@L@

Friday 2 September 2016

Gedung Ubat Tanjung Kubung, Labuan


Petang yang tenang bersama-sama rakan untuk menikmati pemandangan laut sambil bertujuan untuk mengambil pasir putih untuk kegunaan ikan perhiasan. Bergerak pada pukul 4pm dari tanjung aru ke tanjung kubung hanya mengambil masa 5-10minit menaiki kenderaan. Kawasan ini tidak mempunyai jalan masuk yang khusus dan tidak menjadi salah satu bahan sejarah yang dilindungi. Orang ramai boleh memasukinya pada bila-bila masa sahaja, namun keselamatan adalah dibawah tanggungan sendiri. 


Dengan berlatarkan pemandangan padang rumput, jalan masuk untuk ke pantai memakan masa 15minit dengan pejalanan santai. Sesampai dilokasi.  diperlihatkan sebuah bangunan yang seakan-akan peluru iaitu Gedung Ubat yang telah lama ditinggalkan masih kekal gah berdiri di hujung tebing. Dengan hanya sedikit maklumat fakta yang diperolehi, tujuan bangunan tersebut belum dapat dirungkai. Walaubagaimanapun melalui percakapan dari mulut ke mulut bangunan tersebut digunakan sewaktu era penjajahan jepun bagi memperolehi barang perubatan dan ketenteraan daripada laut. Samaada tujuan digunakan oleh pihak British atau Jepun masih menjadi misteri. 

Walaupun bangunan ini tidak dijaga sebagai tinggalan sejarah pemandangan laut dari tebing ini sangat memukau, dengan keindahan air laut yang membiru serta pemandangan bandar Labuan yang jelas kelihatan. Setelah melihat "Gedung Ubat" seketika, aku dan beberapa temanku meneruskan perjalanan menuju pantai dalam masa 5 minit dari Gedung Ubat. Kawasan yang agak mendatar adalah sangat sesuai untuk aktiviti berjoging.
                         



Manakala kawasan laut yang dalam serta berbatu menjadi tempat tinggal habitat laut dan sangat sesuai untuk aktiviti memancing. Pada waktu ini keadaan laut adalah surut dan menampakan bebatuan. Kawasan cerun bebatu yang memukau pandangan saya untuk memerhati dengan teliti disetiap jadian lapisan dengan lapisan "Arang Batu" menjadi tarikan. Terdapat beberapa "Gua" kecil yang terbentuk dari hentakan ombak yang menjadikan kawasan batuan tersebut begitu unik. 

Cerita-cerita kampung mengatakan kawasan tersebut merupakan kawasan sambungan pelombongan Arang Batu yang dilakukan diatas Bukit Kubung yang telah memakan banyak nyawa pelombong cina pada waktu itu disebabkan terperangkap oleh kemasukan air laut kedalam Lombong terowong. 



Berbalik kepada keindahan pemandangan laut disitu terdapat beberapa tangkungan air pada batu menarik minat dengan keindahan batu karang yang tumbuh dengan kehadiran beberapa ekor ikan #KerapuLaput dan ketam. Setelah puas melihat pemandangan kami seteruskan mengambil beberapa keping gambar dan berangkat pergi, tapi sebelum itu tujuan utama untuk mengambil beberapa beg pasir putih tidak dilupakan. Semua berangkat pulang pada pukul 5.30petang. 





Pasir putih yang diperolehi diletakkan didalam aquarium