@L@

Tuesday 8 March 2011

Kenangan Terindah

Rasanya telah bertahun aku meninggalkan kem PLKN. Kembali mengenangkan masa lalu memang menyeronokkan walaupun ada pahit disebalik kenangan dan ianya akan kekal menjadi kenangan.

Aku mengetahui aku terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pada masa itu hanya tuhan sahajalah yang tahu bertapa beratnya hatiku untuk menjalani latihan selama 3 bulan. Aku dimaklumkan melalui SMS ( sistem pesanan ringkas) PLKN menyatakan aku terpilih. Masa tu peperiksaan SPM belum lagi berlangsung dan itu sedikit sebanyak menganggu aku semasa proses pembelajaran. Pada mulanya memang hatiku tidak ingin untuk pergi, namun apakan daya, hukuman akan dikenakan kepada yang ingkar. Hanya mendengar lagu khidmat Negara di TV juga membuatkan aku tertekan pada masa itu.

Aku banyak mencari maklumat mengenai PLKN dan cuba untuk meyakinkan diri untuk terus menyahut cabaran ini. Aku bertambah yakin dengan mengetahui teman-temanku juga terpilih untuk menyertainya dan lebih-lebih lagi apabila aku diletakkan dibawah satu Kem dengan mereka. Aku bulatkan tekad dan azam akan menghadapi cabaran ini dengan bersungguh-sungguh untuk mengubah keperibadianku dan sekaligus melihat dunia luar yang ku rasa mempunyai seribu satu dugaan.

Pada hari yang ditunggu-tunggu , keluargaku menghantar aku ke Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan untuk berangkat ke Kem Latihan. Aku bersama beberapa orang temanku pergi ke balai berlepas, dengan perasaan sedih dan sebak aku melangkah pergi. Semasa hendak berlepas kami diberi RM10.00 sebagai alaun makan katanya. Daripada yang kudengar daripada kata-kata pemandu arah tersebut kami akan transit sebentar ke Kota kinabalu dan akan mendapatkan penerbangan pada sebelah petang ke Kuching, Sarawak. Aku dan temanku sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu terminal 2 setelah 30 minit penerbangan dari Labuan. Aku mencari tempat duduk untuk menunggu penerbangan seterusnya, perasaanku bercampur aduk dengan perasaan sedih ,takut dan seronok. Aku cuba untuk mengalihkanya dengan berborak dengan teman-temanku. Setelah 4jam menunggu untuk penerbangan ke Sarawak aku beratur ke kaunter check-in seperti yang diarahkan. Setelah setengah jam beratur aku mendengar perbualan diantara pramugari dan pemandu arah menyatakan nama kelompok kami untuk penerbangan ke Sarawak adalah esok hari. Dengan berbagai alasan pemandu arah yang berbangsa cina itu memohon untuk membenarkan kami mendapatkan penerbangan pada hari itu juga.

Kemudianya kami diarahkan untuk menaiki bas dan bermalam di sebuah Kem PLKN terdekat iaitu Kem ovai, papar sabah. Aku kebingungan dengan apa yang terjadi, setelah bas kami naiki berhenti kami terpaksa melalui jambatan gantung yang diperbuat daripada peranca untuk masuk ke Kem tersebut. Rasa takut memang wujud , dah lah baru pertama kali naik jambatan gantung dengan membawa beg pakaian yang besar. Memang menakutkan. Aku kemudianya diarahkah untuk berada di dalam sebuah rumah bersama rakan-rakanku yang lain. Dengan tidur menggunakan katil lipat ala tentera, aku tidur dengan lena kerana terlalu penat menuggu selama 5 jam di lapangan terbang.


Keesokkan paginya kami berangkat semula ke lapangan terbang terminal 2. Memulakan perjalanan ke Sarawak dengan menaiki boeing 707 Air Asia dan aku rasa dah lama sangat aku tak naik kapal terbang masa tu. Mengambil masa selama 1jam empat puluh lima minit kemudiannya aku sampai di lapangan terbang kuching. Dengan aku rasa perasaan yang tidak ku tahu dan bercampur aduk, aku dibawa ke Kem Pucak Permai, Bau ,Sarawak.

bersambung......