@L@

Sunday 9 October 2016

Ke Kundasang Kita

Seperjalanan yang mengambil masa 5 jam dari Pulau Labuan menuju ke Kota Kinabalu, mengimbau kembali keadaan yang agak sedikit berbeza. 6.00 pagi: Menaiki Feri Kenderaan (Labuan-Menumbuk) yang mengambil masa 1jam 30 minit  dengan kadar harga tiket RM40 bagi kenderaan biasa dan RM2.50 bagi setiap penumpang, dengan sajian pemandangan laut yang indah penumpang dapat menikmati matahari terbit sepanjang perjalanan.  


Tepat pada pukul 8.30pagi tiba ditanah besar, Sabah. Kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan dari Menumbuk ke Kota Kinabalu dengan mengambil masa 2jam 30 minit. Tune Hotel 1 Borneo tempat penginapan yang dipilih dengan harga RM67.50 untuk semalam. Sesampai sahaja di gedung membeli belah terbesar di Borneo ini, kami terus mencari tempat makan "food court" nasi campur satu lauk dan satu sayur berharga RM5.00. Selain daripada nasi campur, hidangan goreng-gorengan juga disediakan.

Shushi

Bilik Penginapan
Pada petang ini, kami hanya berada di kawasan hotel sambil mengumpul tenaga untuk perjalanan keesokan paginya. Bowling, KBox dan menonton wayang menjadi pilihan bagi memenuhi masa.


Persiapan untuk meneruskan perjalanan dengan matlamat utama untuk ke Kundasang. Bergerak seawal 6.30 pagi ke Kundasang dari tempat penginapan. Dengan beberapa kali perhentian kami tiba di Kundasang pada pukul 8.00 pagi. Dengan keadaan trafik yang lancar dan tiada gangguan sepanjang perjalanan membuatkan kami tiba di Kundasang tepat pada waktunya dimana keadaan puncak Gunung Kinabalu jelas kelihatan. 

Mount Kinabalu

8.30 pagi mengambil beberapa keping gambar di perhentian pertama. Berlatarkan gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4095m dari aras laut yang jelas tanpa halangan pemandangan, cuaca juga menyebelahi perjalanan kami. Dengan keadaan cuaca yang dingin dibawah 20celcius sunguh menyamankan dan sangat selesa. Kemudianya mencari tempat sarapan pagi di Kundasang dengan bersarapan nasi goreng, walaupun keadaan tempat makan yang agak kucar kacir namun perjalanan harus diteruskan. Pada waktu ini keadaan Kundasang sangat padat dengan pengunjung dalam dan luar negara, juga bersempena cuti umum. Puncak gunung masih jelas kelihatan sepanjang perjalanan kami untuk menuju ke Poring. Gunung Kinabalu yang tersergam kukuh terhasil daripada pergerakan kerak bumi yang elastik dari permukaan bawah laut china selatan dan membentuk kepulauan Borneo dan menjadikan laut china selatan lebih terbenam. Sedimen lapisan batuan gunung kinabalu adalah berjenis "Igneous Rock" ataupun dikenali sebagai batuan granite yang terhasil dari pencairan batu (magma) dan proses penghakisan dari  jutaan tahun.

Cenderahati zone

Sebelum menuju ke Poring, singgah sebentar di Kundasang War Memorial dengan bayaran masuk RM2.00. War Memorial ini yang didedikasikan oleh kerajaan British dan Australia kepada tentera yang terkorban semasa berkawad ke Sandakan selain peringatan kepada penduduk yang terkorban.
"Let Them Not Depart From Thine Eyes, Keep Them In The Midst Of Thine Heart" 

Desa Diary Farm

Desa Cattle Diary Farm yang terletak dikaki gunung sangat indah seperti ternakan lembu di New Zealand. Laluan masuk yang agak tinggi dan curam memerlukan pemanduan yang berpengalaman. Sepanjang perjalanan masuk ke Dairy Farm tersebut kita disajikan dengan kebun-kebun sayur dan tanaman bunga yang sungguh cantik. Hanya mengambil masa 10-15 minit menggunakan kenderaan dari War Memorial, kami kemudiannya sampai dengan kadar bayaran tiket RM5.00 untuk seorang dewasa dan RM 4.00 untuk kanak-kanak. Jalan Masuk yang hanya menggunakan bebatuan "Crusher Run" lebih memudahkan berbanding jalan masuk tanah liat pada suatu masa dahulu. Pengunjung dapat menikmati sendiri susu segar dan juga melihat aktiviti memerah susu yang dijalankan di Ladang tersebut. Pengunjung juga boleh memberi makan kepada anak lembu dan kambing secara langsung di kawasan yang disediakan. 


Setelah itu, barulah kami berangkat ke Poring pada pukul 11.30pagi. Perjalanan trafik yang agak sesak membantutkan dan melambatkan pergerakan ke kawasan riadah tersebut. Mengambil masa 1 jam 15 minit kami tiba di Poring dengan kadar masuk RM3.00 seorang. Keadaan poring yang agak sesak dengan pengunjung membuatkan kami terus ke Canopy Walk dengan bayaran RM5.00 dengan kamera dan RM3.00 untuk dewasa.


Canopy Walk ini mempunyai kepanjangan 175m dengan ketinggian 41m bersamaan dengan ketinggian 8 tingkat bangunan. Kawasan ini yang dihuni lebih dari 1200 spesis anggerik (Orkid) dan anda berpeluang untuk berjumpa dengan bunga terbesar di dunia. Bagi yang inginkan cabaran Canopy Walk ini, sedikit senaman pemanasan badan diperlukan.

Kemudiannya menikmati Durian ranau, walaupun harganya agak tinggi berbanding Durian Sipitang dan Lawas namun hajat tetap diteruskan. Hujan mulai turun pada pukul 3.30 petang dan kami pun beransur pulang ke ibu kota.

Pada sebelah malamnya pula, hanya menjalankan aktiviti santai ke pusat membeli belah baharu, Imago dan membeli satu dua keperluan.

Kesokkan paginya bergerak agak lewat untuk ke "Gaya Street" untuk melihat jualan tamu yang terdiri daripada pertanian serta ternakan. Aku tertarik dengan tumbuhan air untuk diletakkan didalam Aquarium. Seterusnya ke shopping mall sekitar pusat bandar dan Harvest pet shop di Penampang dan pada pukul 3.00 ptg bergerak pulang ke Terminal Feri Menumbuk untuk menaiki feri yang berlayar pada pukul 6.30ptg. Tepat 8.30pm selamat sampai ke Labuan. 

Friday 2 September 2016

Gedung Ubat Tanjung Kubung, Labuan


Petang yang tenang bersama-sama rakan untuk menikmati pemandangan laut sambil bertujuan untuk mengambil pasir putih untuk kegunaan ikan perhiasan. Bergerak pada pukul 4pm dari tanjung aru ke tanjung kubung hanya mengambil masa 5-10minit menaiki kenderaan. Kawasan ini tidak mempunyai jalan masuk yang khusus dan tidak menjadi salah satu bahan sejarah yang dilindungi. Orang ramai boleh memasukinya pada bila-bila masa sahaja, namun keselamatan adalah dibawah tanggungan sendiri. 


Dengan berlatarkan pemandangan padang rumput, jalan masuk untuk ke pantai memakan masa 15minit dengan pejalanan santai. Sesampai dilokasi.  diperlihatkan sebuah bangunan yang seakan-akan peluru iaitu Gedung Ubat yang telah lama ditinggalkan masih kekal gah berdiri di hujung tebing. Dengan hanya sedikit maklumat fakta yang diperolehi, tujuan bangunan tersebut belum dapat dirungkai. Walaubagaimanapun melalui percakapan dari mulut ke mulut bangunan tersebut digunakan sewaktu era penjajahan jepun bagi memperolehi barang perubatan dan ketenteraan daripada laut. Samaada tujuan digunakan oleh pihak British atau Jepun masih menjadi misteri. 

Walaupun bangunan ini tidak dijaga sebagai tinggalan sejarah pemandangan laut dari tebing ini sangat memukau, dengan keindahan air laut yang membiru serta pemandangan bandar Labuan yang jelas kelihatan. Setelah melihat "Gedung Ubat" seketika, aku dan beberapa temanku meneruskan perjalanan menuju pantai dalam masa 5 minit dari Gedung Ubat. Kawasan yang agak mendatar adalah sangat sesuai untuk aktiviti berjoging.
                         



Manakala kawasan laut yang dalam serta berbatu menjadi tempat tinggal habitat laut dan sangat sesuai untuk aktiviti memancing. Pada waktu ini keadaan laut adalah surut dan menampakan bebatuan. Kawasan cerun bebatu yang memukau pandangan saya untuk memerhati dengan teliti disetiap jadian lapisan dengan lapisan "Arang Batu" menjadi tarikan. Terdapat beberapa "Gua" kecil yang terbentuk dari hentakan ombak yang menjadikan kawasan batuan tersebut begitu unik. 

Cerita-cerita kampung mengatakan kawasan tersebut merupakan kawasan sambungan pelombongan Arang Batu yang dilakukan diatas Bukit Kubung yang telah memakan banyak nyawa pelombong cina pada waktu itu disebabkan terperangkap oleh kemasukan air laut kedalam Lombong terowong. 



Berbalik kepada keindahan pemandangan laut disitu terdapat beberapa tangkungan air pada batu menarik minat dengan keindahan batu karang yang tumbuh dengan kehadiran beberapa ekor ikan #KerapuLaput dan ketam. Setelah puas melihat pemandangan kami seteruskan mengambil beberapa keping gambar dan berangkat pergi, tapi sebelum itu tujuan utama untuk mengambil beberapa beg pasir putih tidak dilupakan. Semua berangkat pulang pada pukul 5.30petang. 





Pasir putih yang diperolehi diletakkan didalam aquarium