@L@

Friday 30 November 2012

Putrajaya Wilayah Persekutuan



Merancang perjalanan bersempena cuti Sultan Johor membawa aku ke Putrajaya salah satu Wilayah Persekutuan di Malaysia. Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Malaysia yang mempunyai infratruktur yang terancang dan unik. Perjalanan ku kali ini menggunakan kereta sewa , seramai 5 orang semuanya untuk menyelesaikan Projek yang diberikan.

Bergerak dari Batu Pahat pada pukul 7.45 pagi menuju ke susur masuk tol Plaza Ayer Hitam. Kemudianya bergerak menuju ke Putrajaya. Berehat seketika di R&R dan keluar di Plaza Tol Bangi dengan kadar harga RM28.80. Tanpa berbekalkan GPS aku hanya menggunakan beberapa keping peta yang telah disediakan sebelum memulakan perjalanan. Menggunakan jalan B18 yang telah ditukar ke jalan 32 menyulitkan keadaan aku untuk membuat pertukaran jalan, dan oleh kerana batu penunjuk KM belum ditukar aku hanya menggunakan batu penunjuk jalan sebagai penunjuk arah.







Akhirnya sampai ke Putrajaya selepas bertarung dijalanan selama 3 jam setengah. Kami kemudianya membuat lawatan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga untuk mendapatkan beberapa maklumat- maklumat penting untuk projek. Bangunan ibu pejabat suruhajaya tenaga atau pun dikenali sebagai bangunan berlian (“Diamond Building”). Bangunan ini merupakan bangunan ke-tiga di Malaysia sebagai green building yang mempunyai penjimatan dalam penggunaan sumber tenaganya. Aku kemudianya mengambil beberapa keping gambar disekeliling bangunan.
Diamond Building

Sekitar Bangunan


Setelah tertunainya niat untuk melihat sendiri bangunan berlian ini, akhirnya aku dan teman-teman bergerak ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ataupun dikenali sebagai “Masjid Besi” untuk menunaikan kewajipan. Keunikan masjid ini adalah menggunakan 70% besi sebagai bahan utama dan 30% konkrit pembinaan. Masjid yang bernilai RM200 juta ini boleh memuatkan 20,000 jemaah pada satu-satu masa. Terpegun dengan keindahan Masjid ini dan mengambil masa seketika untuk menikmati keindahan masjid.

Masjid Besi

Nasi Briani dengan Ayam lemon



Setelah itu aku mencari juadah untuk santapan tengahari di sekitar kawasan Persist 3. Cuaca agak suram dengan keadaan hujan yang agak lebat disertai dengan tiupan angin. Tapi tidak mematahkan semangat untuk mencari makan tengahari. Aku menikmati Nasi Briani Ayam dan Milo Ais yang membangkitkan selera dengan kadar harga Rm9.50 . Seterusnya setelah kenyang menghabiskan santapan, aku ke destinasi seterusnya iaitu ke Pejabat Pentadbiran Malaysia. Setibanya disana singgah sebentar di tasik Putrajaya untuk mengambil gambar, terdapat pelbagai jenis ikan di tasik seperti kaloi, keli , fatin dan kelah besar-besar semuanya. Ada seekor kura-kura juga menampakkan diri.

Besor-besor ikannya


Setelah itu berangan seketika bergambar di bangunan putrajaya, memang tanpa segan dan silu menghabiskan masa bergambar disana. Sebelum berangkat ke destinasi seterusnya menjenguk seketika di Masjid Putra dan membeli cenderahati untuk dijadikan ingatan.




Mula bergerak ke destinasi seterusnya berpandukan Google maps kami menuju ke I-city begerak dari Putrajaya pukul 6 petang menyebabkan kami terperangkap didalam kesesakan lalu lintas, keadaan cuaca hujan renyai memperlahankan lagi perjalanan trafik.

Akhirnya sampai ke destinasi yang dituju tepat pukul 8.00pm, tanpa membuang masa aku dan teman-teman terus menyerbu masuk ke taman I-city. I-city yang bernilai 3 billion ini mempunyai keluasan 13 juta kaki persegi dan mempunyai aktiviti in-door dan out-door yang menarik dan sesuai untuk kunjungan keluarga. Teman-teman dan aku, mencuba Pirate ship dan Giant wheel dengan kadar harga setiap satunya adalah RM5.00 dan Rm10.00 seorang . hilang tekanan buat seketika apabila mencuba aktiviti ini. Seterusnya mengambil beberapa keping gambar dikawasan LED tree yang memang memukau. Menghabiskan masa melewati kawasan sekitar dan memang sesuai untuk perancanggan percutian keluarga. Kadar bayaran masuk ke i-city ini adalah Rm10.00 untuk kenderaan persendirian dan RM2.00 seorang bagi pengguna perkhidmatan bas atau van.

Hilang tekanan seketika



Aku mula berangkat dari I-city pada pukul 10 malam untuk pulang semula ke Batu Pahat. Perjalanan lebih terasa kejauhannya disebabkan perbatasan cahaya penglihatan membuat aku lebih berhati-hati. Memasuki Plaza Tol Shah Alam dan keluar ke Plaza Tol Ayer Hitam yang mengambil masa 4 jam perjalanan santai dengan bayaran tol Rm34.60, temanku membuat pergantian pemanduan untuk aku berehat seketika. Pukul 2.00 pagi aku selamat tiba di Batu Pahat.