@L@

Wednesday 31 October 2012

Journey without Planning


Sudah lama rasanya jari jemariku tidak menulis entri untuk pengembaraaanku buat kali ini.. Pada kali ni perjalanan yang tidak dirancang. Kali ni aku ke Melaka buat ke sekian kalinya lebih mencabar kerana buat pertama kalianya membawa kenderaan sendiri ke Melaka. Bergerak pada pukul 12 tengahari dari Batu Pahat membawa perjalanan ke Melaka mengambil masa 2.30 jam dengan jauh perjalanaan 300km. pada mulanya aku hanya ingin ke kluang johor untuk melihat kawasan sekeliling dengan niat untuk membeli buah tapi akhirnya lain pula yang jadi…. Hehehehe..

Seperti biasa ingin mencari tempat yang belum pernah dilawati sambil menunaikan kewajipan. Destinasi pertama Masjid Selat Melaka. Masjid yang tersergam ini terletak dipinggir laut selat Melaka , kos permbinaan masjid yang bernilai 10 juta ringgit ini begitu menarik dengan keadaan rekabentuk yang moden dan lanskap yang tersusun indah.



Sambil menelefon kenalan lama yang belajar di Melaka untuk membawa aku bersiar-siar di Kota Bersejarah ini. Kali ini aku inginkan kelainan dari kedatangan aku yang sebelum ini. Tapi sebelum itu kami singgah untuk makan tengahari ditengah-tengah Bandar Restoran Nasi Kandar Subaidah. Aku mengambil pesanan Nasi Kandar dengan Ayam Goreng dengan kadar harga RM6.00, memang sedap terutamanya kalau siapa yang suka dengan pedas.


Setelah menjamu selera kemudianya aku bergerak ke Kota A famosa dan aku merasakan banyak kawasan yang telah berubah. Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke kota ini pada tahun lepas. Seperti biasa mengambil beberapa keping gambar. Perjalananku kali ini bersama kawan-kawan sepejuangan 5 orang semua.



Setelah puas bergambar dikawasan sekitar Afamosa aku meneruskan perjalanan ke Melaka river cruise . Dengan kadar harga 10 ringgit untuk dewasa dan 5 ringgit untuk kanak-kanak. Semasa menaiki river cruise terlihat keindahan bandaraya Melaka sepanjang perjalanan. Perjalan cruise ini mengambil masa 30 minit, didalam perjalanan itu dicerita bagaimana sejarah pembentukan kawasan bandaraya dalam menjaga keaslianya.



Kami kemudianya menghabiskan masa yang berbaki di muzium samudera. Banyak artifek-artifek yang menarik . bahan sejarah yang mencuri tumpuanku adalah beberapa fosil telur dinosaur yang selama ini hanya dilihat di internet dan buku.
Teruja melihat meriam yang digunakan
Telur dinosour

Bergambar di dalam Dataran Pahlawan




Bergerak sebelum pukul 8 malam kami kemudianya berhenti makan di gerai semabok yang menghidangkan dengan bermacam-macam roti yang menyelerakan. Aku mengambil 2 keping roti telur dan milo ais sebelum perjalanan pulang ke Batu Pahat. Perjalanan yang agak gelap menyulitkan penglihatan kami pada malam itu. Perjalanan kami hanya berbekalkan “signboard” jalan akhirnya membawa kepada jalan yang sukar…. tanpa bantuan lampu jalan suasana perjalanan kami memang menakutkan dengan kawasan gelap dikelilingi kelapa sawit.

Pada persimpangan pertama kami telah memilih jalan yang salah akibat kecelaruan petunjuk jalan. Kami teruskan jua dengan harapan ada persimpangan dihadapan. Jalan 24 gelap gelita dan hanya beberapa buah kenderaan melaluinya perjalanan sudah mengambil masa 30 minit dan tanpa sebarang petunjuk jalan seterusnya untuk ke Batu Pahat. Kawasan terdekat hanyalah Yong Peng…. Dengan memikirkan jalan yang sesuai akhirnya kami bertemu dengan persimpangan Parit Yusoof membawa ke Batu Pahat iaitu jalan 85. Kami melalui jalan itu dengan petunjuk 35km ke Batu Pahat dan jika kami meneruskan jalan 24 ke Yong Peng mengambil jarak 47km.


Jalan 85 dipilih untuk pulang ke batu pahat. Setelah melalui jalan 85 terlihat kawasan yang baru sahaja ditimpa hujan lebat dengan beberapa kawasan jalanraya telah dinaiki air. Kami memperlahankan kenderaan untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini. Ada beberapa rumah telah dinaiki air. Sekali lagi kami mengalami kekeliruan petunjuk jalan. Semasa melalui petunjuk jalan menunjukkan 28km lagi kebatu pahat kemudianya petunjuk seterusnya menunjukkan 29 km kami berasa hairan kerana sepanjang jalan tidak mempunyai sebarang persimpangan dan sepatutnya petunjuk jalan menunjukkan 27km lagi.

Kami hampir memberhentikan kenderaan untuk berpatah balik tetapi mengikut naluri hati untuk meneruskan jalan dengan harapan akan bertemu petunjuk jalan 26km lagi ke Batu Pahat. Ternyata firasat kami benar jalan kami lalui tepat dan akhirnya kami bertemu semula kepersimpangan jalan Batu Pahat iaitu jalan 5. Hati lega buat seketika. Akhirnya kami sampai ke Batu Pahat pada pukul 11 malam.

Malacca October 2012 Slideshow: Madsha89’s trip to Batu Pahat was created with TripAdvisor TripWow!