@L@

Monday 9 April 2018

Misteri Homestay Kundasang


31 Mac 2018

Belum hilang penat dari Perak aku terus ke Kundasang ke esokan paginya.

Perjalanan yang telah dirancang berbulan-bulan lama tidak akan Aku sia-siakan. Menaiki Feri kenderaan pada pukul 6 pagi dengan harga RM 40 sehala selama 2 jam. Setiba di Menumbok pada pukul 8.00 pagi memulakan perjalan terus ke Kundasang. Singgah sebentar untuk mengambil seorang rakan yang tinggal di Kota Kinabalu menjadikan kami berlima untuk terus ke Kundasang. Namun sebelum itu, singgah sebentar di Sushi King menghilangkan gian setelah sekian lama.


Dengan tujuan utama adalah untuk barbeque di Gunung Kinabalu barang untuk dipanggang telah siap di perap seawalnya, antaranya adalah Sayap Ayam, Paha Ayam, Sotong, dan Sayur-sayuran. Kami menyambung semula perjalanan dengan beberapa kali perhentian terus ke Homestay penginapan.  Homestay yang terletak jauh keatas Dairy Farm menyediakan pemandangan yang indah dan keadaan kedinginan yang menyamankan.

Homestay yang kami duduki sangat cantik dengan keadaan senibina inggeris yang ringkas dengan kadar bayaran RM300 semalam dengan 2 Bilik, 3 katil single dan 1 katil Queen. Sesampai sahaja di Homestay pada pukul 3.40 petang kami terus menerus untuk memulakan barbecue, setup api dan membahagikan tugas. Aku ditugaskan untuk menyalakan api, kawan-kawanku menyediakan sayap ayam, sayur-sayuran dan peralatan yang lainya. Semua kelihatan baik dan tiada perkara yang ganjil belaku.

Setelah semua sibuk berada dibelakang rumah untuk memanggang Aku masuk ke dalam sebentar untuk kunci dan menutup pintu hadapan; semua barang-barang berharga berada didalam rumah. Aku juga memberi peringatan kepada kawan-kawan yang lain agar melakukan perkara yang sama sekiranya mereka berada di dalam rumah. Setelah api telah siap untuk digunakan Aku masuk semula ke dalam untuk memasak Tom Yam Campur. Api diluar mulai tidak bermaya berkemungkinan disebabkan berada di latitude yang tinggi (2000M atas aras laut) arang sukar untuk dinyalakan dengan keadaan suhu yang mulai menurun.

Tujuan untuk ke kundasang kali ini selain untuk berbeku, adalah untuk membuat kejutan sambutan hari lahir seorang rakan yang jatuh pada  1 April. Untuk mengelakkan rancangan ini terbongkar , Pian, rakan kami tidak dibenarkan untuk naik ke tingkat atas Homestay kerana terdapat kek didalamnya beserta peralatan surprise.

Kini ia bermula;

Hari kian menghilang, rakan aku, Syam mendengar tapak kaki ditingkat atas dan menyangkakan Pian berada ditingkat atas, Aku dengan pantasnya memberi respons bahawa Pian berada di dalam bilik tingkat bawah dan tiada orang di atas… bunyi tapak kaki itu juga didengar oleh Caong yang berada didalam rumah sambil melayan movie korea.

Semua kembali keluar rumah, Aku masuk sebentar untuk mendapatkan pisau dan pintu hadapan terbuka, aku menutup dan menguncinya semula dengan beranggapan mungkin salah seorang rakan telah membukanya. Aku kembali keluar sambil membantu menyiapkan sayur-sayuran yang masih berbaki disebabkan api bara yang makin sukar untuk dinyalakan. Sayap ayam , paha ayam dan sosej masih belum ada yang siap untuk dihidangkan. Jam telah menunjukkan 7 malam dan telah masuk waktu mahgrib pada waktu itu, untuk meleraikan kelaparan semua, kami menjamah Tom Yam sambil menunggu barang pangang siap. Aku mengingatkan sekali lagi untuk mengunci pintu hadapan dan ya rakan ku Zam membalas, pintu tidak dikuncikan, dan Zam mengunci sekali lagi.


Aku mulai memikirkan sesuatu diluar norma manusia melakukannya. Aku lebih berhati-hati agar menjaga barang berharga dan kemungkinan yang akan berlaku. Malam kini belabuh, seorang demi seorang menyiapkan diri sebelum hari semakin membeku, aku menggantikan rakan aku diluar untuk memasak ayam, arang semakin mudah untuk dinyalakan berbanding petang tadi. Banyak makanan telah siap untuk dimakan. Sambil mengipas ayam masih berbaki diluar, banyak kelibat kurasakan yang menggangu tumpuan untuk aku fokus, namun ku biarkan saja. Sesekali 2 3 orang penghuni Homestay yang lain melalui kawasan sekitar. Pian telah siap menyegarkan diri dan menemani aku diluar sambil merasa kedinginan bayu gunung yang kian terasa.

Dia yang mudah untuk terlihat intiti tersebut mula memanggil dan menceritakan ada intiti sedang memerhati di pohon mulberry berdiri dan mandang tepat kearah kami. Aku tidak terasa seram atau sebagainya namun, aku mulai terasa lain apabila dia mula menyatakan semakin ramai yang datang dan berlari-lari dikawasan tersebut. Aku cuba memerhati dan melihat kawasan sekeliling namun tidak berhasil. Kawasan yang agak gelap, amat tidak sesuai untuk membawa anak kecil. Pian mula membersihkan kawasan sekitar yang bersepah dengan tulang ayam yang telah diberikan kepada beberapa ekor kucing sekitar.


Pian dan Aku terus berdiam sehingga semua sayap ayam habis dipanggang, Syam keluar dan seperti mengerti dan kami mengiakan saja. Kami meneruskan aktiviti dengan memanggang Paha Ayam. Jam sedang menunjukkan 9.30 malam jiran Homestay pulang ke rumah dengan anak yang merengek , baru pulang makan malam kali.  Syam menyangkakan mungkin mereka tidak selesa dengan keadaan asap dari memanggang itu tadi dan menyarankan untuk menamatkan aktiviti barbecue sejurus selesai semuanya. Sepanjang aktiviti kami ditemani dengan music untuk mengilangkan kesunyian kawasan tersebut. (sungguh tidak sedar diri waktu tersebut)…  Walaubagaimanapun, budak tersebut merengek disebabkan gangguan makhluk halus yang berada disekitar homestay tersebut. Kami berkemas dan masuk ke dalam rumah, Jam menghampiri 10 malam.

Kesemua hampir tidak bermaya untuk menunggu sehingga detik 12 tengah malam untuk membuat kejutan dan kami terus membuat kejutan sewaktunya. Aku memberi isyarat untuk membawa Pian keluar, dan Syam bersama-sama membawa Pian ke tempat letak kereta untuk mengambil kad permainan UNO, sebagai alasan. Mereka melalui pintu dapur disebabkan selipar dan kasut semua berada di belakang semasa barbecue tadi. Aku memasukan saki baki selipar kedalam rumah dan mengunci pintu dapur dan mengarahkan mereka untuk melalui pintu hadapan. 

Aku membuat panggilan kepada Syam agar melengah-lengahkan masa agar kami dapat membuat persiapan untuk melakukan kejutan, hanya aku berada di tingkat bawah seorang, Setelah Surprise birthday selesai, aku ke dapur untuk membersihkan kek yang telah terkena percikan api tadi untuk dimakan. Agak mengejutkan aku bila pintu dapur tersebut terbuka sebesar-besarnya. Aku cuba untuk berfikir positif dengan bertanya ada sesiapa yang keluar melalui pintu dapur tersebut, dan semua menidakkannya. Pintu ditutup semula, dengan semua berwajah kehairanan. Kerana aku dan Syam begitu yakin yang pintu dapur tersebut telah di tutup semasa mereka berdua beredar menuju ke tempat letak kereta. Pada waktu  petang pintu akan tertutup sendiri dan susah untuk dibiarkan terbuka tanpa sesendal. Bagi mengelakkan terjadi sesuatu yang lain kami menamatkan cerita berkenaan pintu tersebut agar suasana tidak terlalu dingin dan menyeramkan. Budak sebelah rumah masih lagi merengek menangis…..

Kami kemudiannya sepakat untuk berkumpul di bahagian atas sambil bermain UNO kad. Jam menunjukkan 12 malam dan semua mata terasa kelat. Keadaan yang semakin mendingin menjadikan bawah selimut adalah yang terbaik.  Mataku tercelik dan terpandang sesuatu di bahagian dalam bilik, tapi tidak ku endahkan dan aku meneruskan tidur.

1 April 2018 

Jam lonceng berbunyi menunjukan pukul 5 pagi, subuh sudah menanti. Suasana pagi lebih ringan berbanding semalam. Selesai menunaikan kewajiban aku terus memulakan memasak  untuk sarapan pagi. Tiada perkara seram selepas itu, bersarapan ditemani pemandangan gunung yang sangat indah. Bersiap-siap untuk memulakan perjalanan turun pada pukul 9.30pagi.

Engin kenderaan tidak dapat dihidupkan, cuba untuk mencari penyelesaian, akhirnya meminta bantuan daripada pemilik homestay untuk melakukan Jumper. Mengambil masa 30 min sebelum semuanya berakhir. Keadaan agak suram seketika. Singgah seketika di perhentian bunga untuk melihat Anggerik untuk dibawa balik. “Agak keciwa dengan harga yang ditawarkan lebih mahal berbanding di Labuan.”

Kami terus meluncur laju sehingga ke T

uaran untuk menukar bateri kereta baru. Setelah semuanya selesai barulah semua dapat menghela nafas lega. Sebelum daftar masuk ke Hotel Apartment singgah untuk menghantar Caong untuk balik ke rumah. Daftar Masuk pada pukul 2.45 petang dengan kadar harga RM144.45 semalam. Berehat sebentar melepaskan sengal dibadan sebelum meneruskan perjalanan. Mencari kudapan petang, sambil bercerita pengalaman semalam, Pian menceritakan perkara sebenar pada malam tersebut, terdapat 2 intiti berada didalam rumah tersebut dan keputusan yang terbaik adalah tidur ditempat yang berdekatan bagi mengelakkan benda tersebut menggangu. Satu intiti tersebut tinggi dan satu lagi adalah dalam keadaan bongkok sentiasa memerhati pergerakan kami. Semua terlerai dan kami selamat daripada perkara buruk berlaku.

Kami seterusnya menuju ke Imago untuk mencari kudapan petang dan Makanan Korea menjadi pilihan dengan purata harga RM15-RM20 satu hidangan. Lupakan segala misteri kerana telah selamat sampai ke tanah rendah... Sambung menonton wayang "Ready Player One". Seakan-akan anime Sword Art Online tetapi jalan cerita agak perlahan dengan pengenalan setiap watak, namun diakhiri dengan aksi yang bagus. Setelah habis menonton seterusnya ke AlamMesra untuk menikmati Ayam Penyet dengan Harga RM 8.00-RM12.00 yang terasa sempurna dengan sambal yang terangkat pedas. 

Tiada cerita seram untuk malam ni, semua terasa letih dan  menyambung bermain Heroes Evolved (HE). 

 Last Day,  2 April 2018

Sejuk tetapi tidak sesejuk menyengat kundasang semalam, pukul 5 pagi. Seorang demi sorang terjaga, dan merancang perjalanan pagi ini seterusnya pulang pada sebelah petang. Sambil menunggu hari terang tangan ligat bermain game HE. Bergerak Ke YSG Bioscape Sdn Bhd pusat penyelidikan Orkid Yayasan Sabah untuk melihat sendiri dan membeli Orkid yang berada disana dengan harapan harga yang ditawarkan murah dan mampu milik. Sesampai sahaja kami disana kami di sambut dengan kakitangan YSG, banyak Orkid yang berada disana, walaubagaimanapun, melihat keadaan okid tersebut ianya masih memerlukan penjagaan yang rapi selain daripada pegawai yang bertugas berkenaan orkid tersebut tidak ada pada waktu tersebut. Maka timbul kesukaran untuk kami bertanya harga bagi setiap jenis Orkid. Harga yang ditawarkan agak tinggi berbanding tempat-tempat lain. Namun begitu kami hanya mampu untuk "window shopping" dan melihat kawasan sekitar.. Menurut pegawai pengiring tersebut mereka menjalankan kajian menggunakan kaedah tunasan tisu bagi jenis Dendrobium selain mencuba untuk hybrid orkid-orkid tersebut. Manakala bagi jenis Phal agak kurang disini.



Setelah puas melihat kawasan sekeliling, kami bergerak ke Suria Sabah untuk menikmati makan tengahari iaitu Sushi King dan Hokaido Tart. 

Setelah puas berada di Suria Sabah kami seterusnya memulakan perjalanan balik ke Menumbok. Akibat tersalah waktu belayar kapal yang dijangka 8.30 malam tetapi sebenarnya pada pukul 6.30 ptg kami terpaksa bergegas balik untuk mengejar feri kenderaan. Hajat untuk singgah sepanjang perjalanan balik terpaksa dibatalkan. Sampai Labuan pada pukul 8.00 malam. 

  

        

Kem Rakan Muda, Kampar Perak


Seperjalanan yang memakan waktu yang mewajibkan aku untuk menghadiri khursus::

Tanggal 22 Mac 2018 dari Labuan ke Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Perak Darul Redzuan.


Perjalanan Kuala Lumpur Ke Kampar Perak memakan masa lebih kurang 2 jam 30 min dengan beberapa kali perhentian. Khursus yang memakan masa selama 7 hari ni membawa aku untuk bersua dengan lebih ramai kenalan dari seluruh Malaysia. 5 Orang wakil daripada Borneo untuk mengikuti Khursus kali ini. Khursus PTM (Program Transformasi Minda) merupakan khursus wajib bagi setiap warga kerja kerajaan.. Aku seterusnya dibawa untuk mendaftar diri di Kem Rakan Muda Kampar, Perak sebelum memulakan kursus selama 7 hari ini. 

Sesi pengenalan diri di awal khursus seperti yang telah diduka. Walaupun agar suram pada mulanya aktiviti semakin meriah ketika hari ketiga iaitu aktiviti kembara. Kami menuju Ke Bukit Batu Berangkai, Kampar Perak.  Memerhati keindahan yang sangat memukau dan terasa diri begitu lama tidak mendekati alam yang kian hilang.  Trak yang agak landai dan tidak memenatkan ini terasa terbeban apabila tugasan yang diberikan adalah untuk memikul bebanan air baldi untuk setiap setiap kumpulan. Akibat daripada kecederaan yang aku alami, (Plantar fasciitis) aku tidak mempunyai kekuatan untuk membantu semasa baldi berisi air tersebut dibawa sepanjang perjalanan. Aku hanya mampu untuk menjadi Jurukamera sepanjang perjalanan kami.

Aku sangat tertarik dengan keindahan bunga-bungaan orkid Hutan yang masih banyak dan segar dikawasan sekitar ini. 








Kawasan hutan ini terdapat kawasan air terjun menjadi tumpuan pengunjung. Antara kemudahan yang disediakan adalah wakaf untuk pengunjung. Air terjun ini mempunyai air yang jernih dan selamat untuk dinikmati, walaubagaimanapun kawasan yang agak deras dan berbatuan memerlukan pengawasan  bagi kanak-kanak kecil.

Hari keempat seterusnya adalah melaksanakan aktiviti CSR (Corporate social responsibility) atau dikenali tanggungjawab sosial korporat ke rumah pak cik yang telah berusia 84 tahun dan telah kematian isteri.  Pak cik yang tinggal bersama anak angkat beliau memerlukan pemerhatian dan jagaan yang rapi diakibatkan pakcik yang mempunyai masalah kesihatan. Rumah tersebut tidak mengalami kerosakan yang teruk disebabkan telah diperbaiki oleh JKM Perak, rumah tersebut hanya memerlukan pembersihan diseluruh kawasan rumah. Ini adalah disebabkan rumah tersebut dipenuhi kucing dan tidak terurus.  Sepanjang hari tersebut kerahan tenaga 60 orang digunakan untuk membersihkan kawasan rumah tersebut.



Hari-hari berikutnya diserikan dengan khursus didalam kelas untuk menjadi seorang kakitangan kerajaan yang berjaya.  J J


Sebelum kaki melangkah pergi aku terpaksa bermalam di Kuala Lumpur dan sempat untuk ronda-ronda malam. Balik ke Pulau pada pukul 8.30 pagi. 30 Mac 2018 Tamat..... 
Berada di atas kepulauan Riau