@L@

Tuesday 26 July 2011

Kenangan semasa di pulau



Sambil-sambil melayan kawan-kawan di laman sosial facebook, aku membuka gambar-gambar dahulu semasa belajar di politeknik kota kinabalu.Banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan terutamanya masa final year disana.


seingatan aku masa ni aku sem 6 dan banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan sebelum semuanya bergerak dengan haluan masing-masing. Pulau manukan. antara pulau yang sangat menarik dan indah yang perlu dikunjungi. untuk pergi ke pulau ini sangat mudah. sekiranya anda dari lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu (KKIA). anda hanya perlu menaiki teksi dan ke terminal feri jesselton dan hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. untuk ke pulau manukan pula ialah Rm 30.00 seorang. memang berbaloi dan sewa untuk peralatan snorkel hanya Rm 10.00.

Pada hari tu kelas aku dka6 berkumpul d tempat parking pengarah untuk menunggu bas yang di sewa pada pukul 6 pagi. dan kami bertolak pada pukul 7 pagi ke terminal feri jeselton. pada pukul 7.40 pagi dan jeti buka pada pukul 8.00 pagi, kami meninjau dan bersarapan di sana.


Kami bergerak dari jeti sebaik sahaja jeti dibuka, kehadiran pensyarah yang disayangi tidak juga muncul tiba.


kemeriahan mula terasa....

Sebaik tiba di pulau manukan yang hanya mengambil masa 15 minit dari jeti jeselton, kami melihat kejernihan air dan keindahan batu karang disana. ikan-ikan yang berenang sungguh jelas kelihatan...


Kami mencari tempat yang sesuai untuk berkumpul untuk meletakkan bekalan makanan yang telah dibawa. setelah mendapat tempat yang sesuai, kami bersiap sedia untuk terjun kedalam laut. kegembiraan terasa dan semua tugasan, kuiz, ujian semua dilupakan buat sementara waktu terutamanya final project. bermacam jenis ikan terdapat disana,selain daripada ikan, tapak sulaiman dan timun laut juga banyak di dasar laut.


Kami semua bermandi-manda sehingga ke tengahari sambil bergambar bersama, setelah puas kami mandi laut sudah tiba masanya kami untuk menikmati bekalan makanan yang telah dibawa.


Bermacam-macam makanan yang dibawa sendiri oleh ahli kelas ,sungguh sedap setelah puas penat bermandi manda.
Berhibur bersama

Sakit-sakit mampu lagi tersenyum..

kami meneruskan aktiviti snorkeling sehingga pukul 1 pm. kami seteruanya pulang ke terminal jesselton sebelum cuaca buruk. Semasa kami berangkat pulang hujan mula turun dengan lebatnya tetapi syukur alhamdulilah kami berlabuh dengan selamat disana.

No comments:

Post a Comment