@L@

Friday 30 August 2019

Labuan - Hatyai

Setelah sekian lama tiada aktiviti perjalanan kali ini 3 orang teman bersamaku melangkah pergi lebih jauh.

Tiket penerbangan promosi memang terus menjayakan perjalanan kali ini

Hari Pertama 

Bergerak dari Labuan menggunakan pesawat boeing 737-800 pada pukul 10  pagi membawa aku ke Kuala Lumpur dengan ketinggian 33000 kaki dari aras laut selama  2 Jam 30 minit (Tiket promosi bernilai RM104.00 sehala) Seterusnya, menunggu penerbangan kedua pada pukul 4.40 petang ke Alor setar kedah dengan harga Tiket RM84.00. 


Sesampai ke AOR terus menaiki grab RM 17.00 ke Hotel The Leverage Kuala Muda dengan kadar harga RM150 semalam. Memandangkan perjalanan kali ini secara berempat setiap penginapan yang ditempah adalah untuk didiami 4 orang. 


Pukul 7 petang bergerak ke Aman Sentral Mall untuk makan malam dan bekalan kewangan untuk perjalanan esok. Balik semula ke Leverage Hotel (Return RM12).  

Hari Kedua

Terjaga seawal 4.30 pagi bersiap untuk menaiki KTM Alor Setar ke Padang Besar pukul 6.33am yang memakan masa selama 40-55 minit. 

Jadual Perjalanan KTM Alor Setar Ke Padang Besar

Bergerak dari hotel pukul 6.00 pagi dan 3 minit sebelum tiket train pergi ke Padang Besar dengan kadar harga RM4.60 seorang.

Tiba di terminal Padang Besar pada pukul 8.00am. Sambil menunggu kaunter imegresen buka pada pukul 9.40am, singgah sarapan nasi lemak dan kuih muih.

Harga untuk menaiki kereta api Padang Besar - Hatyai bernilai 50baht atau RM8.00. Pastikan bawa bersama duit kecil


Setelah cop pasport telah selesai. Menaiki keretapi ke Hatyai mengambil masa 55 min bergantung kepada persinggahan. 


Setibanya di Hatyai pemandu tuk tuk (beca berenjin) dengan mesra menyapa dan anda bolehlah bertanya sekiranya ingin menaikinya. Walaubagaimanapun kami tidak mengambil tuk tuk, disebabkan hotel yang kami menginap hanya memakan masa 7 min dengan berjalan kaki. 

11 Pagi

Disebabkan waktu Thailand lambat sejam, kami tiba pada pukul 10 pagi dan daftar masuk ke JR Guest House bernilai 2800baht (RM384) untuk 2 malam. Bilik hotel yang selesa dan tempat yang strategik, namun tidak sesuai untuk anda yang tidak suka untuk naik dan turun tangga. Lif tidak disediakan. 

Berehat sebentar sebelum mencari makan tengahari. 

12.00pm (Bermula menggunakan waktu thailand)

Mencari makanan halal terdekat. Kami singgah ke Salma restoran tomyam ayam menjadi pilihan bersama nasi putih dan beberapa menu lain berharga 535baht (RM74). Surau disediakan d restoran ini.

Aiskrim kelapa + Pulut.
(50baht/RM6.90) 

Kembali berpusing pusing dikawasan sekitar untuk melihat keadaan dan suasana disana sambil cuci mata melihat barangan kraft sepanjang perjalanan.

Kemudiaan menaiki tuk tuk untuk ke Asean Market atau Asean Trade Bazaar dengan kadar harga 100baht (RM13.70) untuk 4 orang. Pasar ini menghidangkan pelbagai jenis jualan pakaian , kraft, cenderahati dan pelbagai jenis makanan. Harga yang ditawarkan agak murah dan anda masih boleh buat tawar menawar sehingga menjadi. 



Aku dan rakan rakan membeli beberapa helai baju batik Thailand. Setelah itu masa untuk makan malam. Kebanyakannya food stall disini adalah halal. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk berhati hati semasa memilih. Harga untuk setiap juadah disini adalah bermula 30baht(RM4) setiap satu.








Tuk Tuk
Tepat 11.00 malam kembali semula ke penginapan menaiki tuk tuk dgr kadar 100baht (RM13.70) perjalanan agak jauh disebabkan pemandu tuk tuk tersalah arah. Oleh kerana JR Guest House yang kami duduki kurang popular kami terpaksa mengunakan pusat membeli belah terdekat sebagai petunjuk.





Hari Ketiga

Seawal 7.30 pagi bergerak ke Morning market yang diadakan setiap hari untuk melihat keadaan disini. Pasar pagi yang sibuk dengan orang ramai membeli untuk kegunaan seharian. Buah-buahan menarik perhatian untuk mencubanya.

Setelah selesai meronda pasar pagi, kami seterusnya mencari tempat makan untuk bersarapan pagi. Dengan menaiki Grab dengan kadar 170baht (RM23.30), pukul 1030 pagi kami ke Dimsum Chabura. Berharga 15baht (RM2.00) untuk hidangan kecil dan 20baht(RM2.70) untuk hidangan besar. selesai makan 836 baht (RM114.70)..
Dimsum Chabura

Seterusnya ke Cable Car menaiki Grab 260 baht (RM35.70) . Penggunaan Grab adalah tidak dibenarkan untuk ke setiap pusat pelancongan di sini. Terpaksa berpakat dengan pemandu grab,  dia adalah sebagai rakan bersama. Menaiki Cable Car hanya memakan masa kurang 10 minitt berharga 200baht (RM27.40) dua hala. Kerana cuaca yang agak panas menyebabkan terasa seperti didalam cable car sauna.
Pemandangan Hatyai dari Cable Car
#Done beli 200baht (RM27.40)



Ayam Goreng Spicy
Seterusnya ke Floating Market menaiki Grab berharga 260baht (RM35.70) pada pukul 4.00pm. walaubagaimanapun pada waktu ini. Floating Market belum menjalankan operasi sepenuhnya. Pada  pukul 5.00pm barulah aktiviti bermula rancak. Aku mencuba ayam goreng  spicy. berharga 40baht (RM5.50).  Disini selain Floating Market gerai makanan dan jualan pakaian juga ada. Kawasan ini juga dilengkapi tandas awam dan juga surau. Seterusnya pulang semula ke penginapan recharge sebelum menyambung perjalanan malam menaiki Grab 150baht (RM20.60).

90baht (RM12.30) menaiki Grab ke Greenway Night Market. Kedudukan pasar malam ini berdekatan dengan Asean Night Market. lebih kurang 5-10 minit berjalan kaki. Greenway ini lebih tersusun bersih dan besar berbanding asean night market. Masa untuk membeli belah. Food Station harus menggunakan topup card, tiada penggunaan tunai disini. Berbanding di Asean Night Market anda harus lebih berhati-hati disebabkan makanan halal dan non halal dijual bersebelahan. Terasa nak makan tomyam tapi ada pula crispy pig skin kat sebelah. So jangan salah ambil sudahlah.. hahaha..  pasar malam ni mula tutup pada pukul 10 malam. Bergerak balik semula ke sarang,. Jam menunjukkan pukul 12 malam menaiki Grab 90baht (RM12.30). 
Nasi Ayam Goreng "50Baht"

Hari Keempat

Perjalanan balik. keretapi pertama ke padang besar adalah pada pukul 7.30 pagi. Aku mula bersiap-siap seawal 5 pagi dan bersedia untuk daftar keluar hotel. Hanya berjalan kaki ke Station keretapi Hatyai tiba disana pada pukul 6.30am. Melihat gelagat dan rutin rakyat Thailand kehidupan sehari-harian lebih sopan dan santun. Tepat 7.30am keratapi bergerak meluncur laju ke Padang Besar.
Perjalanan Balik

Setiba di Padang Besar, 1 jam kemudian pada pukul 9.30am (Waktu Malaysia) beratur untuk keluar melalui imegresen 30 min menunggu. Keratapi ke Alor Setar ada setiap 1 jam dan keratapi yang terdekat adalah pada pukul 10.33 pagi dengan kadar harga RM4.60 selama 50min - 1 jam. 

Seterusnya setibanya di perhentian Alor Setar menaiki Grab ke Pekan Rabu RM4.00 sambil melihat pengusaha teksi tanpa pelanggan. Pekan Rabu telah dibangunkan dari tahun 1920  oleh Almarhum Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid dan menjadi pusat tarikan pelancongan di Kedah. Pekan  Rabu yang dahulunya hanya beroperasi pada hari rabu telah dibangunkan sehingga menjadi pusat beli belah bertingkat. Setelah mencuci mata melihat barangan di Pekan Rabu seterusnya ke Lapangan Terbang Alor Setar dengan kadar harga RM12.00. Tidak sempat untuk menikmati Roti Jala..

Penerbangan seterusnya pada pukul 5.50pm untuk ke Kuala Lumpur selama 1 jam. Sedikit lewat tetapi masih boleh diterima. Singgah sebentar makan malam di Subway sebelum bergerak menaiki Grab dengan kadar RM65 + RM7.80 Tol = RM72.80 ke Hotel Swiss. Akibat pemandu Grab baharu memakan masa tambahan 20 min sebelum tiba ke destinasi. Daftar masuk Hotel Swiss dengan harga RM151 semalam. Berjalan sekitar hotel sambil menyantap A&W.

Hari Kelima

Pagi hari di Kuala Lumpur ditemani hujan rintik dan sedikit jerebu, merehatkan sedikit badan sebelum keluar untuk bersarapan. Mencari makan sekitar Masjid Jamek namun tiada kedai kuih-kuih yang buka. Masa dan waktu yang tidak sesuai. Mekdi menjadi persinggahan.


Meneruskan perjalanan ke Jalan TAR, walaupun masih tidak banyak kedai yang buka, sempat membeli beberapa helai baju. Singgah sebentar ke SOGO, banyak promosi ditawarkan. Memandangkan bagasi yang limited berfikir semula untuk memborong barangan.

Daftar keluar dari bilik hotel dan menuju ke Setapak Mall dengan menaiki Grab dengan kadar harga RM14.00 untuk sesi lontaran vokal dan movie "Ready Or Not" sambil menikmati Sushi King disana.

Tepat pukul 8.30pm bergerak semula ke Hotel untuk mengambil barangan yang ditinggalkan RM14.00  dan seterusnya ke KLIA 2 untuk bermalam. Setibanya dihotel pada pukul 9.30pm  Grab untuk sedan agak susah diperolehi dan kadar harga adalah RM 75 + 7.80= RM82.80.

Tiba Pada pukul 10.30pm di KLIA 2 dan membuat rondaan untuk lepas gian
sehingga pagi.

Hari Ke Enam

Hari terakhir, mata tidak terlelap dari semalam, membuat semua merasa penat dan tidak bermaya. singgah Subway untuk dibawa balik. seterusnya menaiki pesawat pada pukul 7.30am dan tiba di Labuan pada pukul 10.00 pagi.



*RM1.00= 7.29baht