@L@

Tuesday 28 March 2017

Labuan Ke Sipitang

Pagi minggu yang tenang dengan keadaan ombak yang tidak bergelora, aku membuat perjalanan ke Sipitang Sabah dari Pulau Labuan. Bertujuan untuk menghadiri majlis perkahwinan sambil memerhati kawasan yang telah 7 tahun aku tinggalkan. 


Bergerak dari pelabuhan feri pada pukul 6.30 pagi membawa kepada keindahan sinaran sang mentari yang membuat aku dan dua lagi kawanku menikmati pemandangan matahari terbit. Perjalan mengambil masa selama 1.30 jam, dan kami tiba di jeti menumbok. 



Terdapat dua cara pengangkutan yang boleh digunakan sekiranya ingin ke Sipitang, samaada melalui jalan darat ataupun menggunakan perkhidmatan feri. Menggunakan Feri express memakan masa kurang daripada sejam, dan tiket boleh didapati di Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Manakala jalan darat  pula boleh melalui Feri Labuan - Manumbuk, mengambil masa selama 1 jam 45 minit. 



Sipitang terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu, Mesapol, Melamam dan Sidumin yang merupakan penghujung Sabah. Sipitang yang terkenal dengan kepelbagaian hasil buah-buahan merupakan syurga buahan tempatan bukan sahaja pelbagai jenis segar dari ladang tetapi juga harga yang murah dan berpatutan. 

Sipitang yang dahulu merupakan tanah jajahan Brunei sejak tahun 1884 telah berkembang dengan menjalankan industri pembalakan. Walaubagaimanapun, industri tersebut tidak banyak membantu penduduk tempatan yang bekerja sebagai pekebun dan nelayan. 

Setibanya kami di Mesapol singgah berjumpa dengan rakan, AK yang bekerja di JPJ Sipitang, sebelum meneruskan perjalanan ke kenduri khawin. Disepanjang jalan kami dikelilingi dengan kebun-kebun durian yang sangat jarang untuk dilihat di Pulau Labuan. 

Setelah habis kenduri kahwin, singgah sebentar di pekan Sipitang untuk membeli buah-buahan, tapi malangnya feb-mac bukanlah musim buah-buahan seperti yang diharapkan. Rondaan dilakukan disekitar pekan seketika sebelum terus berangkat ke Menumbuk.   



Kemudiannya setelah berada di Menumbuk, kami mengikuti Bot Tambang Laju dengan harga RM8.90 seorang dan mengambil masa lebih kurang 20 minit.

 (tips naik Bot Tambang Laju duduk belakang sekali kalau tidak mau dilambung ombak)