@L@

Tuesday 21 January 2014

Gunung Lambak Kluang


Di akhir-akhir waktu, kaki melangkah lagi untuk mendaki. Gunung Lambak di Kluang Johor menjadi misi seterusnya. Tanpa mempunyai perancangan yang mencukupi aku dan 4 teman ku yang lain memulakan perjalanan pada pukul 6.30 pagi. Perjalanan ke Kluang hanya mengambil masa 45 minit daripada Parit raja, Batu Pahat. Gunung Lambak yang mempunyai 510m diatas aras laut dan terletak 5km daripada bandar Kluang. 

Memulakan pendakian pada pukul 8.00 pagi dengan sedikit regangan otot bagi memanaskan badan sebelum mendaki. Sewaktu sampai disana terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh penduduk setempat antaranya adalah senaman aerobik. Gunung lambak adalah mudah untuk didaki dengan terdapatnya beberapa laluan perjalan kaki. Bagi kawasan yang agak curam terdapat tali disediakan untuk memudahkan pendakian. 
Panaskan badan

Taman Reakreasi


Terdapat kawasan reakreasi yang menyediakan kolam renang, tempat makan dan kawasan rehat untuk pengunjung. Gunung Lambak mempunyai hutan dipterokarp bukit yang mumpunyai flora dan fauna yang banyak dan kelas hutan yang terluas di semenanjung Malaysia. Antara spesis utama yang ialah Pokok Meranti, Keruing dan Seraya. Gunung Lambak yang dahulunya menjadi stesen pemancar TV RTM pada tahun 1969, walaubagaimanapun ianya hanya beroperasi selama 13 tahun bagi menggalakan penduduk lebih menonton TV Malaysia berbanding TV singapura. 

Pendakian yang sepatutnya hanya mengambil masa 1 jam 30 minit telah kami lalui selama 3 jam dengan bersantai sambil mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan saguhati. setelah berjalan lebih 1400 meter akhirnya kami telah sampai kepuncak Gunung Lambak. Dengan berbekalkan Roti sebagai santapan di puncak. Berehat seketika dipuncak sambil ditemani dengan tiupan angin. 


Terdapat beberapa taman herba yang diusahakan oleh penduduk tempatan

Taman Herba


Tired!!
Setelah cukup berehat, kami memulakan aktiviti menuruni Gunung Lambak dengan memilih jalan yang lebih landai dan mudah. Lebih kurang sejam kami telah sampai ke kaki Gunung Lambak. Bagaikan berminggu-minggu tidak mendapatkan air, aku dan yang lain terus kekedai untuk menghilangkan dahaga.


Pendakian telah pun tamat kami seterusnya ke kawasan rehat untuk menikmati makan tengahari di Dataran Kluang. Menuju ke Masjid berdekatan sebelum singgah sebentar di Rumah Keluarga angkat rakan dan dihidangi dengan Mee Bandung Kluang, sangat lazat. Berangkat balik kami ditemani oleh hujan lebat disepanjang perjalanan sebelum sampai ke Batu Pahat pada pukul 8.00 malam



Berjaya!!