@L@

Monday 31 January 2011

Pengembaraan bermula




Fuh!!!!.... akhirnya selamat sampai kembali ke batu pahat. pengembaraaan ku yang pertama telah tercapai, baru sebulan berada di semenanjung Malaysia sebagai student di salah sebuah IPTA di sini.Akhirnya impian untuk memulakan pengembara sebagai anak rantau bermula.

Bergerak seawal 7.00 pagi dari IPT ke stesen bas, sebelum memulakan perjalan bermacam-macam info dicari untuk melengkapkan pengetahuan sebelum memulakan perjalanan. Sampainya di stesen bas Batu pahat, kemudiannya mencari kaunter tiket untuk ke melaka, setelah puas mencari akhirnya terjumpa stesen bas untuk perjalan domestik dan antarabangsa. setelah puas bertanya dengan penjaga kaunter akhirnya aku membeli 2 keping tiket untuk ke melaka.. Tiket berharga RM9.00 tidaklah semahal yang disangka.. pada tiket jam menunjuk waktu bertolak pada jam 10.15 am..Namun jam masih menunjukkan 9.30am.. mencari-cari kedai terdekat untuk breakfast.. Aku membeli beberapa keping roti untuk dijadikan bekalan..

Jam 10.10am. aku menunggu di platform bas .. bas kemudiannya tiba pada jam 10.20Am... dengan rasa excited aku duduk di sebelah tingkap bas, kononnya untuk melihat pemandangan semasa dalam perjalanan nanti.. bas mula bertolak..beberapa minit kemudian aku mula terasan kedinginan penyaman udara bas.. try untuk memanaskan badan semampunya, diburukkan lagi dengan keadaan hujan yang lebat diluar bas menyebabkan aku semakin kesejukan.. cuba untuk mengalihkan perasaan dengan memerhatikan di luar tingkap.. namun semuanya hampa kerana hujan semakin lebat dan menghadkan jarak penglihatan..jam menunjukkan 11.15am mata ku semakin jealous untuk melihat keindahan diluar, terasa sangat berat.. aku tertidur selama 15 minit... bila ku sedar hujan kembali reda dengan sedikit hujan renyai2.. dan skrg aku masih berada di Muar, kemudiannya mencari roti yang dibeli di stesen bas untuk menghilangkan rasa mengantuk..



Melihat keluar hanya ladang kelapa sawit sepanjang perjalanan dan diselang selikan dengan beberapa buah rumah... mataku cuba untuk mencari sesuatu yang menarik selain daripada ladang kelapa sawit kemudiannya aku tertarik ada funfair baru dibina mungkin akan digunakan untuk musim cuti sekolah ini.... teringin rasanya untuk kesana.. hehehe.. bas masih memecut untuk sampai ke destinasi.. aku tiba di Melaka sentral di platform A katanya.. mencari kenalan di Melaka untuk tumpang bermalam.. setelah SMS dan call dibuat akhirnya my friend datang.. kemudiannya dibawa ke rumah sewanya di Bukit Beruang... rasanya pertempatan Cina...

Aku hanya berehat buat seketika untuk menghilangkan penat untuk memulakan perjalan keesokkan harinya.. lagipun kawanku masih mempunyai kuliah pada petang tu.. aku mula keluar disekitar kawasan perumahan.. mencari untuk makan malam rasanya... berjalan selama 7-10 minit untuk ke kedai berdekatan...melihat kiri dan kanan semuanya kawasan perniagaan cina... aku semakin curiga.. "Aku salah tempat lagi ker??" terus berjalan untuk mencari kedai makan melayu.. terus berjalan terjumpa plak kedai makan.. dekat luar Bismilahnya pun dah besar.. tapi rasa was2 masih ada penjaganya semuanya "mat2 bangla" ...aku membatalkan hasrat untuk makan disitu.. didalam terus berjalan mencari makan terdetik dalam hatiku.." aku yang terlalu memilih atau sikap berwaspada yang terlebih".. kerna byk cerita2 yang aku dengar,kita senang terpedaya kalau termakan sesuatu.... . aku terus berjalan aku ternampak signboard dia Medan Selera Bukit Beruang... dalam hati aku mesti ada masakan melayu kat dalam ni.. masuk sahaja kat dalam 2 kecewa yang teramat sangat kedai2 melayu tak buka waktu pagi hanya buka waktu malam bermula jam 8.00pm. huh..!!. untuk menghilangkan rasa kecewa aku membeli beberapa jenis kuih untuk merawat kekecewaan..

Sewaktu dalam perjalan pulang kerumah kawan terserempak plak dengan seorg mamat ni.. rasanya boleh diketegorikan sebagai mamat penipu kot..umur dia dalam awal 40-an.. nak menipu tapi tak brapa nak pandai.... "katanya" nak minta tolong minta duit tambang ke Kuala Lumpur..sbb wallet dia dah tertinggal kat kereta kawan.. dah panjang lebar dia terang menerangkan.. akhirnya aku dengan selamba dan takda perasaan aku ckp sorrylah bang kitaorg pun tak dapat tolong.. terus aku blah dari situ... .. sbb tak tau tempat org aku lebih berwaspada.. .. tapi dah sampai kat rumah rasa kesian plak kat dia.. tapi kalau tolong dia sapa nak tolong aku plak... hehehe...

Malam 2 aku Kawan aku masih ada discussion kat McD dengan kengkawan projek dia... aku tonton movie jer malam 2....

keesokannya kawan aku nak bawa aku ke kota A famosa.. Kota Buku Sejarah katanya.... aku pun sangat teruja..dengan menaiki motorsikal yang aku rasa menyebabkan lutut aku bergegar.. mna taknya aku tak pernah naik motor sebelum nie.. memang adventure jugalah rasanya pengembaraan aku kali nie..... bertolak jam 11.00 am dari rumah dan hujan masih lagi renyai2 seperti mencemburui aku yang bercuti di Melaka...

Pergi ke Afamosa.. Afamosa tak lah besar sangat seperti yang aku sangka.. hanya sebahagian pintu dan bangunan untuk berteduh.. tapi niat dihati aku dah tercapai nak tengok sendiri depan mata seperti dalam buku teks yang aku belajar masa tingkatan 3 dulu.. kemudianya aku pergi ke gereja St paul nak tengok kat dalam bangunan.... hanya ada beberapa tulisan dan catatan pada batu , rasanya simbolik rumah ibadat.. semasa dalam perjalanan itu ramai pelancong asing antaranya dari Jepun dan spanyol..berdasarkan dari percakapan mereka....

Bergambar dengan Afamosa

Setelah itu kami ke menara jam , masa kami ke sana ada beberapa kru production tengah wat video klip lagu.., kami berehat sebentar ke tempat makan untuk menikmati cendol.. sedap jugalah.. first time dapat telah cendol..hahhaa.. hujan mulai turun kami bergegas untuk mencari tempat berteduh...

Setelah hujan mulai reda, aku dan kengkawan yang lain pergi ke Kapal Samudera... Cantik sungguh kapal ni.. unik dan rasanya memang kat dalam kapal yang sebenar... nak masuk kat Muzium Kapal ni tak mahal cuma RM3.00 jer... byk artifek2 menarik kat dalam nie.. puashati jgak lah masuk kat sini, selain dapat meliat cara kehidupan dulu dan bagaimna tawanan perang kena letak kat dalam kapal ni.... dah berpusing2 kat dalam kapal nie.. kami pun pergi kat muzium TLDM....

Dalam Muzium TLDM ni byk jugaklah senjata dan kelengkapan perang.. aku masuk kat dalam ni sambil lewa jer.. tak baca apa2 penerangan pun.. asalakn dapat lihat benda2 real ok lah.. .


Sudah aku puas bergambar kat Muzium aku ronda2 kat luar sambil take beberapa picture..cuaca tak menentu sekejap hujan sekejap panas... dalam hati aku" makin demamlah ni".. ada beberapa bot rasanya dia membawa pelancong round2 sekitar Melaka.. tapi dsbbkn masa dan cuaca yang tak menentu .. aku batalkan niat nak naik bot 2.. aku terus meronda2 sekitar Menara Taming Sari.. .. best juga klu selalu dapat melancong kat tempat sendiri..hahhaa.. ( yang penting nak melancong duit mestilah tebal)....

Dah pusing2 kat bawah Menara Taming sari, aku nak naik plak.. bayaran masuk kat menara ni RM10.00 ..jom naik..!!!....masa aku nak naik nie.. ramai jugak lah org kat dalam ni.. aku dan kawan aku pun cari tempat paling strategik supaya dpt nice view masa kat atas nanti.....kami pun pilih kat tepi pintu.... masa kat atas ni.. best sangat pemandangannya cantik sungguh .. aku pun tak nak lepaskan peluang untuk bergambar.. rupa2nya kawan aku yg sorng nie gayat sikit .. habis tangan dia berpeluh muka dia pun berubah warna.. lucu gak lah tengok dia mcm 2.. hehhehehe...Sudah Menara 2 Berpusing beberapa kali.. dia pun mulai turun.. masa kat atas 2 hujan semakin lebat..cantik pula tengok hujan dari atas.. rasanya mcm salji plak....

Setelah puas berjalan-jalan.. perut pun dah mula berbunyi.. kitaorng pun lunch kat food corner d sana.. aku order Nasi Ayam... Nasi Ayam dia simple jer..tapi sedap.. tak rugi makan kat sana..Harga dia pun berpatutan... aku dan kawan yang lain pun bercadang nak balik.. risau plak sekirnya hujan semakin lebat....
Nak naik motor lagi.. aku mula risau.. bleh ker sampai nie????..... kawan aku ni pun dengan confident memulakan perjalan untuk pulang kerumah.... sesampainya kitaorg kat satu simpang.. rupanya dia dah sesat jalan.. kita dah guna jalan nak ke muar johor.. sambil bergurau aku kata dengan kawan aku" ko nak hantar aku balik terus ke batu pahat kah???.. hahhaa.. kami sempat lagi ketawa dan bergurau... hujan semakin lebat.... kami mula mencari jejak untuk kembali kejalan yang lurus..dia mula yakin apa bila ternampak satu bangunan sebagai penunjuk arah ke rumah.... dia pun memecut motorsikalnya dengan laju.. hati aku bertambah risau... tabahkan hati dan berdoa sajalah yang dapat dilakukan pada masa itu.... dari situ baru aku dapat rasakn bagaimna perasaan penunggang motorsikal masa hujan lebat.. dah lah kena air hujan menyebabkan sakit bertambah2 lagi sejuk bila semua baju dah basah.... harap kamera yang digunakan tak rosak disebabkan air...(risau sbb kamera pinjam)..

Sampai kat rumah aku terus mandi dan berehat.. takut2 demam semakin teruk.... hujan semakin lebat.. niat nak p zoo malamm itu terpaksa di batalkan...kitaorg hanya menonton movie bagi menghabiskan masa yang ada,..

Hari terakhir aku di Melaka, bergerak dari rumah jam 11.00am.. bergerak awal supaya bleh round2 lagi kat Melaka Sentral.. ... kami naik Bas Tuah.. katanya driver bus nak p melaka Central tapinya dia bawak kami pusing2 kat sekitar Mydin dan Kota Feksyen kat sana.. klu bleh p sana ok jgak .. ini jak dari bus jer..dia pusing beberapa kali sehingga jam 12.00pm... sakithati juga dengan driver bus nie.. selamat dia bawa tempat yang kitaorg tak pernah pergi...dapat juga lah tengok sekitar bandar melaka... Sampai saja kami di melaka central terus mencari tempat kaunter tiket takut tak da bus..... kita org akan bertolak jam 1.30pm. ada lebih kurang 1jam bleh gak jalan-jalan kat Melaka Sentral. terjumpa dngan berbagai aksi dan ragam masa kat MC ( Melaka Central).. Masa kat MC ni. barang2 cenderamata dia semua murah2. dan bermacam pilihan.. nak belikn kwan untuk ole2 tapi tak cukup duit plak.. erm.... kasi apa yang ada je lah..( yang penting hati ikhlas).... jam menunjukkan jak 1.20pm.. aku pun bergerak ke platform bas.. jam 1.30pm bas tak juga muncul.. tanya kat akak kaunter 2 bas sampai jam 2.00pm disbbkn cuaca buruk dan bas terpaksa dibawa dalam kelajuan selamat... bagaikn menunggu pisang masak.. penantian satu penyeksaan... kawan2 aku kat melaka pun tunggu gak bas aku....2.15pm bas bru sampai..


.. Perjalanan pulang bermula .... dalam perjalanan aku hanya mematikan diri.. untuk mencari ketenangan setelah membuat penantian yang tidak sepatutnya.... setelah aku terjaga aku kini berada di bandar muar.. rupanya bas tersebut menghantar beberapa penumpang ke muar.. ( rasanya penumpang tak da tiket ).... hujan semakin lebat.. aku kembali kesejukan didalam bas.... setelah beberapa jam didalam bas.. akhirnya aku tiba diterminal bas Batu Pahat pada jam 4.45pm.....Batu Pahat jga hujan lebat.. dan ada beberapa tempat dah dinaiki air....mencari bas untuk kembali kesarang untuk berehat sepuas-puasnya ...


Didalam bas untuk menuju kembali ke Hostel aku terperangkap pulak di dalam kesesakan lalulintas..aku melihat sekelilingku parit-parit sudah tidak kelihatan dan parasnya air sama sahaja dengan paras jalanraya.. air semakin naik.... lebih kurang jam 6.10pm.. kita org sampai ke Hostel.. lega rasanya.. aku nak tido sepuas-puasnya untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang sejak beberapa hari ini......sebelum aku melelapkan mata, aku kembali berkhayal dan berfikir... Bila Pengembaraan baru akan bermula??? .. ( i hope will have another journey for me)

My First Journey Slideshow: Madsha89’s trip from Batu Pahat, Johor, Malaysia to Melaka was created by TripAdvisor. See another Melaka slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Friday 21 January 2011

petang yang tiada arah... diri masih diselubungi kerisauan... entah apa penyebab hatiku gundah gulana... ingin membuka buku tapi sungguh berat mindaku.. ingin bersukan tidak terdaya kudratku.. masih didalam kebingungan.. Apa perlu aku lakukan.?? ingin melelapkan mata buat seketika namun ada sahaja yang menganggu. diriku semakin tidak keruan.. berdiri salah duduk pun salah.. cuba mencari ketenangan dengan membaca berita di internet.. namun semuanya telah habis dibaca... arghh!!.. hidup yg tiada penghujungnya. kucuba mencari sesuatu untuk melupakan diri buat seketika, cuba mencari sesuatu yang tidak pernah wujud.. cuba berkhayal seketika.. mengimbau masa kecil yang gembira yang tidak pernah berduka..ku tarik nafas sedalam-dalamnya.... ku cuba bangkit untuk menghiburkan diri... namun aku tetap disini tiada menanti..

Hidup didunia baru..

Tahun baru 2011 membuka satu lagi perjalan hidup.. setelah puas menikmati di negeri sendiri, sdh tiba masanya untuk berdikari... satu tempat ku kira jauh dari family, tetapi bleh mennjadikn diri lebih berani..... sebagai pemangkin semangat diri ku dekatkn diri dengan ilahi..... dengan-Nya sajalah aku berserah..