Setibanya aku pukul 7.30am di terminal feri Labuan, aku terus kelaluan berlepas dan feri akan bergerak pada pukul 8.00 pagi. Semasa didalam pelayaran aku hanya melelapkan mata dan menanti kapal untuk berlabuh, sepanjang perjalanan hanya kelihatan laut yang terbentang meluas dengan kehadiran beberapa jenis burung yang mencuri pandangan.
Setibanya aku di terminal feri Jesselton pada pukul 11.25 pagi, feri berlabuh lebih awal dari yang dijangka mungkin di sebabkan cuaca tenang dan cerah sepanjang perjalanan, aku terus bergerak ke politeknik kota kinabalu untuk tumpang bermalam di rumah staf yang ku anggap sebagai keluargaku disana.
Aku berjumpa dengan kenalan-kenalanku sepanjang beberapa hari, bergurau senda dan bertanya khabar sambil mendapat kenalan baru bersama adik-adik junior politeknik. Sangat terhibur dan menyeronokan dapat mengimbau kembali kenangan semasa be;ajar d sana. Tidak kusangka telah setahun aku meninggalkan politeknik, semuanya bagaikan suatu mimpi.
Hari konvo telah tiba, aku hanya mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan dalam hidupku, walaupun konvo ini tidak semeriah yang aku jangkakan tetapi berbaloi dengan pengalaman yang diperolehi.
Setelah selang beberapa hari sudah tiba masanya untuk aku berangkat pulang, kapalku dijangka bertolak pada pukul 1.30 ptg tetapi aku tiba di terminal feri lebih awal untuk berjalan-jalan kawasan shopping mall disana. Banyak sungguh pembangunan, dan pemandangan sangat berlainan sewaktu aku belajar dahulu..
Aku menaiki feri express untuk balik ke Labuan dengan harga tambang berharga RM34.60 pada pukul 1.35 ptg dan tiba pada pukul 4.45 ptg dengan keadaan cuaca yang mengizinkan.
Al kisah kehidupan bujang...hehehehe!
ReplyDelete