@L@

Friday 11 November 2011

Aidiladha

Assalamualaikum semua… Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.. pada tahun ini juga aku beraya di perantauan dan pada kali ni aku ingin berkongsi cerita mengenai hari raya haji atau pun hari raya korban.

Sebelum bercerita mengenai pengalaman aku pada tahun ni, aku nak cerita sikit mengenai korban, korban merupakan satu ibadat sunat yang menghampiri wajib iaitu sunat muakkad yang dilakukan setiap tahun pada bulan Zulhijjah pada hari-hari tasyrik iaitu 11,12,13 mengikut kalendar islam.

Al-Qur'an menegaskan hakikat Qurban, melalui kisah Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Ismail dalam surat Al-Shafat, ayat : 102-109. Kisahnya begini; Nabi Ibrahim berkata kapada Nabi Ismail : "Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Nabi Ismail menjawab seketika dengan tenang dan penuh keyakinan : "Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan (oleh Allah) kepadamu, kau akan mendapatkanku - insya Allah - termasuk orang-orang yang sabar".


Pada raya korban aku tahun ni di Sungai Ayam , Batu Pahat Johor. Memulakan perjalanan pada seawal pukul 7.30 pagi dan kami dijangka sampai sejam kemudian ke destinasi pada pukul 8.30 pagi. Dalam perjalanan yang mengambil masa sejam itu aku disajikan dengan pemandangan yang menarik dan menjadi tarikan yang memukau. Pertamanya dengan keunikan rekaan rumah-rumah dahulu yang sangat mementingkan nilai estetika walaupun ianya berada di kawasan ladang. Kebanyakan rumah mempunyai bentuk bumbung bersegi dan berliku-liku. Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan Kampung Pandan dan kawasan Senggarang terdapat beberapa buah sekolah dan masjid selain daripada dusun durian dan kebun betik yang menghijau.

Setibanya kami di Kampung Sungai Ayam kami diberi sedikit penerangan mengenai perkara yang perlu dilakukan.


Pada waktu ketibaan kami 2 ekor sapi telah pun ditumbangkan dan hanya tinggal 2 ekor lagi yang menunggu giliran untuk dikorbankan. Kami semua terus mengambil bahagian untuk kerja-kerja melapah dan pembungkusan. Selain itu kerja-kerja memotong daging untuk dimasak turut dilakukan.


Setelah itu kami dihidangkan dengan sarapan mee goreng dan kueh bingka bijan.



Kerja-kerja melapah sedang dilakukan

Kerja-kerja menimbang untuk Pembungkusan


Kerja-kerja melapah dan pembungkusan siap sejam kemudian dan seterusnya kerja untuk memasak dan penyedia tempat makan dilakukan oleh orang-orang kampung. Resepi untuk hari ini adalah masak Sup Tulang. Memang sedap masakan orang kampung lebih-lebih lagi waktu kita tersangat lapar.

Periuk yang digunakan untuk memasak Sup Tulang..


Yb Tn Hj Ja’faar Bin Hashim merasmikan majlis

Majlis dirasmikan oleh Yb Tn Hj Ja’faar Bin Hashim Adun Senggarang serta dihadiri oleh wakil-wakil kampung dan persatuan yang terlibat antaranya UTHM, ABIM, ADTEC, dan ASNAF.

Setelah selesai acara perasmian dilangsungkan, semua penduduk dijemput untuk menjamu selera dengan menu utama Sup Tulang. Sungguh sedap dengan rasa daging yang lembut dan rasa yang secukupnya ( macam chef lah pulak) hehehe…

Makan beramai-ramai menyerikan lagi suasana

Tekun mencuci pinggan mangkuk.


Setelah selesai menjamu selera sudah tiba masanya untuk gotong royong kerja-kerja pembersihan kawasan korban. Kemudiannya aku bergambar kenang-kenangan dengan penduduk kampung dan ahli jawatan kuasa kampung yang sangat ramah.


Solat zohor berjemaah bersama-sama penduduk kampung di Masjid Sg Ayam sebelum kami mengangkat kaki untuk melangkah pergi.

No comments:

Post a Comment