@L@

Sunday 25 December 2011

Sedim Wild Water Adventure

Perjalanan yang jauh tidak meluputkan perasaan teruja ku untuk ke negeri Kedah. Pada kali ini aku ke negeri kedah dalam program pengakap Kelana siswa. Sebanyak dua bas digunakan untuk program kali ini. Bergerak dari batu bahat pada pukul 10.00 malam kemudianya berhenti makan di restoran Jentayu parit botak. Pukul 11.00 mlm kami mula bertolak. Keadaan pada malam itu yang agak mendung memang sangat memendekkan jarak penglihatan diluar yang gelap gelita.

Perhentian rehat dan rawat (R&R) Pedas Linggi menjadi perhentian pertama kami untuk berehat seketika. Aku hanya berada didalam bas pada waktu itu untuk melepaskan rasa mengantuk yang teramat sangat. Setelah itu kami berada di seremban pada pukul 2.30 pagi untuk perhentian kali kedua. Dua jam kemudian kami berhenti di hentian Tapah. Dengan keadaan yang separuh sedar cerita mula dibuka untuk tatapan kami. Kemudianya kami berhenti untuk solat subuh dan bersarapan pada pukul 6.00 pagi di perhentian sungai perak.


6.30 pagi keadaan mula kembali terang, pada waktu ini pemandangan yang indah dapat diperhatikan diluar jendela bas. Banyak ladang getah dan ladang kelapa sawit sepanjang perjalanan. Selain daripada itu dusun buah mula kelihatan, banyak sangat pokok durian dengan buah penuh di dahan dan buah rambutan yang merah ranum diatas pokok, lama rasanya tak makan buah.pada pukul 8.00 pagi kami berada dipersimpangan Serdang dan Parit Buntar untuk menuju ke Kem sedim.

Tepat pada pukul 9.00 pagi kami sampai diperkarangan meletak kenderaan danmenunggu arahan untuk bergerak ke kem. Pada waku ini bunyi desuran air sungai mula kedengaran membuatkan aku tidak sabar untuk memulakan aktiviti.. tapi yang malangnya dekat kem tak da signal line… dari perkarangan meletak kenderaan ke kawasan kem mengambil masa 10 hingga 15 minit perjalanan berjalan kaki. Beberapa kata ucapan dan taklimat disampaikan sebelum kami diarahkan bergerak ke kem yang telah disediakan.


Setelah bersiap kami diarahkan untuk ke aktiviti yang pertama iaitu Water confident. Confident tak confident ja waktu ni. Mulanya dalam fikiranku water confident hanya berendam dalam air dan buat aktiviti dalam air, rupanya tanggapan aku silap , semua peserta diarahkan untuk terjun dari batu pada ketinggian 2 meter lebih rasanya. Keterujaan untuk bermain air mula hilang dengan melihat aktiviti water confident ini. Aku yakinkan diri untuk melakukanya walaupun tiada paksaan untuk melakukanya. Ini adalah kali pertama aku terjun didalam air dengan membuat lompatan. Akhirnya aku Berjaya untuk melakukanya.




Seterusnya kami dibawa untuk melihat jambatan gantung struktur keluli terpanjang didunia dengan kepanjangan 930 meter dengan kawasan paling tinggi pada ketinggian 2050m atas paras laut ia juga dikenali sebagai Tree Top Walk yang telah dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2005 dan telah dirasmikan oleh Sultan Kedah pada tahun 2009. Bayaran masuk untuk dewasa adalah Rm10.00 dan untuk kanak-kanak adalah Rm6.00 seorang. Semasa melewati jambatan ini terdapat banyak jenis pokok balak dan pokok penumpang ataupun pakis disana. Kalau nak tahu kebanyakanya nama tempat di Negeri kedah ini diambil sempena nama-nama pokok seperti kulim,mahang,serdang dan sebagainya.

Pada petangnya pula setelah melawat Tree Top Walk pada pukul 2.00 kami dibenarkan untuk mandi sungai dan bersiap-siap untuk menjamu makan tengahari. Pada pukul 3.00 petang tepat kami memulakan aktiviti seterusnya iaitu Jungle Tracking. Seawal perjalanan kami dikehendaki mengambil beberapa batang buluh untuk dijadikan bekas untuk memasak nasi. Aktiviti kali ini meminta kami untuk memasak secara hutan ataupun secara survivor semasa dalam kesulitan. Perjalanan kedalam hutan yang mengambil masa dalam 1jam lebih untuk ke tapak perkhemahan memang memenatkan kerana terpaksa melalui kawasan berturap dan bukanya jalan hutan. Semasa dalam perjalanan menuju ke tapak perkhemahan kumpulan kami sepakat untuk mengkumpul sebanyak yang boleh kayu api untuk dijadikan bahan untuk menghidupkan api semasa di tapak perkhemahan.


Pada pukul 6.00 petang kami tiba di kawasan perkhemahan. Kawasannya memang cantik dan memukau pemandangan dengan air terjun yang jarang kita kunjungi. Kawasan perkhemahan sedikit basah dan menyukarkan kita untuk menghidupkan unggun api. Semua ahli bekerjasama dalam menjalankan tugas , ada yang mendirikan khemah, mengkumpul kayu api, mengambil air dan memulakan aktiviti memasak yang akan dijadikan santapan makan malam kami. Setelah semuanya hampir selesai sekitar 7.00 petang ada yang mengambil kesempatan untuk mandi dikawasan air terjun dan membersihkan diri untuk solat mahgrib. Air sungai sangat sejuk sehinggakan boleh menimbulkan wap sejuk semasa diletakkan ke dalam botol.


Setelah menunggu kerja-kerja memasak dilakukan, ada beberapa ahli kumpulan membuat bancuhan tepung untuk dijadikan roti sementara menunggu nasi dan lauk siap untuk dimakan. Rasa rotinya sama seperti roti arab. Tepung yang telah siap dibancuh di lilit ke atas buluh yang diraut kecil kemudianya di bakar kedalam unggun api, memang menarik kami bagaikan membakar BBQ pada waktu itu. Dan yang lebih menyeronokkan adalah kumpulan kami telah membawa bekalan makanan yang mencukupi dan menggunakan lilin pembakar untuk menghidupkan api. Kami pun mula memasak mee segera dan bubur paket. Selesai makan survivor pada malam tu.



Sambil berborak-borak kosong pada pukul 10.00 malam kami semua bergerak dari kawasan perkhemahan , tidak tahu kemana arah tujunya kami hanya mengikut guide yang berada dihadapan barisan, kebetulan pada malam itu bulan mengambang mula memancarkan cahaya dan tidaklah kami hilang di kegelapan malam. Pada pukul 11.00 malam tempat yang dituju telah pun sampai tetapi kami masih tidak mengetahui apakah yang perlu kami lakukan seterusnya. Menunggu dalam masa 30 minit semua ahli kelihatan penat dan semuanya berbaring di atas jalan bagi menunggu arahan seterusnya.

Pada pukul 12.00 malam kami dikehendaki untuk melakukan water confident .Rasanya bagai mimpi yang telah menjadi kenyataan. Semua ahli berasa gerun untuk melakukanya, ditambah pula keadaan yang agak gelap di kawasan sungai itu. Akhirnya satu persatu terjun ke dalam sungai, nak tak nak aku terjun juga. Berlaku dalam sekelip mata sahaja aku telah berada didalam sungai, air yang sangat dingin pernah aku rasa ditambah pula dengan ketakutan sebelum lompatan. Setelah selesai membuat lompatan badan menjadi panas dan aku duduk berehat menunggu kawan-kawan yang lain membuat lompatan. Kusangkakan aktiviti tersebut telah berakhir rupanya kami diarahkan memasuki hutan sekali untuk menempuh perjalanan berbukit dan berlopak untuk sampai ke kem yang asal. Aku terus mempersoalkannya, kenapa aku berada di sini??.....

Bila telah sampai di kem kami di benarkan berehat di khemah masing-masing dan dikehendaki berkumpul pada esok pagi seawal 7.00 pagi bagi memulakan aktiviti air. Bertapa nikmatnya berada di dalam khemah. Aku terus melelapkan mata untuk aktiviti seterusnya.

Pada pukul 7.00 pagi aktiviti senaman pagi dilakukan daripada AJK, senaman panaskan badan dan beriadah buat seketika. Setelah itu kami pergi bersarapan , menu pagi ini ada mee dan air teh. Pada pukul 8.30pagi semua ahli diarahkan untuk berkumpul bagi mendengar penerangan mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada pagi ini, aktiviti pada hari ini tubing dan rafting dan ahli dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kami diberi penerangan sedikit sebanyak mengenai rafting , command yang biasa digunakan adalah forward , backward ,left ,right dan yang bestnya boom. Bila perkatan boom di keluarkan oleh skipper ( ketua masa rafting) semua ahli dikehendaki masuk kedalam raft dah berpegang pada tali di tepi raft kalau tak pegang confirm jatuh kat juram.

Kami terus memulakan aktiviti rafting, pada permulaan perjalanan air sungai begitu tenang dan hanya beberapa ketul batu besar menghalang perjalanan raft, kemudianya aliran sungai semakin deras dengan keadaan batu yang lebih banyak dan mengerunkan. Beberapa kali raft kami tersangkut pada batu tapi telah diselamatkan oleh Skipper yang memang mahir dalam aktiviti rafting ( Skipper adalah jurulatih kem). Pengalaman yang tak mungkin dilupakan apabila kami terpaksa melalui juram 90 darjah dan ianya sangat menakutkan. Kedudukan didalam raft terpaksa diubah bagi mengelakkan raft terbalik. Kami selamat melakukanya dan keinginan untuk mencuba sekali lagi amat tinggi. Setelah menempuh sungai dengan rafting selama 2 jam akhirnya kami sampai ke tempat tujuan dengan Skipper sengaja menterbalikkan raft agar kami semua jatuh kedalam sungai. Aku inginkannya lagi ( untuk orang luar yang berminat untuk aktiviti rafting ini harga untuk rafting adalah Rm200 dan keatas bergantung kepada berapa lama nak rafting)…



Apabila aktiviti raft telah selesai , pada pukul 11.00 pagi kami kemudianya melakukan tubing pula, sedikit taklimat diberikan bagaimana cara-cara untuk menaiki tubing ni, tube yang bagus adalah tube yang besar. Ia bagi memudahkan kita untuk terapung dan dibawa oleh arus sungai. Melakukan aktiviti tubing ini lebih susah daripada yang aku sangkakan, untuk menstabilkan tube didalam sungai bukanya mudah kerana keadaan air yang mengalir deras dan permukaan batu yang licin menyulitkan kita untuk berdiri didalam sungai. setelah aktiviti tubing selesai , aku terus bermandi manda dan menyiapkan diri untuk aktiviti petangnya pula.

1.30 tenghari kami dihidangkan dengan juadah tengahari yang membuka selera iaitu kari ikan,telur dadar dan ulam-ulaman. Sangat sedap terutamanya apabila telah penat bermain air dari pagi tadi. 2.30 petang kami berkumpul untuk aktiviti abseiling . aku rasa sangat mengantuk pada waktu ini dan aku terus melakukan aktiviti menuruni bukit dengan memakai peralatan yang telah di ajar oleh jurulatih. Abseiling berlanjutan sehingga pukul 4.00 petang.


Seperti biasa pukul 5.00 petang kami pergi mandi di sungai dan bersiap pada pukul 6.00 petang untuk meninjau kawasan sekeliling dan mengambil gambar sebanyak yang mungkin. Dan ahli-ahli yang lain sibuk menguruskan barbeque kambing untuk makan malam kami nanti. Pada 7.30 malam barbeque kambing belum lagi siap dan kami menantinya dengan penuh kesabaran. Jurulatih mula bercerita pengalamanya melakukan aktiviti rafting diluar Negara dan kami semua sungguh teruja untuk mendengarnya.


Kami mula menjamu makan malam pada pukul 9.00 malam, dan pada malam ni akan diadakan malam kebudayaan iaitu semua ahli kumpulan diminta untuk mempersembahkan sebuah dan dan juga lakonan yang akan di nilai oleh abang-abang jurulatih. Semunya adalah sekadar untuk suka-suka dan berhibur pada malam itu dan kami diberikan selama 40 minit untuk melengkapkan task tersebut. Dan semua kumpulan telah memberikan persembahan yang mencuit hati dan menghiburkan semua, dan bersurai pada pukul 12.15 malam.
Telah mendapat tempat ke-3


Blind Train

Pada pukul 8.00 pagi setelah bersarapan kami seterusnya melakukan aktiviti blind train. Semua ahli diminta untuk menutup mata dan berlaku jujur pada diri sendiri untuk melakukan aktiviti ini. Semua ahli memberikan kerjasama semasa aktiviti ini dijalankan dan apa yang penting setelah aktiviti ini selesai semua ahli dapat mengeratkan silaturahim dan tolong menolong dalam apa jua situasi. Semua ahli kotor dengan bersalutkan lumpur yang sengaja diletakkan bagi menjadikan aktiviti ini lebih menarik. Aktiviti blind train tamat pada pukul 11.00 pagi dan kami semua pergi kesungai untuk mandi dan membersihkan lumpur yang ada pada badan masing-masing.

Pada waktu petangnya pula akan diadakan majlis perpisahan diantara pihak kem dan ahli pengakap kelana siswa, tapi sebelum itu semua ahli diminta untuk mengingati segala aktiviti yang telah dipelajari dan mengambil semua kebaikan semasa berada disini, semua ahli berasa sedih untuk meninggalkan kem pada hari itu. Selain itu penyerahan saguhati kepada pihak kem dan penyerahan sijil kepada ahli pengakap kelana siswa serentak dilakukan.


Berangkat pulang


Kami bergerak pulang dengan keadaan hujan renyai-renyai seperti sedih untuk meninggalkan kami pergi pada pukul 4.00 petang itu. Bas telah menunggu di tapak letak kenderaan dan semua ahli bergerak pulang. Didalam perjalan pulang yang mengambil masa 10 jam dengan 2 kali perhentian amat memenatkan dan aku tiba dibilik kediaman pada pukul 3.30 pagi. Penat sangat tetapi berbaloi dengan pengalaman yang diperolehi disana, aku terus melelapkan mata untuk menempuh hari berikutnya pula……..


Thursday 1 December 2011

Safe Nature For Future


29 November 2011 menjadi tarikh bermakna buat aku apabila pertama kali mengikuti program untuk menanam pokok bakau di Pulau Kukup, Johor. Pulau Kukup merupakan kawasan penanam pokok bakau tidak berpenghuni kedua terbesar di dunia... Pulau ini berkedudukan di selatan johor iaitu berada di selat melaka...

Peta Pulau Kukup


Program "Safe Nature For Future" merupakan aktiviti yang dirancang oleh Perbadanan Taman Negara Johor dengan kerjasama dan dijayakan oleh Komuniti Malakoff, Enviroment Malakoff, Persatuan ibu tunggal Kukup, UTM, UTHM dan penduduk setempat. Seramai lebih 250 peserta mengikuti program ini yang menjangkakan akan menanam 2000 anak pokok bakau disekitar Pulau Kukup.Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan agar keadaan di kawasan bakau dapat dikawal.

Bersiap seawal 5 pagi dan berjalanku bermula setelah subuh.Perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam 45 minit daripada batu pahat ini ku gunakan sebaik mungkin dengan melelapkan mata buat seketika. Suku perjalan keadaan yang masih gelap dengan keadaan yang berkabus dan kenderaan mula memenuhi permukaan jalan..

Setibanya kami di Terminal feri Antarabangsa Kukup kami bersarapan sebelum diberikan sedikit taklimat oleh ketua programa. setelah itu aku bersama-sama temanku bergerak ke jeti terminal untuk bergerak ke Pulau Kukup... tidak sampai 5 minit kami telah sampai di Pulau kukup.. Sebelum pergi untuk menanam pokok bakau pendaftaran kehadiran direkod seterusnya penyerahan sijil dan baju kepada peserta.



Bergerak sejauh 500m ketapak semaian pokok bakau.Taklimat diberikan bagaimana untuk menanam anak pokok bakau dengan betul. setelah selesai taklimat semua peserta mengambil tempat masing-masing untuk memulakan kerja menanam bakau. Hanya mengambil masa kurang daripada sejam sebahagian anak pokok telah siap ditanam, kumpulan kami diarahkan untuk pergi jeti semula atau melihat kawasan-kawasan sekitar bakau.

Anak Anak Pokok Bakau



Jeti Pulau Kukup



Aku dan teman-temanku tidak melepaskan peluang untuk meninjau kawasan sekeliling. keadaan yang menarik dengan kehadiran beberapa ekor monyet, babi hutan dan burung-burung sungai melengkapi kawasan bakau.

Bergambar kenangan bersama Ahli-Ahli program



Setelah habis meronda-ronda kami kembali ke jeti Pulau Kukup sebelum menunggu giliran untuk ke terminal feri utama.kami disajikan dengan makanan tenghari yang sungguh lazat sebelum program bersurai.