@L@

Saturday 20 May 2017

Zoo Negara, Kuala Lumpur Malaysia

Hari Pertama

Pembahagian Harta
Memulakan perjalanan  daripada Labuan ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan Tambang Murah Airasia dengan nilai RM 170 pergi dan balik. Bersarapan pagi sambil menunggu penerbangan pada 10.25pagi. Penerbangan Labuan ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 2jam 30 minit dengan ketinggian 33000 kaki dari aras laut. Cuaca sangat mengizinkan dan cerah sepanjang perjalanan. Setibanya di KLIA 2 pada pukul 12.10 tengahari, Aku dan teman-teman seramai 7 orang bergerak ke kawasan “Food Court” untuk menikmati makan tengahari.


Seusai menikmati makan kami terus bergerak ke Hotel penginapan The Golden Palace dengan kadar harga RM98 semalam untuk satu bilik. Nama yang gah tidak mengambarkan perkhidmatan yang cemerlang. Keadaan hotel yang agak berselerak, tidak teratur dan sedikit kotor amat bersesuaian dengan penginapan bajet. Berehat seketika untuk melepaskan penat sebelum memulakan perjalanan ke Stesen Masjid Jamek pada pukul 4.00 petang untuk membeli barang yang diidam-idamkan.


Danau Kota
Aku kemudiannya bergerak sendirian untuk berjumpa teman-teman di Kuala Lumpur. Aku bergerak ke Setapak Central Mall pada pukul 8.00 untuk makan malam di Sarawak’s Bowl dengan pesanan Mee Kolok 3 rasa dengan harga RM15.00. Sangat menyelerakan 3 rasa (soy souce, taucu, dan sup) dengan kuantiti makan untuk 2 orang. Berada di Setapak Mall sehingga pukul 11 malam sebelum ke Pasar malam Uptown Danau Kota. Keadaan Pasar Malam yang meriah dengan pengunjung yang tidak putus-putus dengan jualan barangan yang pelbagai sangat menarik dengan telatah pemilik-pemilik gerai membuat promosi. Sehingga larut malam pukul 2.00 pagi kembali semula ke Hotel penginapan.

Hari Kedua

Lonceng berbunyi pada pukul 6.00 pagi untuk aku bersedia bergerak untuk perjalanan hari kedua. Kelihatan wajah-wajah teruja untuk bergerak meninjau ibu kota. Bersarapan roti dan biskut yang dibeli sebelum memulakan perjalanan. Berkumpul di lobi hotel pada pukul 9.00 pagi dan bergerak menuju Ke Zoo Negara menaiki Grab teksi dengan harga RM17 jalan sehala. Perjalananan mengambil masa 30-45 minit dengan keadaan jalan yang sedikit sesak. Kami dihantar oleh seorang pakcik dalam lingkungan 60 an berbangsa cina yang sangat peramah dan menerangkan setiap tempat yang dilalui.



Sesampai di Zoo Negara pada pukul 10.45 pagi dan membeli beberapa makanan sebelum masuk ke Zoo Negara. Bayaran masuk untuk zoo negara adalah RM 44 untuk dewasa dan RM16 untuk Kanak-kanak manakala warga emas berharga RM21.  Zoo Negara buka pada pukul 9.00 pagi dan tutup pada pukul 5.00 petang. Terdapat bermacam-macam jenis haiwan dari sepsis burung,  mamalia dan reptilia. Tidak dilepaskan peluang untuk berjumpa dengan binatang berbulu hitam dan putih Xing Xing dan Liang Liang dengan kondo mewah berhawa dingin.

Ceritanya …

Menurut sebuah dongeng dari negara Tibet, seluruh badan Giant Panda asalnya berwarna putih. Mereka gemar bermain dengan seorang gadis gembala yang baik hati dana mat disayangi ramai.

Pada Suatu hari, seekor harimau bintang telah menyerang seekor anak Gaint Panda yang merayau jauh dari ibunya. Mendengar jeritan si kecil, gadis gembala cuba menyelamatkan kawannya itu.

Bila hidup anda tidak bermakna maka jadilah Panda, hidup selesa dikondo mewah.


Anak Gaint Panda Berjaya melarikan diri, tetapi malangnya si gadis gembala terkorban.

Semua Gaint Panda telah mengadakan sebuah upacara pengebumian untuknya. Mengikut adat tempatan , abu hitam disapu pada tangan mereka sebagai tanda kesedihan. Sambal menangis dan memeluk satu sama lain abu hitam itu turut melekat pada buli di bahagian-bahagian lain tubuh mereka.

Semenjak peristiwa itu, bulu pada mata, telinga serta kaki Gaint Panda berwarna hitam.

                                                                                                                                                                                ~ Sekian
Sumber Zoo Negara


Kami berada di Zoo Negara sehingga menghampiri pukul 3 petang. Kemudiannya bergerak semula ke Plaza Low Yat untuk membeli peralatan komputer dan gadget. Harga yang ditawarkan tidak terlalu murah tetapi dengan pilihan yang lebih banyak memudahkan untuk pembelian. Setelah itu, Jam telah menunjukkan puku 5.00 petang dan kami terus mencari makanan untuk disantap. Pada pukul 7.00 malam pulang semula ke Hotel untuk menyegarkan badan dan bersiap untuk ke Berjaya Times Square. Pada sebelah malam pula, hanya melihat sekitar shopping mall, dan teman ku berbelanja sakan sebelum balik.

Jam menunjukkan pukul 10.30malam, perancangan aktiviti seterusnya belum ditentukan, dari tengok wayang ke bowling semua seakan tidak menjadi, kemudiannya kami duduk lepak di Starbucks kerana hanya kedai tersebut sahaja yang buka pada pukul 11.30malam. Kami berangkat balik ke Hotel penginapan pada pukul 12.30am setelah diberi isyarat kedai akan tutup. Singgah ke Seven11 untuk membeli barangan makan ditengahmalam, Sebelum HE game menular. 

Hari ketiga

Bangun agak lewat, dan kami bergerak dari hotel pada pukul 10.00 pagi dengan barang sedia packing untuk check out hotel.  Kami kemudiannya kembali ke Berjaya Times Square untuk menikmati permainan Indoor terbesar di Malaysia. Malangnya beberapa permainan tersebut masih didalam penyelenggaraan. Kami terus ke Food Court untuk menikmati "Brunch" pada hari ini. Kami membuat keputusan untuk bergerak ke Pasar Seni dan Petaling Street untuk  menghabiskan sisa-sisa waktu yang tinggal. Sesampainya kami di Pasar Seni, kami terus menuju ke Food Court pada pukul 4.00 petang untuk minum petang. Membuat tinjauan di Pasar Seni dengan hanya "Window Shopping" kemudiannya bergerak ke Petaling Street, tempat yang tidak sesuai untuk anda membawa anak-anak kecil bersama, dengan persekitaran yang tidak selesa dan keadaan yang kotor. 

Menyempat dalam Bas
Pada Pukul 7.00pm kami bergerak ke KL Sentral untuk bertolak ke KLIA 2 dan bermalam disana berikutan penerbangan pada pukul 6.30pagi. Tambang Bas dari KL Sentral Ke KLIA 2 adalah RM12.00 seorang dengan mengambil masa lebih kurang 45-60 minit.

Tiba di KLIA 2 mencari "port" terbaik untuk lepak sehingga pagi menunggu penerbangan. Makan Malam tidak dilupa dengan Menu makan malam adalah daging sizzling. Pukul 10.00 malam semua shopping mall mula melabuhkan tirai untuk tutup. Kami terus ke port yang dirasakan strategi untuk bermalam. 

Hari Pulang. 

Bangun seawal 4.00pagi untuk bersiap balik, kepada yang ingin menyegarkan badan, "shower room" berada di tingkat check in bagasi. 5.30 pagi bersarapan di Sub Way, ringkas dan padat. kemudiannya terbang pulang ke Labuan dan tiba pada pukul 10.30 pagi.

Pulang dengan bergembira