@L@

Tuesday 29 September 2020

Nursery Hunting Sabah

 

Bagi mendapatkan ketenangan seketika, aku dan teman-teman ku yang lain bercadang untuk mencari pokok hiasan disekitar Kota Kinabalu. Walaupun agar bimbang dengan keadaan pendemik dan penularan wabak, kami mengambil beberapa langkah untuk sentiasa berjaga-jaga antara satu sama lain. 

Hand sanitizer - Check 

Face Mask - Check

Medical Supply - Check


12.9.2020 -Sabtu


Dari Labuan menggunakan Feri pada pukul 10.30 pagi. Feri yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit ini bernilai RM50 sehala untuk kenderaan dan tiket penumpang RM2.50 bagi warganegara. 

Sesampai sahaja kami di Menumbok Sabah singgah sebentar di Muhibbah Cafe untuk membeli makanan sebagai alas perut pada pukul 12.00 tengahari.






Caladium hanya ditanam
diatas tanah dengan berbagai jenis


1 tengahari- Singgah Penjual Bunga di Membakut. Berhasil mendapatkan Cercetis Mirabilis 



Sumber : Google Image / Mirabilis

Cuaca tidak mengizinkan dengan keadaan hujan lebat kami meneruskan perjalanan ke Nursery Ke-2 One Sabayu Nursery untuk melihat beberapa pokok keladi untuk dibawa pulang.





Oleh kerana cuaca yang tidak lagi boleh dibendung kami terus ke rumah penginapan di Imago Loft untuk selama 5 hari . Kerana cuaca ribut diluar, aku hanya menghabiskan masa hari pertama didalam Shoppping Mall 
Lunch di BBQ Chicken 

13.9.2020 - Ahad



Ahad- Sunday Gaya Street menjadi tumpuan utama untuk mencari lubuk pokok-pokok hiasan berlainan dengan menawarkan harga yang berpatutan. Bergerak seawal 5.30 pagi bagi memastikan pokok yang diinginkan diperolehi. Keadaan Pasar ahad tersebut agak sibuk walaupun jam masih menunjukkan 5.45pagi. Banyak pokok-pokok hiasan dijual dan aku sempat untuk membeli beberapa jenis pokok antara pokok yang berhasil dituai Monstera Adansonii, Purple Oxalis, Pothos N'joy dan Epiphyllum Angulier (Bakawali). 

Walaupun harga yang ditawarkan pada kali ini sedikit tinggi disebabkan permintaan yang ramai, tetapi masih rendah berbanding dengan harga di Labuan. Harga untuk pokok hiasan seperti Caladium (Keladi) meningkat dengan drastik dengan kadar harga RM40-RM110 sepokok walaupun hanya baka kampung. 

Caladium merupakan salah satu tumbuhan daripada keluarga Araceae yang mempunyai warna yang pelbagai dan sering dikenali sebagai Keladi Telinga Gajah. Caladium juga mempunyai kepelbagaian jenis yang  boleh didapati diseluruh dunia dengan bentuk dan warna yang berbeza berkait rapat dengan  kawasan alaminya. Caladium menjadi salah satu trend terkini untuk semua pengemar pokok untuk dijadi koleksi peribadi. Kesukaran untuk mendapatkan baka-baka yang menarik menjadikan harga untuk sepokok boleh mencecah ratusan ringgit. Caladium dari keluarga Araceae ini selalu disalah tafsir daripada keluarga araceae yang lain iaitu Alocasia, Colocasia dan Xanthosoma. 


9.00 pagi- Kami meluncur laju ke Pasar Tamu Papar, walaubagaimanapun tiada hasil yang diperolehi dikawasan tamu tersebut. Dengan hanya beberapa buah gerai menjual tumbuh-tumbuhan dan jualan makanan. Mencari bekalan sarapan. 



Sepanjang perjalanan untuk ke kota kinabalu semula, singgah beberapa gerai tepi jalan dan berhasil mendapatkan Anthurium Crystallinum dengan harga RM15. "Nice Catch". Singgah ke Maisara Nursery untuk melihat pokok hiasan yang ditawarkan. Memperolehi Begonia Vine dan Begonia Rex Silver Queen kami terus bergerak ke Kota Kinabalu. Membeli "Coco-peat" dan "Coconut Husk Chips" (Sabut)  di Norsiah Nursery.  


12.00 tengahari - Kami terus ke Nursery putatan untuk melihat pokok-pokok yang menarik lainnya. Nursery Putatan yang terletak ditepi jalan menghala ke Kota Kinabalu dan lokasi yang senang untuk dikunjungi . Begonia menjadi tarikan semasa ke nursery ini. Walaupun harga yang dinyatakan lebih mahal dari Pasar Gaya tapi menjanjikan kepelbagaian pokok hiasan yang menarik pandangan mata. 



1.00 tengahari - Kembali semula ke sarang penginapan dan mencari santapan tengahari disekitar Imago Shopping Mall. Berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan. 4.00pm- Bergerak ke Inanam Bataras dan Ninso Kelombong untuk membeli sedikit pasu yang murah. 





6.00 petang- Singgah makan malam di Secrete Recipe bagi meraikan ulang tahun ke thirty-first series

Selamat Ulang Tahun ke-21

  

14.9.2020- Isnin



Pagi yang akan hening kami meneruskan perjalanan ke Tuaran, cuaca cerah seperti mengizinkan untuk kami meneruskan pencarian pokok hiasan yang menarik . Harga Caladium disepanjang nursery tuaran memang melebihi daripada yang dianggarkan. Tertarik dengan Philodendron Birkin berharga RM20 sepasu.



Kemudiannya terus ke The Stone Shop untuk melihat barang-barang keperluan lainya seperti Pasu, Baja, Soil Medium, Sphagnum moss, Leca Ball dan hiasan-hiasan laman. Jalan tuaran yang agak kelam kabut membuat perjalan bertambah sesak dan lewat. 

Kami seterusnya pergi ke rumah perseorangan untuk membeli pokok Monstera Deliciosa "Unknown ID" dengan harga RM 33 sepasu.

15.9.2020 - Selasa 

Green Gallery Nursery


Pagi lebih santai  bersarapan di bilik hotel dengan keadaan cuaca hujan lebat. Kami memutuskan untuk ke Green Gallery Nursery, Pan Borneo Papar. Seperjalanan cuaca mulai terang dan hujan mulai berhenti.  Berhasil memperolehi beberapa pokok Caladium Import (White Queen, White Moonlight, Tapestry), Schismatoglottis Calyptrata dan Begonia  

Hasil Green Gallery Nursery
 
Caladium Imported 


Meneruskan perjalanan ke Harvest Fish And Pet di Penampang untuk cuci mata sambil melihat aquatic plant yang sesuai.  



16.9.2020- Rabu

Hasil selama 5 hari berkampung di Kota Kinabalu. 


Akibat cuaca hujan lepas semalaman kami membatalkan niat untuk ke Spitang dan hanya bergerak sekitar Kota Kinabalu. Sekali lagi kami ke rumah perseorang untuk membeli beberapa pokok Anthurium Magnificum, Crystallinum dan Papillilaminum. 

10.30 pagi- Kami sekali lagi ke Harvest fish and Pet untuk membeli beberapa ekor ikan dan aquatic plant. 12.00 singgah menjamu selera dan ke kedai Chang Aquarium Tropical untuk membeli Cengkerik dan Algae Eater Fish. 

2 petang- Tiba di Beaufort dan melihat Gerai-gerai bunga ditepi jalan dan berhasil membeli Caladium Pink Flash tetapi kecewa kerana tidak dapat memiliki Hilo Beauty, tuan kedai tidak mahu menjualnya. 

4.30 petang-  Tiba di Menumbok untuk berangkat balik ke Labuan. 8.30malam selamat tiba di Labuan tanpa Saringan dan Swab Covid.    

-Hunting End-