@L@

Saturday 26 February 2011

Pengembaraan Selama 4 Jam

hahahaha!!!... Akhirnya pengembaraanku yang kedua telah tamat, tempatnya tak lah jauh sangat dari tempat aku belajar tapi perjalanannya bagaikan beribu-ribu batu ( maklumlah baru first time pergi).. Tujuan asal perjalanan adalah untuk menyiapkan assignment yang diberikan minggu lalu..

Aku bersama kawanku pergi ke Ayer Hitam, Johor nak ambil beberapa sampel batu untuk ujikaji. kitaorang pergi Ayer Hitam hanya berdasarkan map yang telah diberikan oleh lab assistant.


Aku rasakan pada pagi tu malas sungguh untuk pergi keluar tetapi disebabkan tugas ini perlu diselesaikan aku kuatkan diri untuk pergi jua. Bangun seawal 6 pagi untuk menunggu jawapan keputusan ahli-ahli kumpulan adakah perlu untuk ke Minyak Beku atau Ayer Hitam ( Kawasan kajian). Namun semuanya hampa, sms dan panggilan semua tidak dijawab.... Aku membatalkan temujanji untuk menyewa kereta kerana masanya terlalu lewat untuk membuat keputusan. Aku mengambil keputusan untuk terus pergi walaupun tanpa keputusan dari ahli kumpulan.

Bergerak dari kolej kediaman pada jam 9.20 pagi ( walaupun belum pergi sarapan) aku ke kampus untuk mengambil map dan duit dari Atm... Aku membuat beberapa panggilan kepada ahli kumpulan untuk mengetahui hasil jawapanya. Seperti yang telah ku duga dan hasilnya tetap sama ( rasanya tak perlulah nak explain... jawapanya mengecewakan)


Pengembaraan bermula, bergerak dari kampus jam 9.50am tanpa menunggu lama bas untuk ke Ayer Hitam telah menunggu aku di luar kampus. Tambang untuk ke Ayer Hitam dari kampus Rm1.80..Perjalanan mengambil masa dalam 30-40 minit. Namun aku rasakan bagaikan terlalu jauh untuk sampai ke destinasi, berhenti diantara persimpang Segamat/Yong peng dan Renggam.

Sepanjang perjalanan untuk ke Kawasan kajian tu, terdapat banyak kedai-kedai kraftangan dan kedai menjual kerepek tersusun indah di tepi jalan. Tanpa membuang masa aku pun teruslah meninjau dan meronda kawasan sekitar, (hahahahaha, Hatiku terawat kembali oleh kekecewaan tadi).


Memang akan rambang mata sesiapa yang datang untuk membeli kraftangan kat sini, selain mempunyai pilihan yang banyak harga yang ditawarkan pun murah dan berpatutan. Masa kat sana aku hanya window shopping kerana masih berpaksikan tujuan dan نويت yang betul.

Berjalan sejauh 500m untuk ke tapak kajian, dan ku redah jua walaupun panas membara. Kulitku dah semakin mengelap( lepas ni terpaksalah guna fair&lovely). Kawasan berbukit yang berbatu, memang sukar untuk didaki dan tak tahu apa bahaya yang akan muncul dihadapan.




Aku terus memulakan pencarian batu bersaiz 5cmX5cmx5cm, memang menyusahkan betul batu ni. Susah dan payah memang sukar dicari. terus mencari dan mencari..


Aku terus kehadapan sehingga aku terjumpa sekumpulan anjing, takut erm... ada juga lah, tetapi disebabkan kepanasan melampau aku buat tak endah saja dengan anjing tu, menyalak dan terus menyalak dan anjing tu pun blah dari situ.... fuh!!! selamat dah aku.Tengah kusyuk mencari batu satu persatu, aku tak perasan rupanya aku masih di perhatikan oleh 2 ekor anjing dan jarak antara aku dan anjing tu dah kira dekat lah juga. Terkejut tahap gilerrrrrrrrr....... aku dibuatnya, selamat aku tak lari. kalau aku lari tentu anjing dua ekor 2 kejar. Aku pun terus mengambil beberapa ketul batu dan menakutkan anjing-anjing durjana tu.. kawan aku yang sorang tu masih kat bawah bukit...

Setelah penat mencari batu aku pun memulakan perjalan untuk pulang, tapi bak kata perpatah sambil menyelam minum air aku pun jalan lagi sekitar-sekitar pekan Ayer Hitam, dan membeli beberapa bungkus kerepek untuk bekalan menonton movie kat bilik.. hehehe..Aku menunggu bas di stesen bas Ayer Hitam, dan menunggu giliran untuk pulang...


Kedai disepanjang perjalanan

Suatu perjalanan yang amat memenatkan...