@L@

Wednesday 20 August 2014

Johor Darul Takzim

Perjalanan akhir, membuat beberapa perancangan untuk melawat sekitar kawasan menarik di Johor. Bermula dengan kawasan yang paling dekat dengan Batu Pahat bermula pukul 8.00pagi bersarapan di Lempeng sedap sebelum ke Tropical Village (TV). 


TV dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 7ptg dengan kadar bayaran RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak. Drive-in tambah RM5.00 lagi. TV mempunyai lebih daripada 30 mercu tanda diseluruh dunia. 

Walaupun bayaran masuk yang agak mahal dengan keadaan fizikal yang agak usang dan kurang penyelenggaraan, untuk singgah buat kali pertama agak berbaloi. Terdapat beberapa permainan antaranya rakit bot, rumah hantu dan keretapi dengan beberapa kadar bayaran. Setelah menghabiskan masa selama sejam kami berangkat pergi ke destinasi yg seterusnya. 



Tembok China

Tembok China


Taj Mahal
Hollywood Trademark 

Eiffel tower 
Kuala Lumpur Twin Tower
Ester island


Destinasi seterusnya adalah Puteri Harbour (PH), sebelum ke PH singgah sebentar ke Kota Iskandar. Kota Iskandar merupakan pusat pentadbiran Johor yang terletak di Nusajaya dan sejauh 25km dari pusat bandar.

Kota Iskandar
Marina Bay

Pathway

Hanya selang beberapa minit sampai di PH. Terdapat beberapa kawasan menarik di PH antaranya adalah Lat's Place, Sanrio Hello Kitty Town dan The Little Big Club. Bayaran masuk untuk 2 Park adalah RM85 (Maykad) dan RM110(regular) untuk kanak-kanak dan dewasa. Pemandangan teluk yang indah untuk dinikmati dengan angin-angin sepoi untuk bersantai. 
Masjid Sultan Abu Bakar

Pemandangan dari atas Masjid

Mini Garden Masjid

Kemudianya diteruskan semula perjalanan ke Zoo Johor, singgah ke Masjid Sultan Abu Bakar yang terletak bersebelahan Zoo Johor. Masjid Sultan Abu Bakar merupakan salah satu mercu tanda di Negeri Johor yang tersergam indah di atas bukit. Masjid tercantik di Malaysia ini dibina oleh Bapa Johor Moden, Sultan Abu Bakar pada tahun 1892. Pembinaan masjid ini yang mengambil masa selama 8 tahun mampu memuatkan 3000 jemaah dalam satu-satu masa. 
Entrance

Seterusnya adalah Zoo Johor, terletak di jalan Gertak Merah mempunyai lebih 100 spesis binatang yang tinggal di Zoo Johor antaranya adalah Harimau, Beruang, Tapir, Burung unta, Unta dan Kuda. Semasa kunjungan kami pada waktu itu, keadaan zoo agak berselerak dengan aktiviti penyelenggaraan dan penambahaikan kawasan kandang sekitar zoo. Zoo ini dibina pada 1928 dan kadar bayaran masuk hanya RM2.00 seorang. Bergambar sekitar Zoo dengan panas mentari. 

Ayam Belanda

erm...

Unta

Setelah berpanas, mencari makan di Restoran Sup Tulang ZZ, agak sukar untuk mencari tempat makan ni tapi ini salah satu tempat makan wajib singgah kalau ke Johor Baharu, dengan memesan Mee Rebus Tulang dan Neslo Ais dengan harga RM10.++ setiap hidangan. Restoran ini yang dilengkapi kemudahan santai untuk keluarga dan ruangan solat untuk yang menempuh perjalanan jauh. 

Mee Rebus Tulang ZZ

Bergerak ke Desaru untuk menikmati suasana pantai, mengambil masa lebih daripada sejam dari Johor Baharu dan bayaran tol RM8.20 dengan keunikan jambatan menyeberangi lautan. Setelah sampai ke Desaru tepat pukul 7.00 ptg dan bayaran dikenakan RM10.00 seorang untuk "overnight"

Public Beach "sangat"

Sebelum pulang kami ke Senai Airport untuk mengambil rakan yang tiba. Sampai semula ke Batu Pahat pada pukul 1.30 pagi. 

Saturday 16 August 2014

Legoland Malaysia

Hari semakin sibuk dengan kerja-kerja yang tertangguh, keluar bersiar-siar untuk mencari ketenangan seketika. Kemudianya aku ke taman tema yang paling dihajati di Johor Baharu iaitu LegoLand. Legoland Malaysia (LM) merupakan taman teman yang menyediakan lebih 40 tarikan dan persembahan yang menarik. LM yang dibuka pada 15 september 2012 terletak di Nusajaya Johor Malaysia. Dengan keluasan berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000m2) menempatkan beberapa tema seperti “The Beginning”, “LEGO Technic”, “LEGO Kingdoms”, “Imagination”, “ Lego City”, “Land of Adventure” dan “MINILAND”. Jarak perjalanan sejauh 30Km hanya mengambil masa lebih kurang 25minit daripada Lapangan Terbang Antarasangsa Senai. LM merupakan taman tema Legoland yang pertama dibuka di Asia dan kos pembinaan LM adalah 720 juta. Harga Tiket untuk dewasa MYKAD adalah RM120 (Theme Park) manakala harga untuk kanak-kanak/orang tua RM90 (Theme Park) dan kupon makanan RM10 akan diberikan sekali. Harga minuman setiap 500ml bergas berharga RM5.00.


Melakukan perjalan daripada Batu Pahat pada pukul 9.00 pagi berpandukan GPS (Global Positioning System). Melalui lebuh raya utara selatan aku dan rakan keluar melalui pesisiran keluar senai dengan kadar tol RM8.70. Dan teruskan semula melalui Express way ke persimpangan LM (kena pakai touch n go je.. terpaksa buat kad RM10.00 + RM10.00).

Wajib kunjung di Legoland.

The beginning



Lego Technic



Lego Kingdoms

Kingdom's

The Forestmen's  Hideout 
The Dragon

Dragon's Apprentice
Imagination




Observation Tower
Main ke tak!!

Lego Studio 4D

Land of Adventure




Lego City

Rescue Academy

Miniland









Legoland  tutup pada pukul 6.00 ptg, pukul 5.30 dah mula tutup untuk kerja-kerja admin, sebelum keluar daripada Legoland  beli sedikit cenderahati, rambang mata semua cantik-cantik belaka, kadar harga untuk barangan lego serendah RM10.00 hingga RM1000.00. (kawasan letak kenderaan RM9.00 setiap kali masuk). Sebelum balik semula ke Batu Pahat singgah sebentar ke Danga Bay untuk mengambil beberapa keping gambar. Bajet bujang dari Batu Pahat untuk 2 orang hanya RM200 seorang.