasan hutan ini terdapat
kawasan air terjun menjadi tumpuan pengunjung. Antara kemudahan yang disediakan
adalah wakaf untuk pengunjung. Air terjun ini mempunyai air yang jernih dan
selamat untuk dinikmati, walaubagaimanapun kawasan yang agak deras dan berbatuan
memerlukan pengawasan bagi kanak-kanak
kecil.
Hari-hari berikutnya diserikan dengan khursus didalam kelas untuk menjadi seorang kakitangan kerajaan yang berjaya. J J
Sebelum kaki melangkah pergi aku
terpaksa bermalam di Kuala Lumpur dan sempat untuk ronda-ronda malam. Balik ke Pulau pada pukul 8.30 pagi. 30 Mac 2018 Tamat.....
Berada di atas kepulauan Riau |
Aisehhhhh ��
ReplyDelete