@L@

Thursday 24 August 2017

Labuan ke Bohey Dulang (Pulau ke Pulau)

Dari Pulau Menuju Pulau

Hari pertama

Lawatan sambil belajar, kali ini aku bergerak secara berkumpulan yang ramai bagi menjalankan aktiviti kerja. Tujuan asal perjalanan ini adalah bagi memperolehi pengalaman dan belajar perkara-perkara baru sambil membuat CSR “Corporate Social Responsibility”.

Bergerak seawal 5.00 pagi untuk berkumpul di feri terminal yang dijangka bertolak pada pukul 6.30pagi. Feri kenderaan yang mengambil masa 1 jam 30 minit perjalanan membawa aku menyeberangi laut pemisah Labuan Menumbok. Tepat 8.30 am kami meneruskan perjalanan menuju Tawau melalui jalan Menumbok - Keningau - Kalabakan - Tawau.  Perjalanan kami yang dimulai dengan keadaan cerah mula dicurahi dengan kedinginan hujan sesampai sahaja kami berhenti di Banjaran Crocker.  Banjaran Crocker yang telah diilhamkan oleh peneroka William Maunder Crocker yang mempunyai ketinggian 1800 meters (5,900 kaki) antara salah satu gunung tertinggi di Asia tenggara.

Setelah melalui banjaran yang memisahkan timur dan barat sabah , kami kemudiaan telah berhenti rehat di Keningau untuk makan tengahari pada pukul 12.30pm dan menunaikan solat di Masjid Al Taqwa Keningau.

Meneruskan Perjalanan melalui Kalabakan yang agak mencabar dan pemanduan yang maxima diperlukan kerana terdapat banyak kesan-kesan tanah runtuh dan lori-lori balak yang tidak lekang berlegar-legar dijalanan. Kalabakan atau “kalap angkan” yang membawa maksud “dapat makan” diberikan oleh penduduk asal disana yang berbangsa Tidong. Perjalanan yang lama mengambil masa 13 Jam sebelum aku tiba di Hotel Marco Polo pada pukul 9.30pm.

Tamat Hari pertama



Hari Kedua

Hari kedua diteruskan walaupun penat semalam belum lagi reda. Bersarapan dan bergerak pada pukul 8.00 pagi kemudiannya bergerak ke Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sri Stella Tawau untuk bersama-sama melawat dan melakukan kerja-kerja amal disana. Kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan perbersihan dan kumpulan Mural. Taman didikan ini yang telah ditubuhkan pada tahun 1989 masih aktif walaupun telah mencecah angka 28 tahun dalam memberi khidmat bakti dan telah dirasmikan oleh Y.B Ahmad Bahrom bin Y.B Datuk Hj Abu Bakar Titingan (1990). Penghuni Taman didikan ini adalah dari kanak-kanak kurang upaya dari segi fizikal dan mental (Cerebral Palsy, CP). Kanak-kanak yang mengalami CP ini kebanyakannya mengalami kerosakan pada saraf otak yang boleh disebabkan oleh kecederaan atau perkembangan otak yang terencat sebelum, semasa dan selepas bayi dilahirkan.


Pada sebelah petang pula, kami beramah mesra dengan penghuni rumah orang-orang tua Air Panas, Tawau. Kebanyakan warga yang menetap disini adalah tidak mempunyai keluarga dan keluarga dalam keadaan yang tidak berkemampuan. Bercerita dengan warga-warga tua disini dapat menjadi pengajaran buat diri sendiri untuk berfikir sejenak. Beberapa warga mengalirkan air mata dan menahan sebak bila berkongsi cerita kehidupan. Kami kemudiannya dihiburkan dengan nyanyian lagu sebelum dihidangkan dengan minuman petang bersama-sama warga sebelum bersurai.

Tamat hari kedua

Hari Ketiga

6.30 pagi telah bersiap sedia untuk memulakan perjalanan yang seterusnya. Tujuan hari ini adalah untuk pergi ke Bohey Dulang, Semporna Sabah. Perjalanan ke semporna mengambil masa 1 jam 30 minit dari bandar tawau tiba pada pukul 8.00 pagi. Sebelum itu, singgah untuk membuat lawatan ke Pangkalan Polis Maritim daerah Semporna. Semporna mempunyai 49 buah pulau dan 21 buah pulau berpenduduk dan selebihnya tidak berpenduduk serta terdapat 5 buah pulau yang menjadi tarikan pelancong. Setelah menghabiskan masa melawat Pangkalan polis marin. Pukul 10.45 pagi bergerak ke Jeti Penumpang untuk ke Pulau Bohey Dulang. Dengan bertujuan melihat keindahan pulau, kini aku bergerak seramai 14 orang bagi setiap bot. Perjalanan mengambil masa 30 minit dari Jeti penumpang ke Pulau Bohey Dulang.
Setiba di Bohey Dulang, pelawat boleh mendaki bukit Bohey Dulang dengan ketinggian 600meter. Kasut hendaklah digunakan semasa menaiki bukit ni. Kejernihan air di pulau ini memang mempersonakan, dengan kehadiran ikan-ikan marin yang sungguh indah untuk diamati. Pulau-pulau yang telah digazetkan ini merupakan Taman Marin Tun Sakaran yang terdiri daripada 7 buah pulau iaitu Bohey Dulang, Bodgaya, Sebangkat, Salakan, Maiga, Sibuan dan Mantabuan. Aku dan yang lainnya hanya sempat untuk berada di Bohey Dulang, Sibuan dan Mantabuan yang mempunyai keluasan 350km persegi dan dihuni lebih daripada 2000 orang penduduk secara keseluruhannya.



Aku kemudiaanya menikmati keindahan kejernihan air laut dengan berenang ditepian dan snorkeling. Arus air yang deras pada dasar laut adalah bahaya kepada kanak-kanak tanpa pemantaun orang dewasa. Terdapat banyak ikan-ikan marin dan terumbu karang yang indah di sepanjang pesisir pulau. Tepat 4.00 petang kini kami berangkat pulang ke jeti penumpang. Singgah sebentar di Pasar semporna, banyak hasil laut yang dijual murah disini berbanding di pasar tawau antaranya adalah Ikan Pari kering, Sotong Kering, Kima (tiram kering), Ikan Kering (pelbagai Jenis). Harga yang ditawarkan adalah separuh harga daripada Pasar Tawau. Aku sempat membeli sotong kering dan kima untuk dijadikan cenderahati. Kebanyakan penjual adalah dari penduduk asal dan penggunaan bahasa melayu agak sukar kerana kebanyakannya hanya menggunakan bahasa bajau sebagai bahasa petuturan. Satu bonus sekiranya pandai berbahasa bajau disini.


Pukul 6.00pm semuanya berkumpul di Seaview restoran untuk menikmati makan malam. Dapat menikmati ikan putih 3 rasa dan Sotong goreng sudah mencukupi setelah penat bermain air. Kami berangkat semula ke Tawau pada pukul 8.00 malam.

Tamat hari Ketiga

Hari Keempat

Masih bermimpi berenang di lautan semporna, kini teruskan perjalanan pagi ini untuk melaksanakan perlawanan persahabatan  seawal 7.00 pagi. Antara acara yang dipertandingkan adalah bola sepak, badminton dan juga carom. Perlawanan berlangsung sehingga pukul 12.00 tengahari.

Aktiviti sebelah petang pula adalah membuat rondaan di sekitar Tawau dan kawasan yang menjadi tumpuan adalah ke pasar Tawau. Membeli barang-barang untuk dibawa pulang. Seperti biasa makanan wajib bila tiba di Tawau adalah balinjo, Amplang, bilis dan udang kering.

Setelah itu singgah sebentar di taman tikus untuk membeli barang-barang “bundle” dan duduk sembang setelah bertemankan mentari panas, ABC  menjadi pilihan.  Pulang semula ke Hotel untuk persiapan malam kemuncak lawatan sambil belajar di Tawau Sabah.

Majlis bermula tepat pukul 7.00 malam di Restoran Sri Titingan. Majlis makan malam ini dihidangkan dengan makanan laut terdiri ketam, ikan dan udang dengan cara masakan yang tersendiri. Acara mala mini juga diselingankan dengan cabutan bertuah. 40 cabutan bertuah diberikan kepada para peserta. Namun sebelum dimulakan majlis sambutan harijadi bagi peserta yang lahir pada bulan Ogos dilangsungkan.


Hari keempat tamat

Hari ke Lima

Hari perjalanan balik kini telah tiba, berkumpul seawal pukul 5.00 pagi sambil bersarapan didalam bas. Kini perjalanan balik melalui Kalabakan -> Keningau -> Tenom -> Spitang -> Menumbok perjalanan pulang ditemani dengan hujan yang sedih untuk mengucapkan selamat tinggal. Perjalanan pulang terasa lebih singkat apabila telah melalui kawasan kalabakan. Walaubagaimanapun perjalanan mendaki bukit kawasan Tenom yang dihiasi orkid disepanjang perjalanan menimbulkan kegusaran apabila bas yang dinaiki seakan sukar untuk mendaki.
Setelah melalui zon kegusaran, bas yang didaki dapat mengelungsur laju setelah berjaya mendaki banjaran crocker. Kami kemudiaanya sampai di spitang untuk berehat dan bersolat di Masjid Imam Haji Hashim sebelum bergerak semula pada pukul 5.00 pm menuju ke menumbok. Tiba di manumbok pada pukul 6.30 pm dan aku terus menaiki bot tambang untuk menuju ke Labuan.

7.00 pm selamat tiba di Labuan.


Perjalanan Tamat…….

Saturday 20 May 2017

Zoo Negara, Kuala Lumpur Malaysia

Hari Pertama

Pembahagian Harta
Memulakan perjalanan  daripada Labuan ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan Tambang Murah Airasia dengan nilai RM 170 pergi dan balik. Bersarapan pagi sambil menunggu penerbangan pada 10.25pagi. Penerbangan Labuan ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 2jam 30 minit dengan ketinggian 33000 kaki dari aras laut. Cuaca sangat mengizinkan dan cerah sepanjang perjalanan. Setibanya di KLIA 2 pada pukul 12.10 tengahari, Aku dan teman-teman seramai 7 orang bergerak ke kawasan “Food Court” untuk menikmati makan tengahari.


Seusai menikmati makan kami terus bergerak ke Hotel penginapan The Golden Palace dengan kadar harga RM98 semalam untuk satu bilik. Nama yang gah tidak mengambarkan perkhidmatan yang cemerlang. Keadaan hotel yang agak berselerak, tidak teratur dan sedikit kotor amat bersesuaian dengan penginapan bajet. Berehat seketika untuk melepaskan penat sebelum memulakan perjalanan ke Stesen Masjid Jamek pada pukul 4.00 petang untuk membeli barang yang diidam-idamkan.


Danau Kota
Aku kemudiannya bergerak sendirian untuk berjumpa teman-teman di Kuala Lumpur. Aku bergerak ke Setapak Central Mall pada pukul 8.00 untuk makan malam di Sarawak’s Bowl dengan pesanan Mee Kolok 3 rasa dengan harga RM15.00. Sangat menyelerakan 3 rasa (soy souce, taucu, dan sup) dengan kuantiti makan untuk 2 orang. Berada di Setapak Mall sehingga pukul 11 malam sebelum ke Pasar malam Uptown Danau Kota. Keadaan Pasar Malam yang meriah dengan pengunjung yang tidak putus-putus dengan jualan barangan yang pelbagai sangat menarik dengan telatah pemilik-pemilik gerai membuat promosi. Sehingga larut malam pukul 2.00 pagi kembali semula ke Hotel penginapan.

Hari Kedua

Lonceng berbunyi pada pukul 6.00 pagi untuk aku bersedia bergerak untuk perjalanan hari kedua. Kelihatan wajah-wajah teruja untuk bergerak meninjau ibu kota. Bersarapan roti dan biskut yang dibeli sebelum memulakan perjalanan. Berkumpul di lobi hotel pada pukul 9.00 pagi dan bergerak menuju Ke Zoo Negara menaiki Grab teksi dengan harga RM17 jalan sehala. Perjalananan mengambil masa 30-45 minit dengan keadaan jalan yang sedikit sesak. Kami dihantar oleh seorang pakcik dalam lingkungan 60 an berbangsa cina yang sangat peramah dan menerangkan setiap tempat yang dilalui.



Sesampai di Zoo Negara pada pukul 10.45 pagi dan membeli beberapa makanan sebelum masuk ke Zoo Negara. Bayaran masuk untuk zoo negara adalah RM 44 untuk dewasa dan RM16 untuk Kanak-kanak manakala warga emas berharga RM21.  Zoo Negara buka pada pukul 9.00 pagi dan tutup pada pukul 5.00 petang. Terdapat bermacam-macam jenis haiwan dari sepsis burung,  mamalia dan reptilia. Tidak dilepaskan peluang untuk berjumpa dengan binatang berbulu hitam dan putih Xing Xing dan Liang Liang dengan kondo mewah berhawa dingin.

Ceritanya …

Menurut sebuah dongeng dari negara Tibet, seluruh badan Giant Panda asalnya berwarna putih. Mereka gemar bermain dengan seorang gadis gembala yang baik hati dana mat disayangi ramai.

Pada Suatu hari, seekor harimau bintang telah menyerang seekor anak Gaint Panda yang merayau jauh dari ibunya. Mendengar jeritan si kecil, gadis gembala cuba menyelamatkan kawannya itu.

Bila hidup anda tidak bermakna maka jadilah Panda, hidup selesa dikondo mewah.


Anak Gaint Panda Berjaya melarikan diri, tetapi malangnya si gadis gembala terkorban.

Semua Gaint Panda telah mengadakan sebuah upacara pengebumian untuknya. Mengikut adat tempatan , abu hitam disapu pada tangan mereka sebagai tanda kesedihan. Sambal menangis dan memeluk satu sama lain abu hitam itu turut melekat pada buli di bahagian-bahagian lain tubuh mereka.

Semenjak peristiwa itu, bulu pada mata, telinga serta kaki Gaint Panda berwarna hitam.

                                                                                                                                                                                ~ Sekian
Sumber Zoo Negara


Kami berada di Zoo Negara sehingga menghampiri pukul 3 petang. Kemudiannya bergerak semula ke Plaza Low Yat untuk membeli peralatan komputer dan gadget. Harga yang ditawarkan tidak terlalu murah tetapi dengan pilihan yang lebih banyak memudahkan untuk pembelian. Setelah itu, Jam telah menunjukkan puku 5.00 petang dan kami terus mencari makanan untuk disantap. Pada pukul 7.00 malam pulang semula ke Hotel untuk menyegarkan badan dan bersiap untuk ke Berjaya Times Square. Pada sebelah malam pula, hanya melihat sekitar shopping mall, dan teman ku berbelanja sakan sebelum balik.

Jam menunjukkan pukul 10.30malam, perancangan aktiviti seterusnya belum ditentukan, dari tengok wayang ke bowling semua seakan tidak menjadi, kemudiannya kami duduk lepak di Starbucks kerana hanya kedai tersebut sahaja yang buka pada pukul 11.30malam. Kami berangkat balik ke Hotel penginapan pada pukul 12.30am setelah diberi isyarat kedai akan tutup. Singgah ke Seven11 untuk membeli barangan makan ditengahmalam, Sebelum HE game menular. 

Hari ketiga

Bangun agak lewat, dan kami bergerak dari hotel pada pukul 10.00 pagi dengan barang sedia packing untuk check out hotel.  Kami kemudiannya kembali ke Berjaya Times Square untuk menikmati permainan Indoor terbesar di Malaysia. Malangnya beberapa permainan tersebut masih didalam penyelenggaraan. Kami terus ke Food Court untuk menikmati "Brunch" pada hari ini. Kami membuat keputusan untuk bergerak ke Pasar Seni dan Petaling Street untuk  menghabiskan sisa-sisa waktu yang tinggal. Sesampainya kami di Pasar Seni, kami terus menuju ke Food Court pada pukul 4.00 petang untuk minum petang. Membuat tinjauan di Pasar Seni dengan hanya "Window Shopping" kemudiannya bergerak ke Petaling Street, tempat yang tidak sesuai untuk anda membawa anak-anak kecil bersama, dengan persekitaran yang tidak selesa dan keadaan yang kotor. 

Menyempat dalam Bas
Pada Pukul 7.00pm kami bergerak ke KL Sentral untuk bertolak ke KLIA 2 dan bermalam disana berikutan penerbangan pada pukul 6.30pagi. Tambang Bas dari KL Sentral Ke KLIA 2 adalah RM12.00 seorang dengan mengambil masa lebih kurang 45-60 minit.

Tiba di KLIA 2 mencari "port" terbaik untuk lepak sehingga pagi menunggu penerbangan. Makan Malam tidak dilupa dengan Menu makan malam adalah daging sizzling. Pukul 10.00 malam semua shopping mall mula melabuhkan tirai untuk tutup. Kami terus ke port yang dirasakan strategi untuk bermalam. 

Hari Pulang. 

Bangun seawal 4.00pagi untuk bersiap balik, kepada yang ingin menyegarkan badan, "shower room" berada di tingkat check in bagasi. 5.30 pagi bersarapan di Sub Way, ringkas dan padat. kemudiannya terbang pulang ke Labuan dan tiba pada pukul 10.30 pagi.

Pulang dengan bergembira



Tuesday 28 March 2017

Labuan Ke Sipitang

Pagi minggu yang tenang dengan keadaan ombak yang tidak bergelora, aku membuat perjalanan ke Sipitang Sabah dari Pulau Labuan. Bertujuan untuk menghadiri majlis perkahwinan sambil memerhati kawasan yang telah 7 tahun aku tinggalkan. 


Bergerak dari pelabuhan feri pada pukul 6.30 pagi membawa kepada keindahan sinaran sang mentari yang membuat aku dan dua lagi kawanku menikmati pemandangan matahari terbit. Perjalan mengambil masa selama 1.30 jam, dan kami tiba di jeti menumbok. 



Terdapat dua cara pengangkutan yang boleh digunakan sekiranya ingin ke Sipitang, samaada melalui jalan darat ataupun menggunakan perkhidmatan feri. Menggunakan Feri express memakan masa kurang daripada sejam, dan tiket boleh didapati di Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Manakala jalan darat  pula boleh melalui Feri Labuan - Manumbuk, mengambil masa selama 1 jam 45 minit. 



Sipitang terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu, Mesapol, Melamam dan Sidumin yang merupakan penghujung Sabah. Sipitang yang terkenal dengan kepelbagaian hasil buah-buahan merupakan syurga buahan tempatan bukan sahaja pelbagai jenis segar dari ladang tetapi juga harga yang murah dan berpatutan. 

Sipitang yang dahulu merupakan tanah jajahan Brunei sejak tahun 1884 telah berkembang dengan menjalankan industri pembalakan. Walaubagaimanapun, industri tersebut tidak banyak membantu penduduk tempatan yang bekerja sebagai pekebun dan nelayan. 

Setibanya kami di Mesapol singgah berjumpa dengan rakan, AK yang bekerja di JPJ Sipitang, sebelum meneruskan perjalanan ke kenduri khawin. Disepanjang jalan kami dikelilingi dengan kebun-kebun durian yang sangat jarang untuk dilihat di Pulau Labuan. 

Setelah habis kenduri kahwin, singgah sebentar di pekan Sipitang untuk membeli buah-buahan, tapi malangnya feb-mac bukanlah musim buah-buahan seperti yang diharapkan. Rondaan dilakukan disekitar pekan seketika sebelum terus berangkat ke Menumbuk.   



Kemudiannya setelah berada di Menumbuk, kami mengikuti Bot Tambang Laju dengan harga RM8.90 seorang dan mengambil masa lebih kurang 20 minit.

 (tips naik Bot Tambang Laju duduk belakang sekali kalau tidak mau dilambung ombak)