@L@

Friday 14 December 2012

Pulau Sentosa di Kota Singa




Singapura kota singa yang sangat popular dengan legenda singa berbadan ikan ataupun “Merlion” telah pun di tawan. Aku telah memulakan perjalan ke Singapura, perjalanan ku ke Singapura ini mengikut rombongan. Berkumpul seawal 5.30 pagi untuk pemeriksaan passport dan bas. Pergerakan menuju ke Johor Baharu dan singgah sebentar di perhentian Rehat dan Rawat Gelang Patah untuk bersarapan dan membuat pertukaran duit.
Beratur


Singapura atau dalam bahasa jawa, Temasik yang membawa maksud perkampungan nelayan ini hanya mempunyai keluasan 710.2km persegi. kemudianaya sampai ke imegresen Malaysia pada pukul 9.00pagi dan hanya mengambil masa 5 minit untuk pengurusan passport selepas itu bergerak ke stesen imegresen Singapura dan beratur selama 2 jam untuk urusan passport… =_=" …

Setelah berurusan passport yang agak lama seterusnya kami bergerak ke Mustafa Shopping Mall untuk membeli cenderahati dan coklat. Setelah berada di Mustafa Mall selama 1 jam kami kemudianya bergerak ke Arab street. Di Arab Street ini merupakan tempat paling murah untuk menjamu selera iaitu sekitar $ 10 SGD setiap hidangan. Cenderahati disini juga lebih murah dengan pelbagai pilihan yang menarik untuk dijadikan buah tangan untuk keluarga dikampung. Sebelum memulakan perjalanan singgah sebentar di Masjid Sultan Singapura. Masjid ini mempunyai keunikan yang tersendiri dengan rekabentuk yang menarik. Bahagian dalam masjid ini mempunyai beberapa buah kipas giant yang menarik perhatian.
Masjid Sultan Singapura

Arab Street



Wajib Kunjung

The Merlion


Pukul 3.30 petang bergerak ke One Fullerton untuk mengambil beberapa keping gambar di Marina Bay dan Merlion. Kawasan ini memang menjadi salah satu tempat wajib kunjung untuk para pelancong mengambil gambar sebagai kenangan di Singapura. Diberi masa selama 30 minit untuk bergambar di sekitar. Setelah pukul 4 petang kami bergerak ke Pulau Sentosa. Tidak sampai 10 minit perjalanan kami sampai di Pulau Sentosa. Semasa melalui jambatan masuk kelihatan Disney Castle gah berdiri.Castle ini katanya adalah untuk watak kartun Shrek. Kemudianya pada pukul 4.10 kami turun dari bas dan bergambar di Universal Studio . Casino adalah dilarang….. Diberi masa selama 40 minit untuk berada di Main entrance aku mengambil peluang untuk membeli souvenir. Ada beberapa pertunjukan nyanyi dipentas utama.

Universial Studio

Kemudianya menaiki Monorail ke Beach Station. Setelah memasuki Beach Station adalah waktu bebas kerana kami dibenarkan untuk pergi ke seluruh ceruk Pulau Sentosa ini tanpa kawalan…HAHAHAHAHAHHAHA... Aku dan teman mengambil peluang untuk bergerak ke Pulau Palawan yang merupakan salah satu antara 72 pulau kecil yang berada di Singapura. Pulau Sentosa ini ataupun dahulunya dikenali Pulau Belakang Mati merupakan sebuah perkampungan nelayan dan telah menjadi pusat kunjungan pelancong pada tahun 1972. Setelah kami ke Pulau Palawan kami ke Siloso Beach. Kawasan pantai yang menarik dan bersih ini memang sesuai untuk percutian keluarga, tapi yang kurang selesa dengan keadaan yang agak kebaratan sedikit. Setiap pengunjung hanya dibenarkan mandi dikawasan ini hanya menggunakan sut renang sahaja.
Berjalan-jalan di tepian pantai


Setelah mengambil gambar beberapa jam. Aku kemudianya bergerak masuk ke Replica Merlion pada pukul 7.30 pm dengan kadar masuk $ 8 SD, Merlion merupakan mitos di Singapura gabungan antara ikan duyung “Mermaid” mengambil perkataan “Mer”dan singa ataupun dalam bahasa inggeris “Lion”. Mempunyai ketinggian 37 m merupakan Replica Merlion terbesar di dunia. Semasa memasuki replica ini, pengunjung boleh melihat kawasan singapura dari bahagian Kepala dan mulut replica.
Di kawasan Mulut Merlion

Dinner




Setelah itu makan malam di KFC, first meal KFC rice di singapura dengan kadar $6.50SD sebelum berangkat balik ke Malaysia pada pukul 8.30 malam. Kemudianya selamat tiba di Batu Pahat pada pukul 11.30 malam

Friday 30 November 2012

Putrajaya Wilayah Persekutuan



Merancang perjalanan bersempena cuti Sultan Johor membawa aku ke Putrajaya salah satu Wilayah Persekutuan di Malaysia. Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Malaysia yang mempunyai infratruktur yang terancang dan unik. Perjalanan ku kali ini menggunakan kereta sewa , seramai 5 orang semuanya untuk menyelesaikan Projek yang diberikan.

Bergerak dari Batu Pahat pada pukul 7.45 pagi menuju ke susur masuk tol Plaza Ayer Hitam. Kemudianya bergerak menuju ke Putrajaya. Berehat seketika di R&R dan keluar di Plaza Tol Bangi dengan kadar harga RM28.80. Tanpa berbekalkan GPS aku hanya menggunakan beberapa keping peta yang telah disediakan sebelum memulakan perjalanan. Menggunakan jalan B18 yang telah ditukar ke jalan 32 menyulitkan keadaan aku untuk membuat pertukaran jalan, dan oleh kerana batu penunjuk KM belum ditukar aku hanya menggunakan batu penunjuk jalan sebagai penunjuk arah.







Akhirnya sampai ke Putrajaya selepas bertarung dijalanan selama 3 jam setengah. Kami kemudianya membuat lawatan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga untuk mendapatkan beberapa maklumat- maklumat penting untuk projek. Bangunan ibu pejabat suruhajaya tenaga atau pun dikenali sebagai bangunan berlian (“Diamond Building”). Bangunan ini merupakan bangunan ke-tiga di Malaysia sebagai green building yang mempunyai penjimatan dalam penggunaan sumber tenaganya. Aku kemudianya mengambil beberapa keping gambar disekeliling bangunan.
Diamond Building

Sekitar Bangunan


Setelah tertunainya niat untuk melihat sendiri bangunan berlian ini, akhirnya aku dan teman-teman bergerak ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ataupun dikenali sebagai “Masjid Besi” untuk menunaikan kewajipan. Keunikan masjid ini adalah menggunakan 70% besi sebagai bahan utama dan 30% konkrit pembinaan. Masjid yang bernilai RM200 juta ini boleh memuatkan 20,000 jemaah pada satu-satu masa. Terpegun dengan keindahan Masjid ini dan mengambil masa seketika untuk menikmati keindahan masjid.

Masjid Besi

Nasi Briani dengan Ayam lemon



Setelah itu aku mencari juadah untuk santapan tengahari di sekitar kawasan Persist 3. Cuaca agak suram dengan keadaan hujan yang agak lebat disertai dengan tiupan angin. Tapi tidak mematahkan semangat untuk mencari makan tengahari. Aku menikmati Nasi Briani Ayam dan Milo Ais yang membangkitkan selera dengan kadar harga Rm9.50 . Seterusnya setelah kenyang menghabiskan santapan, aku ke destinasi seterusnya iaitu ke Pejabat Pentadbiran Malaysia. Setibanya disana singgah sebentar di tasik Putrajaya untuk mengambil gambar, terdapat pelbagai jenis ikan di tasik seperti kaloi, keli , fatin dan kelah besar-besar semuanya. Ada seekor kura-kura juga menampakkan diri.

Besor-besor ikannya


Setelah itu berangan seketika bergambar di bangunan putrajaya, memang tanpa segan dan silu menghabiskan masa bergambar disana. Sebelum berangkat ke destinasi seterusnya menjenguk seketika di Masjid Putra dan membeli cenderahati untuk dijadikan ingatan.




Mula bergerak ke destinasi seterusnya berpandukan Google maps kami menuju ke I-city begerak dari Putrajaya pukul 6 petang menyebabkan kami terperangkap didalam kesesakan lalu lintas, keadaan cuaca hujan renyai memperlahankan lagi perjalanan trafik.

Akhirnya sampai ke destinasi yang dituju tepat pukul 8.00pm, tanpa membuang masa aku dan teman-teman terus menyerbu masuk ke taman I-city. I-city yang bernilai 3 billion ini mempunyai keluasan 13 juta kaki persegi dan mempunyai aktiviti in-door dan out-door yang menarik dan sesuai untuk kunjungan keluarga. Teman-teman dan aku, mencuba Pirate ship dan Giant wheel dengan kadar harga setiap satunya adalah RM5.00 dan Rm10.00 seorang . hilang tekanan buat seketika apabila mencuba aktiviti ini. Seterusnya mengambil beberapa keping gambar dikawasan LED tree yang memang memukau. Menghabiskan masa melewati kawasan sekitar dan memang sesuai untuk perancanggan percutian keluarga. Kadar bayaran masuk ke i-city ini adalah Rm10.00 untuk kenderaan persendirian dan RM2.00 seorang bagi pengguna perkhidmatan bas atau van.

Hilang tekanan seketika



Aku mula berangkat dari I-city pada pukul 10 malam untuk pulang semula ke Batu Pahat. Perjalanan lebih terasa kejauhannya disebabkan perbatasan cahaya penglihatan membuat aku lebih berhati-hati. Memasuki Plaza Tol Shah Alam dan keluar ke Plaza Tol Ayer Hitam yang mengambil masa 4 jam perjalanan santai dengan bayaran tol Rm34.60, temanku membuat pergantian pemanduan untuk aku berehat seketika. Pukul 2.00 pagi aku selamat tiba di Batu Pahat.

Wednesday 31 October 2012

Journey without Planning


Sudah lama rasanya jari jemariku tidak menulis entri untuk pengembaraaanku buat kali ini.. Pada kali ni perjalanan yang tidak dirancang. Kali ni aku ke Melaka buat ke sekian kalinya lebih mencabar kerana buat pertama kalianya membawa kenderaan sendiri ke Melaka. Bergerak pada pukul 12 tengahari dari Batu Pahat membawa perjalanan ke Melaka mengambil masa 2.30 jam dengan jauh perjalanaan 300km. pada mulanya aku hanya ingin ke kluang johor untuk melihat kawasan sekeliling dengan niat untuk membeli buah tapi akhirnya lain pula yang jadi…. Hehehehe..

Seperti biasa ingin mencari tempat yang belum pernah dilawati sambil menunaikan kewajipan. Destinasi pertama Masjid Selat Melaka. Masjid yang tersergam ini terletak dipinggir laut selat Melaka , kos permbinaan masjid yang bernilai 10 juta ringgit ini begitu menarik dengan keadaan rekabentuk yang moden dan lanskap yang tersusun indah.



Sambil menelefon kenalan lama yang belajar di Melaka untuk membawa aku bersiar-siar di Kota Bersejarah ini. Kali ini aku inginkan kelainan dari kedatangan aku yang sebelum ini. Tapi sebelum itu kami singgah untuk makan tengahari ditengah-tengah Bandar Restoran Nasi Kandar Subaidah. Aku mengambil pesanan Nasi Kandar dengan Ayam Goreng dengan kadar harga RM6.00, memang sedap terutamanya kalau siapa yang suka dengan pedas.


Setelah menjamu selera kemudianya aku bergerak ke Kota A famosa dan aku merasakan banyak kawasan yang telah berubah. Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke kota ini pada tahun lepas. Seperti biasa mengambil beberapa keping gambar. Perjalananku kali ini bersama kawan-kawan sepejuangan 5 orang semua.



Setelah puas bergambar dikawasan sekitar Afamosa aku meneruskan perjalanan ke Melaka river cruise . Dengan kadar harga 10 ringgit untuk dewasa dan 5 ringgit untuk kanak-kanak. Semasa menaiki river cruise terlihat keindahan bandaraya Melaka sepanjang perjalanan. Perjalan cruise ini mengambil masa 30 minit, didalam perjalanan itu dicerita bagaimana sejarah pembentukan kawasan bandaraya dalam menjaga keaslianya.



Kami kemudianya menghabiskan masa yang berbaki di muzium samudera. Banyak artifek-artifek yang menarik . bahan sejarah yang mencuri tumpuanku adalah beberapa fosil telur dinosaur yang selama ini hanya dilihat di internet dan buku.
Teruja melihat meriam yang digunakan
Telur dinosour

Bergambar di dalam Dataran Pahlawan




Bergerak sebelum pukul 8 malam kami kemudianya berhenti makan di gerai semabok yang menghidangkan dengan bermacam-macam roti yang menyelerakan. Aku mengambil 2 keping roti telur dan milo ais sebelum perjalanan pulang ke Batu Pahat. Perjalanan yang agak gelap menyulitkan penglihatan kami pada malam itu. Perjalanan kami hanya berbekalkan “signboard” jalan akhirnya membawa kepada jalan yang sukar…. tanpa bantuan lampu jalan suasana perjalanan kami memang menakutkan dengan kawasan gelap dikelilingi kelapa sawit.

Pada persimpangan pertama kami telah memilih jalan yang salah akibat kecelaruan petunjuk jalan. Kami teruskan jua dengan harapan ada persimpangan dihadapan. Jalan 24 gelap gelita dan hanya beberapa buah kenderaan melaluinya perjalanan sudah mengambil masa 30 minit dan tanpa sebarang petunjuk jalan seterusnya untuk ke Batu Pahat. Kawasan terdekat hanyalah Yong Peng…. Dengan memikirkan jalan yang sesuai akhirnya kami bertemu dengan persimpangan Parit Yusoof membawa ke Batu Pahat iaitu jalan 85. Kami melalui jalan itu dengan petunjuk 35km ke Batu Pahat dan jika kami meneruskan jalan 24 ke Yong Peng mengambil jarak 47km.


Jalan 85 dipilih untuk pulang ke batu pahat. Setelah melalui jalan 85 terlihat kawasan yang baru sahaja ditimpa hujan lebat dengan beberapa kawasan jalanraya telah dinaiki air. Kami memperlahankan kenderaan untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini. Ada beberapa rumah telah dinaiki air. Sekali lagi kami mengalami kekeliruan petunjuk jalan. Semasa melalui petunjuk jalan menunjukkan 28km lagi kebatu pahat kemudianya petunjuk seterusnya menunjukkan 29 km kami berasa hairan kerana sepanjang jalan tidak mempunyai sebarang persimpangan dan sepatutnya petunjuk jalan menunjukkan 27km lagi.

Kami hampir memberhentikan kenderaan untuk berpatah balik tetapi mengikut naluri hati untuk meneruskan jalan dengan harapan akan bertemu petunjuk jalan 26km lagi ke Batu Pahat. Ternyata firasat kami benar jalan kami lalui tepat dan akhirnya kami bertemu semula kepersimpangan jalan Batu Pahat iaitu jalan 5. Hati lega buat seketika. Akhirnya kami sampai ke Batu Pahat pada pukul 11 malam.

Malacca October 2012 Slideshow: Madsha89’s trip to Batu Pahat was created with TripAdvisor TripWow!

Sunday 27 May 2012

Gunung Datuk Towards First Class


Hajat yang tidak kesampaian, kali ini aku pergi mengikuti aktiviti "Towards First Class" untuk mendaki Gunung Datuk. Bermulalah perjalanan aku pada pukul 9.30pagi dari Batu Pahat dengan menaiki bas, seramai 70 orang peserta semuanya . Seperti biasa kami dibawa untuk bersarapan di Jentayu Corner.

Bersarapan

Rehat dan rawat ayer keroh utara


Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit membawa aku di bawah kaki Gunung Datuk. Gunung Datuk sebenarnya bukanlah sebuah gunung tetapi hanyalah bukit dengan ketinggian 800 meter lebih dengan kecuraman berbeza dan ada diantaranya mencecah 90 darjah. Kedatangan ku pada hari itu bersama-sama cuaca cerah dan kegembiraan untuk mendaki Gunung Datuk…




Setibanya aku disana pada pukul 1.30 petang kami diberi sedikit taklimat program , dan dari situ aku mulai merasa kelainan program ini. Aku kemudianya membina khemah seperti yang diarahkan. Dan pada hari tu hanya menunggu tugasan berikutnya..
Makan malam yang agak lewat menyebabkan ada beberapa ahli merunggut dengan pengurusan, pada pukul 9 malam, makan malam telah tiba dan aku diarahkan untuk berkumpul semula pada pukul 10 malam.

Khemah yang siap didirikan



Pada malam ni aktivitinya adalah ”Self Confident” yakin tak yakin tetap kena pergi juga... aktivitinya adalah semua ahli dikehendaki berjalan secara berseorangan didalam hutan dengan hanya berbekalkan tali yang dipasang dari satu pokok ke satu pokok.. Aku menunggu selama 3 jam untuk giliran aku masuk kedalam hutan , mata dah mengantuk masa masuk dalam hutan tu . Dengan hanya berbekalkan cahaya dari biasaan kilat aku berjalan dengan pantas tanpa menoleh kiri dan kanan. Seram apabila melalui celah-celah pokok-pokok rebah dan dikelilingi dengan busut yang besar. Dan pantulan baju keselamatan yang sengaja diletakkan di atas pokok menambahkan lagi keseraman di malam itu. Aktiviti tamat pada pukul 3.30 pagi.




Aku mandi dan bersiap untuk tidur, tidak sampai pun beberapa minit didalam khemah hujan mula turun dengan lebatnya. Pada mulanya aku cuba untuk tidur dengan keadaan bunyi hujan yang lebat tapi malangnya air mula memasuki khemah dan aku mengambil keputusan untuk tidur di dewan tempat kami mendapat taklimat pagi tadi.

Bermacam-macam gaya.. :p



Bangun pada pukul 6 pagi untuk solat subuh seterusnya menjalankan aktiviti seterusnya, sangkaan aku pagi ini akan mulalah aktiviti untuk mendaki gunung datuk, malang yang menimpa pendakian terpaksa dibatalkan kerana keadan permukaan gunung yang licin selepas hujan.

Bersemangat menjalankan aktiviti

Walaubagaimanapun aktiviti lain disediakan bagi mengisi masa pada hari itu. Kami diarahkan untuk ke Pekan Rembau, Negeri Sembilan dengan hanya berbekalkan RM2.00 seorang. Dan dari situ barulah tugasan yang sebenar diberikan. Bergerak secara berkumpulan untuk ke Pekan Rembau . Idea untuk berjalan kaki untuk ke Pekan Rembau adalah salah satu cadangan yang tidak mungkin sekali dapat dilakukan dengan jarak melebihi 10 KM. Dengan kumpulan itu aku bertemu dengan penduduk setempat untuk meminta bantuan bagi menghantar kami menggunakan lori yang ada.

Meminta bantuan dari penduduk kampung

Penduduk Rembau sangat bermurah hati dan membenarkan kami untuk mengikutinya sehingga ke pesimpangan. Seterusnya kami menaiki bas tambang dengan kadar seringgit seorang sehingga Pekan Rembau.

Lori yang digunakan

Pembahagian kumpulan

Tugasan yang kami perolehi semasa di Pekan Rembau adalah membeli tv 29” bernilai RM400 kami mula risau dan dimana akan kami perolehi duit sebanyak itu dalam masa 2 jam. Kami mula membahagikan beberapa kumpulan untuk mencari kerja sekitar Pekan Rembau. Kawanku dan aku keluar mencari kerja yang ada, malangnya setiap kedai yang kami kunjungi tidak memerlukan pekerja dan ada yang sampai diusir keluar semasa mencari kerja, tapi itulah yang perlu kami hadapi untuk menyelesaikan tugasan ini. Akhirnya aku diterima kerja di kedai alat menjahit singer. Berbagai ayat kami gunakan untuk menerima kami bekerja di kedainya. Kami diarahkn untuk membersihkan stor peralatan yang aku rasakan telah berpuluh tahun tidak dibersihkan. Setelah melihat keadaan itu aku mula berfikir, mampukah kami berdua untuk membersihkan bilik stor yang kotor dan besar itu.

Kami bermula dengan sesuatu yang kecil dan mudah untuk dialihkan. Akhirnya kami dapat menyiapkannya dalam hanya sejam dan pemilik kedai itu berpuashati dengan kerja yang kami lakukan. Seterusnya kami diarahkan memasukkan minyak pelincir alat menjahit kebotol-botol yang lebih kecil untuk dijual. Sakit belakang dibuatnya. Hahahaha…… Setelah semua kerja selesai kami diberi makan dan minum oleh pemilik kedai dan menerima upah kami.

Membersihkan halaman rumah penduduk kampung


Semua ahli kumpulan telah berkumpul pada pukul 1 tengahari seperti yang dijanjikan , setelah mengira jumlah kutipan yang diperolehi kesemuanya mendapat RM530 ringgit dan melepasi sasaran yang telah dibincangkan, tetapi malangnya TV 29 “ itu baru sahaja dibeli oleh orang lain. Dan kami diminta untuk menukarnya kepada TV LCD 24” yang bernilai RM700. kami mula bingung untuk menyelesaikan masalah yang timbul, seorang ahli yang berbangsa cina mula membuat tawar menawar dan dia pemilik kedai elektronik sanggup menurunkan sehingga RM600 ringgit. Oleh itu kami hanya perlu mencari lebih 100 ringgit untuk menambah baki belian TV dan tambang untuk pulang. Setelah mengira jumlah ahli kumpulan ternyata ada lagi kumpulan yang belum menyerahkan duit hasil kerjanya. Setelah menanti kepulangan kumpulan terakhir ternyata tidak sia-sia dan mereka membawa balik RM150 ringgit bersama mereka. Maka lengkaplah tugasan kami. Kami bemudiannya mengambil beberapa buah teksi untuk digunakan balik ke kem perkhemahan.

Puas setelah TV LCD 24" dalam genggaman

Membersihkan ayam yang telah siap disembelih

Setelah aktiviti selesai pada pukul 3 petang kami berehat seketika sebelum memulakan semula aktiviti memasak untuk makan malam.. Beberapa ahli diarahkan untuk menyembelih 6 ekor ayam dan kaum hawa mula beraksi menjalankan tugas. Semua bersiap sedia menyiapkan makanan masing-masing menggunakan buluh lemang. Walaubagaimanapun setelah semua kerja memasak selesai kami dikehendaki menukar makanan yang telah dimasak dengan kumpulan lain….

Memasak Ayam dalam buluh


Makan malam telah selesai kemudianya kami akan mengadakan “War Game” dimana kumpulan kami sebagai kumpulan pertahanan dan kumpulan yang lain sebagai kumpulan penyerang. Aktiviti yang cukup menyeronokkan walaupun dengan kegelapan malam pada hari itu. Akhirnya kumpulan kami telah tewas disebabkan ada beberapa informasi yang salah diterima. Tapi semuanya dapat berseronok malam itu.

Bergambar kenangan sebelum diserahkan kepada Pusat OKU

Tiada lagi aktiviti yang sehebat itu ku rasakan, ianya sebagai pengalaman yang bermakna. Pada keesokan harinya kami berkumpul untuk memberi sebarang komen dan cadangan terhadap aktiviti yang dilakukan. Seronok dalam menimba pengalaman baru.

Berangkat pulang


P/S : Baru ku rasakan bukan senang nak cari kerja…….

Gunung Datuk Towards First Class Slideshow: Madsha89’s trip from Parit Raja,Batu Pahat (near Batu Pahat, Johor, Malaysia) to 2 cities Daerah Rembau (near Seremban, Negeri Sembilan) and Ayer Keroh was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.