@L@

Monday 26 June 2023

Langkawi, Kedah

11 Jun 2023



Setelah hampir setahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah melayu, akhirnya aku berpeluang untuk ke Langkawi atas urusan kerja. Bagaikan sambil berenang minum air, tidak aku melepaskan peluang untuk menikmati pulau bebas cukai ini. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati  semasa berada di Langkawi. 

Perjalanan dari Pulau ke pulau yang mngambil masa selama 3 hingga 4 jam penerbangan. Bertolak dari Labuan pada pukul 11.40 pagi dan memakan masa selama  2 jam 30 min tiba pada pukul 2.10 petang. Aku seterusnya menaiki penerbangan yang kedua pada pukul 3.55 petang ke Lapangan Antarabangsa Langkawi (LIA) dan mengambil masa selama 55 min. 


Daftar Masuk..

Perjalanan dari LIA ke Hotel Adya Langkawi selama 30 min dengan kadar tambang Grab RM19.00. Hotel Adya Langkawi merupakan hotel yang berkonsepkan ciri-ciri pengurusan Islam moden ini telah menerima anugerah pengiktirafan Hotel terbaik LITA tahun 2015. Hotel 4 bintang ini boleh ditempah dengan kadar harga bermula RM150 semalam. 

Aku hanya meronda sekitar hotel pada hari pertama sampai ke Langkawi dan masa telah menunjukkan pukul 6 petang. Berdekatan dengan hotel ini terdapat sebuah pusat membeli belah 3 tingkat Parade Mall Langkawi, banyak barang bebas cukai boleh didapati disini. Pusat Beli belah ini juga menyediakan cineplax satu-satunya di pulau Langkawi. 

12 Jun 2023

Isnin, Aku merancang perjalanan untuk ke Dataran Lang. Perjalanan dari hotel hanya memakan masa 5 hingga 7 min dengan  kadar bayaran Grab RM7.00. Dataran Lang merupakan mercu tanda langkawi dengan ketinggi 12 meter yang mengambil nama Helang- Lang Kawi- Perang .  Terdapat Geopark dikawasan sekitar yang boleh dilawati iaitu batuan yang telah terbentuk 550 juta tahun dahulu. Pada tahun 2007 tapak Geopark ini telah diiktiraf sebagai UNESCO Global. Geopark ini menceritakan kepelbagaian biologi di langkawi yang diwakili empat jenis hutan iaitu hutan batu kapur, hutan batu pasir, hutan granit dan hutan bakau. 






Setelah meninjau sedikit sebanyak mengenai langkawi, aku singgah ke pusat membeli belah yang popular iaitu HIG (Haji Ismail Group). Pusat membeli belah ini menyediakan barangan bebas cukai, dan pinggan mangkuk yang menarik untuk dimiliki. HIG merupakan OKB (Orang Kaya baru) yang meminati bidang perniagaan dan mempunyai 4 buah pusat membeli belah dan hotel untuk dinikmati. Adalah lebih menarik apabila setiap pembelian yang dilakukan di HIG akan disedekahkan kepada insan yang memerlukan. Sambil Berbelanja Sambil Bersedekah. 
13Jun 2023


Selepas menunaikan tujuan asal , aku bergerak ke MAHA Tower. Hanya mengambil masa selama 15 minit berjalan kaki dari hotel Adya, aku tiba dilokasi dengan menyelusuri deretan kedai makan Thailand dan tempatan. Tower Maha yang mempunyai ketinggian tinggi 138m menempatkan deck pemerhati dan kedai makan. Anda boleh memasuki dengan kadar harga RM 39 untuk dewasa. Aku hanya membuat pemerhatian daripada bawah bangunan. 



14 Jun 2023

Check out dan Check in

Aku telah berpindah hotel ke Hotel Adya Cenang. Kadaran Bayaran dari Adya Hotel Kuah ke Adya Hotel Cenang mempunyai perbezaan harga sebanyak RM 40.00. Kebanyakan Hotel sekitar langkawi mula daftar masuk pada pukul 3.00 ptg dan bergantung kepada sesebuah hotel. 


Aku meneruskan perjalanan tanpa melepaskan peluang untuk menaiki Cable Car ( Sky Cab) dengan kadar harga sebanyak RM43 (Mykad)  untuk sesi Cable Car, 3D art, Skyrex dan Skydome. 

Diatas puncak terdapat beberapa Skybridge dengan kadar harga yang berlainan. Disebabkan keadaan beratur panjang dan masa yang terhad, aku membatalkan untuk ke Skybridge dan hanya bergambar di 'watch tower'. Keadaan diatas Cable car agak sejuk walaubagaimanapun tidak perlu memakai baju tebal. 

Membeli beberapa cenderamata untuk dijadikan buah tangan, sebelum ke 3D art dan dua lainnya. Kerana aku datang pada waktu kerja dan bukan waktu cuti, keadaan cable car tidak sesak dan boleh menaiki sendiri tanpa perlu VIP Gondola. 

Bergerak balik menggunakan Grab ke Pantai Cenang dengan kadar RM22. Perjalanan lebih jimat sekiranya bergerak didalam kumpulan. Traveler Solo menaiki Grab tidak berbaloi. 

Sesampainya di Cenang aku daftar masuk dengan kadar harga RM144.50 (141.50 harga Hotel+ Cukai dan RM3 harga Warisan). Secara keseluruhanya Hotel Adya Cenang mempunyai kemudahan dan lokasi yang strategi dan hanya 3 minit dari Cenang Mall. Walaubagaimanapun, hotel yang memanjang akan menyukarkan untuk penginapan membawa warga emas.. 



Rehat sebentar....

Meneruskan perjalanan di pantai cenang, sepanjang pantai cenang dihamparkan kedai-kedai kraftangan dan kedai makan. Keadaan lebih meriah pada sebelah malam dengan deretan kedai sepanjang pantai. Sepanjang pantai ini juga menyediakan perkhidmatan Snorkeling, Banana Boat, Parasailing dan Jet ski... 





Aku singgah ke Chenang Mall untuk menikmati makan malam disana. Chenang Mall yang mempunyai 2 tingkat ini terletak ditengah-tengah kawasan peranginan Chenang. 

 

15 Jun 2023

Pagi

Sebelum melangkah untuk meninggalkan pulau bebas cukai ini, aku singgah sebentar dipantai Cenang bagi menikmati pemandangan terakhir sebelum bersarapan pagi. Untuk saarpan pagi pula.. kebanyakannya kedai makan buka pada pukul 9 dan hanya ada satu kedai makan 24jam bersebelahan dengan Cenang Mall. Roti Kawin menjadi santapan pagi ini. 


9.30 pagi aku akan berangkat pergi ke Lapangan Terbang Langkawi dengan kadar tambang Grab RM12.00  dan hanya memakan masa 10-11 minit. Pulau Langkawi Ke KLIA memakan masa 55min. Setibanya aku di KLIA pada pukul 1.30 petang tidak dilupakan untuk membawa buah tangan Roti Gardenia. :)... 

Penerbangan seterusnya adalah pada pukul 2.40 petang KUL to LBU. Santai dan menikmati keadaan KLIA yang telah lama tidak dikunjungi.