@L@

Tuesday 26 July 2011

Kenangan semasa di pulau



Sambil-sambil melayan kawan-kawan di laman sosial facebook, aku membuka gambar-gambar dahulu semasa belajar di politeknik kota kinabalu.Banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan terutamanya masa final year disana.


seingatan aku masa ni aku sem 6 dan banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan sebelum semuanya bergerak dengan haluan masing-masing. Pulau manukan. antara pulau yang sangat menarik dan indah yang perlu dikunjungi. untuk pergi ke pulau ini sangat mudah. sekiranya anda dari lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu (KKIA). anda hanya perlu menaiki teksi dan ke terminal feri jesselton dan hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. untuk ke pulau manukan pula ialah Rm 30.00 seorang. memang berbaloi dan sewa untuk peralatan snorkel hanya Rm 10.00.

Pada hari tu kelas aku dka6 berkumpul d tempat parking pengarah untuk menunggu bas yang di sewa pada pukul 6 pagi. dan kami bertolak pada pukul 7 pagi ke terminal feri jeselton. pada pukul 7.40 pagi dan jeti buka pada pukul 8.00 pagi, kami meninjau dan bersarapan di sana.


Kami bergerak dari jeti sebaik sahaja jeti dibuka, kehadiran pensyarah yang disayangi tidak juga muncul tiba.


kemeriahan mula terasa....

Sebaik tiba di pulau manukan yang hanya mengambil masa 15 minit dari jeti jeselton, kami melihat kejernihan air dan keindahan batu karang disana. ikan-ikan yang berenang sungguh jelas kelihatan...


Kami mencari tempat yang sesuai untuk berkumpul untuk meletakkan bekalan makanan yang telah dibawa. setelah mendapat tempat yang sesuai, kami bersiap sedia untuk terjun kedalam laut. kegembiraan terasa dan semua tugasan, kuiz, ujian semua dilupakan buat sementara waktu terutamanya final project. bermacam jenis ikan terdapat disana,selain daripada ikan, tapak sulaiman dan timun laut juga banyak di dasar laut.


Kami semua bermandi-manda sehingga ke tengahari sambil bergambar bersama, setelah puas kami mandi laut sudah tiba masanya kami untuk menikmati bekalan makanan yang telah dibawa.


Bermacam-macam makanan yang dibawa sendiri oleh ahli kelas ,sungguh sedap setelah puas penat bermandi manda.
Berhibur bersama

Sakit-sakit mampu lagi tersenyum..

kami meneruskan aktiviti snorkeling sehingga pukul 1 pm. kami seteruanya pulang ke terminal jesselton sebelum cuaca buruk. Semasa kami berangkat pulang hujan mula turun dengan lebatnya tetapi syukur alhamdulilah kami berlabuh dengan selamat disana.

Monday 25 July 2011

Perjalanan konvoku

Sudah lama rasanya jari jemariku tidak membuka blogku, kali ni ingin aku bercerita mengenai perjalanku untuk mengikuti konvokesyen di politeknik kota kinabalu. Aku berangkat ke kota kinabalu pada hari sabtu dengan menggunakan perkhidmatan feri express, bayaran tambang feri express dari pulau Labuan ke terminal feri Jesselton kota kinabalu berharga RM34.00 untuk kelas ekonomi. Perjalanan mengambil masa kurang daripada 4 jam dan hanya berlepas 2 kali dalam sehari iaitu pukul 8.00 pagi dan 5.00 ptg.

Setibanya aku pukul 7.30am di terminal feri Labuan, aku terus kelaluan berlepas dan feri akan bergerak pada pukul 8.00 pagi. Semasa didalam pelayaran aku hanya melelapkan mata dan menanti kapal untuk berlabuh, sepanjang perjalanan hanya kelihatan laut yang terbentang meluas dengan kehadiran beberapa jenis burung yang mencuri pandangan.

Setibanya aku di terminal feri Jesselton pada pukul 11.25 pagi, feri berlabuh lebih awal dari yang dijangka mungkin di sebabkan cuaca tenang dan cerah sepanjang perjalanan, aku terus bergerak ke politeknik kota kinabalu untuk tumpang bermalam di rumah staf yang ku anggap sebagai keluargaku disana.


Aku berjumpa dengan kenalan-kenalanku sepanjang beberapa hari, bergurau senda dan bertanya khabar sambil mendapat kenalan baru bersama adik-adik junior politeknik. Sangat terhibur dan menyeronokan dapat mengimbau kembali kenangan semasa be;ajar d sana. Tidak kusangka telah setahun aku meninggalkan politeknik, semuanya bagaikan suatu mimpi.

Hari konvo telah tiba, aku hanya mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan dalam hidupku, walaupun konvo ini tidak semeriah yang aku jangkakan tetapi berbaloi dengan pengalaman yang diperolehi.
Bergambar sewaktu berada di Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu.




Setelah selang beberapa hari sudah tiba masanya untuk aku berangkat pulang, kapalku dijangka bertolak pada pukul 1.30 ptg tetapi aku tiba di terminal feri lebih awal untuk berjalan-jalan kawasan shopping mall disana. Banyak sungguh pembangunan, dan pemandangan sangat berlainan sewaktu aku belajar dahulu..

Aku bergerak ke shopping mall Suria Sabah baru sahaja dibuka pada tahun lepas, bergerak meninjau-ninjau, aku hanya window shopping. Banyak barangan luar Negara dan harganya pun boleh tahan, setelah aku berjalan ke Suria Sabah, aku teruskan perjalananku ke Wisma Merdeka, aku berjalan tanpa ada arah tujuan, aku hanya menghabiskan masa sambil-sambil menunggu ketibaan kapalku untuk balik. Berehat sebentar di kawasan tempat duduk awam sambil memerhatikan gelagat dan ragam manusia.


Sebelum aku bergerak untuk naik ke kapal feri aku memerhatikan kawasan laut yang sangat indah dan jernih ditambah lagi dengan kehadiran beberapa ekor ikan menghiasan permukaan air.
Aku menaiki feri express untuk balik ke Labuan dengan harga tambang berharga RM34.60 pada pukul 1.35 ptg dan tiba pada pukul 4.45 ptg dengan keadaan cuaca yang mengizinkan.