@L@

Tuesday 25 October 2011

Bon Odori

Ketenangan di sebalik kerisauan akhirnya membawa aku untuk menghadiri satu Karnival Jepun “BON ODORI” di Johor Bahru. Bergerak selama 1 setengah jam dari kediaman membawa cerita dan gelak ketawa di dalam bas. Seperjalanan hanya ditemani dengan ladang-ladang kelapa sawit yang subur tumbuhnya.
Sesampainya aku di Plaza Angsana Johor aku terus mengambil peluang untuk mengambil gambar sebanyak yang mungkin untuk dijadikan kenangan. Setelah menjejakkan kaki di tapak Karnival kelihatan orang ramai sedang gamat menyaksikan persembahan di tengah pentas. Semua aktiviti yang dilakukan di sana menggunakan kupon yang boleh didapati dengan kadar harga Rm5.00 setiap satu.
Rakan-rakan dan aku telah mencuba beberapa permainan yang ada disana. Permainan yang sangat menarik perhatian ku adalah permainan menangkap ikan emas ataupun dalam bahasa jepunnya Kingyo sukui ,"金魚すくい" . Selain itu ada juga permainan Quoit "輪投げ", yo yo "ヨーヨー" dan pertandingan membuat kuih beras ataupun kuih Mochi .
Cara-Cara Nak buat kuih Mochi, Semasa kuih Mochi ini dalam proses pembikinan setiap penguli tepung akan mengeluarkan slogan " wasshoi-wasshoi"~わっしょい~~sebagai kata perangsang untuk memberi semangat kepada ahli-ahli yang lain.
yo yo "ヨーヨー", Cara bermainnya adalah dengan memancing tali yoyo tersebut dengan menggunakan benang yang diperbuat daripada kertas.
Quoit "輪投げ"
Persembahan yang dilakukan di tengah tapak carnival berlangsung dari pukul 5.00 ptg sehingga pukul 9.00 malam setiap satu jam. Bercerita tentang Bon Odori ini sebenarnya adalah salah satu upacara memanggil roh-roh mati dengan cara menari dan diikuti dengan muzik-muzik gendang yang membawa maksud tertentu. Bon Odori atau Awa Odori dikenali juga sebagai “Tarian bodoh” oleh masyarakat jepun di daerah Kansai. Karnival yang dijalankan di Johor ini pula hanya untuk memperingati kebudayaan Jepun kepada penduduk setempat selain menghimpun penduduk-penduduk jepun yang ada di Negara ini. Selain itu terdapat juga pertunjukkan mengubah belon yang telah dilakukan oleh sukarelawan untuk membantu rakyat yang mengalami bencana gempa bumi di Jepun.
Penonton terhibur dengan gaya yang dipertunjukkan
Setelah penat meronda-ronda tapak karnival aku mula singgah ke Plaza Angsana untuk membeli cenderahati di sana, sambil-sambil tu pergi cari tempat untuk makan malam, dan tempat makan yang menjadi pilihan adalah KFC.
Disana juga terdapat beberapa jenis makanan yang wajib ada semasa karnival ini berlangsung iaitu Shushi, Takoyaki, Men kashi, Aisukurīmu dan Yakisoba.
Takoyaki ataupun Bebola Sotong