@L@

Saturday 7 April 2012

Kuala Lumpur Ibu negeri...

Penat!!... ayat pertama yang terungkap setelah pengembaraan ku yang ke-empat selesai. Bagaikan mimpi akhirnya hajatku untuk ke Kuala Lumpur termakbul juga. Pada kali ini pengembaraan ku bergerak dalam kumpulan bersama teman-teman dalam 7 orang semuanya.
Bersiap untuk bertolak, bangun seawal 5.30 pagi dan bergerak tepat pukul 9 pagi ke stesen bas Batu Pahat. Malangnya bas untuk ke Kuala Lumpur telah penuh untuk pagi ini, bas seterusnya pada pukul 3 petang. Ku teruskan juga dan membeli tiket ke Kuala Lumpur dengan harga RM 26.80. selama empat jam aku hanya meronda-ronda Bandar Batu Pahat. Melihat kawasan sekeliling yang jarang ku lihat, bagaikan membawaku zaman dahulu dengan keadaan dan keunikan bangunan lama di Batu pahat.

Bas tiba 15 minit awal dan akan bertolak pada pukul 3 petang. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kami melalui lebuh raya utara selatan plus. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam 20 minit ini membawa aku dengan pemandangan Ladang kelapa sawit dan keadaan lebuh raya yang sempurna bagiku. Setelah 1 jam lebih perjalanan kami berhenti rehat di pusat Rehat dan Rawat ( R&R) pedas linggi..


Setelah itu kami meneruskan perjalanan yang disambung dalam 1jam lebih lagi. Dan aku tiba di Teminal Bersepadu Selatan ( TBS) pada pukul 6.20 petang. Berehat sebentar sebelum memulakan lagi perjalanan dan kamu mula memulakan langkah dengan menaiki Rapid KL ke Bandar Tasek Selatan dengan bayaran RM 1.70 dari TBS dan ianya hanya mengambil masa 10 minit. Setelah puas berada di Bandar tasek selatan kami teruskan lagi menaiki Stesen Putra untuk ke Kuala Lumpur city center (KLCC).


Aku terpukau buat pertama kalinya melihat kilauan cahaya lampu KLCC yang sememangnya menarik perhatianku. Aku memerhatikan keunikan struktur bangunan tertinggi di Malaysia ini dengan mengambil beberapa keeping gambar untuk dijadikan kenangan. Aku dan teman meninjau dikawasan sekeliling KLCC dan menikmatinya.


Mula Bergerak Keluar KLCC


Kawasan membeli belah dan makan berada di antara tingkat 1 hingga 6. Sejam berada di KLCC kami meneruskan perjalanan ke Bukit bintang dengan berjalan kaki. Sepanjang perjalanan dari KLCC ke Bukit Bintang banyak kelab-kelab malam yang dibuka. Semasa di Bukit Bintang ada beberapa artis jalanan membuat persembahan ada diantaranya tarian dan nyanyian , tidak kurang juga ada pelukis-pelukis memperlihatkan hasil seni mereka.

Kaki Dah Lenguh , Rehat Sebentar Dibawah Pokok


Kami ke Downtown Cheras pada pukul 11.30 malam menaiki teksi dari bukit bintang dengan kadar harga RM 8.50, Downtown cheras satu kawasan seperti pasar malam yang menjual barang-baragan seperti baju, bag, kasut dan sebagainya dengan harga yang murah. Dan aku mendapatkan makan malam aku pada pukul 1 pagi di gerai berhampiran.

Menikmati Makan Malam
Penat mengharungi perjalanan pagi tadi dan hari semakin lewat kami tidak sempat untuk menyewa hotel pada malam ini. Kami hanya tumpang berteduh di Surau velodrom.

6.30pagi berikutnya kami bersiap untuk berangkat ke Bandar Tun razak Kuala Lumpur dengan menaiki LRT terdekat di perhentian Chan sow Lin dengan harga rm 2.40 ke masjid jamek selama 10 minit, namun sebelum itu kami bersarapan di downtown cheras terlebih dahulu. Kami seterusnya ke Dataran Merdeka dan kawasan berhampiranya, melihat dataran yang menjadi saksi untuk acara-acara yang bersejarah.

Dataran Merdeka


Dah sampai Pun


Dengan berjalan kaki kami seterusnya ke tugu Negara pada pukul 8.30 pagi. Sepanjang perjalan disana sempat untuk mengambil kawasan sekitar. Pukul 9 lebih kami sampai di tugu Negara. Seperti biasa kawan-kawan dan aku bergambar disana untuk dijadikan bukti diri ketibaan kami disana. Pada 10 pagi kami ke taman botani sebelum ke Muzium Negara. Selama 2 jam kami berada di taman botani menghayati keindahan alam di tengah-tengoh bandaraya.

12.00 tengahari bergerak ke Muzium Negara bayaran RM 2.00 dikenakan sekali masuk. Banyak maklumat mengenai Malaysia dari zaman batu sehingga ke era moden dipamerkan untuk menjadi tatapan semua.

Muzium Negara

1.30 pm kami mula bergerak ke Kuala Lumpur sentral (KL Sentral) untuk ke masjid jamek untuk bermalam disitu. Setelah puas mencari hotel yang sesuai akhirnya kami masuk ke hotel dengan bayaran 80 semalam. Berehat sebentar sebelum memulakan lagi berjalan pada pukul 3.00 petang. Aku hanya berada di kawasan Indian town untuk melihat beberapa helai baju dan seluar. Masa memang tidak mencukupi untuk kami meninjau semua tempat. Aku ke kedai membeli belah di Mydin dan Kamdar untuk window shopping. Pukul 11.00 malam aku pulang ke hotel untuk berehat dan memulakan perjalanan pagi esoknya.


Pada hari berikutnya, setelah menghilangkan penat dan tidur dengan lenanya malam tadi. Kami kembali memulakan perjalan. Bergerak dari hotel dari kawasan masjid jamek atau dikenalai dengan little Indian town menuju ke stesen LRT. Pada pukul 9.00 pagi kami bergerak bergerak dari LRT Masjid jamek menuju ke stesen terdekat untuk ke Menara Kuala Lumpur.
Semasa dalam perjalanan menuju ke Menara Kuala Lumpur kami sempat untuk membeli makanan untuk sarapan pagi. Setelah sampai di menara KL kami meninjau kawasan sekeliling dan yang paling penting adalah bergambar disana. Hampir setengan jam di Menara Kuala Lumpur kami seterusnya bergerak Ke KL sentral untuk menuju ke planetarium yang tidak sempat dikunjungi semalam.


Setibanya kami d Planetarium pada pukul 11.30 pagi, kawasan dipenuhi oleh kanak-kanak sekolah yang turut membuat lawatan disitu. Kami seterusnya membeli tiket dengan harga 1 ringgit setiap seorang dan tambahan dikenakan sebanyak Rm 2.00 sekiranya ingin menonton wayang yang akan di tayangkan. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk menontonnya.

Didalam Bilik Tayangan

Kami menghabiskan masa selama 2 jam di Planetarium kerana banyak perkara-perkara yang menarik minat perlu dicuba disana. Memang berbaloi kedatangan buat kali kedua setelah semalam tidak sempat untuk ke planetarium kerana telah tutup. Jadual operasi planetarium adalah dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.00 petang .


Kembali Di TBS Menunggu Bas Untuk Pulang

Kembali semula ke KL sentral sebelum berangkat ke Terminal Bersepadu Selatan ( TBS) menggunakan Keretapi Tanah Melayu ( KTM) dengan kadar harga kurang daripada 2.00 ringgit. Setelah sampai di TBS dalam pukul 2.30 petang kami pun terus ke Restoran Nasi kandar untuk menikmati makan tengahari kami. Kali ini aku mencuba menu utama restoran ini iaitu Nasi kandar dan Ayam Masak merah dengan kadar harga RM9.00 , memang sedap rasanya dengan keadaan yang lapar pada waku itu.

Nasi kandaq' jom...


Kami hanya menghabiskan masa dengan meninjau-ninjau kawasan sekeliling TBS, keadaan TBS yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang befungsi dengan baik serta selesa. Sebelum berangkat pergi pada pukul 4.00 petang , kami berkumpul semula dan bergambar kenangan di TBS.

My Fourth Journey Slideshow: Madsha89’s trip from Batu Pahat, Johor, Malaysia to Kuala Lumpur was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.