@L@

Thursday 1 December 2011

Safe Nature For Future


29 November 2011 menjadi tarikh bermakna buat aku apabila pertama kali mengikuti program untuk menanam pokok bakau di Pulau Kukup, Johor. Pulau Kukup merupakan kawasan penanam pokok bakau tidak berpenghuni kedua terbesar di dunia... Pulau ini berkedudukan di selatan johor iaitu berada di selat melaka...

Peta Pulau Kukup


Program "Safe Nature For Future" merupakan aktiviti yang dirancang oleh Perbadanan Taman Negara Johor dengan kerjasama dan dijayakan oleh Komuniti Malakoff, Enviroment Malakoff, Persatuan ibu tunggal Kukup, UTM, UTHM dan penduduk setempat. Seramai lebih 250 peserta mengikuti program ini yang menjangkakan akan menanam 2000 anak pokok bakau disekitar Pulau Kukup.Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan agar keadaan di kawasan bakau dapat dikawal.

Bersiap seawal 5 pagi dan berjalanku bermula setelah subuh.Perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam 45 minit daripada batu pahat ini ku gunakan sebaik mungkin dengan melelapkan mata buat seketika. Suku perjalan keadaan yang masih gelap dengan keadaan yang berkabus dan kenderaan mula memenuhi permukaan jalan..

Setibanya kami di Terminal feri Antarabangsa Kukup kami bersarapan sebelum diberikan sedikit taklimat oleh ketua programa. setelah itu aku bersama-sama temanku bergerak ke jeti terminal untuk bergerak ke Pulau Kukup... tidak sampai 5 minit kami telah sampai di Pulau kukup.. Sebelum pergi untuk menanam pokok bakau pendaftaran kehadiran direkod seterusnya penyerahan sijil dan baju kepada peserta.



Bergerak sejauh 500m ketapak semaian pokok bakau.Taklimat diberikan bagaimana untuk menanam anak pokok bakau dengan betul. setelah selesai taklimat semua peserta mengambil tempat masing-masing untuk memulakan kerja menanam bakau. Hanya mengambil masa kurang daripada sejam sebahagian anak pokok telah siap ditanam, kumpulan kami diarahkan untuk pergi jeti semula atau melihat kawasan-kawasan sekitar bakau.

Anak Anak Pokok Bakau



Jeti Pulau Kukup



Aku dan teman-temanku tidak melepaskan peluang untuk meninjau kawasan sekeliling. keadaan yang menarik dengan kehadiran beberapa ekor monyet, babi hutan dan burung-burung sungai melengkapi kawasan bakau.

Bergambar kenangan bersama Ahli-Ahli program



Setelah habis meronda-ronda kami kembali ke jeti Pulau Kukup sebelum menunggu giliran untuk ke terminal feri utama.kami disajikan dengan makanan tenghari yang sungguh lazat sebelum program bersurai.

No comments:

Post a Comment