@L@

Friday 11 October 2019

Tempat Menarik di Kuala Terengganu

30.09.2019

Pantai Timur- Kuala Terengganu

Hari Pertama

Kali ini Aku mengorak langkah atas urusan kerja. Aku mengambil kesempatan sambil menyelam minum air. Kali pertama menjejakkan kaki di Kuala Terengganu sangat teruja untuk melihat budaya dan cara kehidupan di tempat lain. 

Semua tempat-tempat menarik cuba disenarai pendek disebabkan waktu yang singkat. Mengambil penerbangan seawal 6 pagi untuk transit di KLIA sebelum terbang semula ke Terengganu. Penerbangan Labuan-Kuala Lumpur mengambil masa selama 2 jam 30 minit manakala Kuala Lumpur-Terengganu mengambil masa selama 45min ke 60min menaiki Boeing 737 pada pukul 2.40petang. 

Sesampainya di Kuala Terengganu terus menaiki teksi ke Hotel Grand Puteri dengan kadar harga RM30. Pemandangan pertama adalah Jambatan Angkat (Drawbridge) yang baru dirasmikan pada bulan lepas yang merupakan Jambatan angkat pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Berehat seketika dan menunaikan kewajipan sebelum bergerak semula sekitar Kuala Terengganu. 

Jam telah menunjukan tepat pukul 5 petang, Aku mula mengatur langkah untuk melihat keindahan Bandar Terengganu. Walaupun Bandar Kuala Terengganu (KT) tidak memiliki pusat membeli belah yang besar tetapi deretan kedai sudah memadai dengan pelbagai jenis jualan disediakan. Mencari makan tengahari (walaupun telah lewat petang) ke gerai-gerai tepi jalan. Makanan pertama yang terlintas difikiran adalah Nasi Dagang. Walaubagaimanapun, Nasi Dagang hanya dijual pada sebelah pagi iaitu menu untuk sarapan. Aku terus mengambil nasi berlauk dan teh ais dengan kadar harga RM10. Sambil membeli lekor goreng dengan harga 4 keping RM1. Disini anda boleh memilih lekor rebus atau goreng. Meneruskan perjalanan ke lorong-lorong kedai dengan lukisan mural terpampang sepanjang lorong. 



Hari Kedua

Nasi Dagang
Meneruskan perjalanan, dengan mencari sarapan Nasi Dangang pagi ini. Seterusnya ke Pasar Payang pada pukul 8.00 pagi. Hanya berjalan kaki mengambil masa selama 10-15 min dari tempat penginapan. Pelbagai hidangan sarapan dijual di pasar Payang ini antaranya adalah, Nasi Dagang, Nasi Minyak, Nasi Lemak, Nasi Kerabu dan beraneka jenis kuih.





Seterusnya ke Muzium Negeri Terengganu. Dari Pasar Payang ke Muzium hanya memamakan masa selama 20-30min dengan menggunakan Grab dengan kadar harga RM9.00. Tiba di Muzium Terengganu pada pukul 9.00 pagi. Menghabiskan waktu sejam  setengah untuk melawat keseluruhan muzium. Muzium ini mencerita kebudayaan warisan negeri terengganu dengan memaparkan artifek kesultanan negeri terengganu. Antara barangan artifek yang popular di Muzium ini tentunya  Batu Bersurat. Kadar Masuk Muzium ini adalah RM5.00 seorang untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Untuk peringatan kepada anda yang akan menggunakan Grab, Grab agak susah untuk diperolehi dikawasan muzium anda perlu menunggu antara 30-45min dengan kadar harga yang melambong tinggi (RM20-RM25) untuk ke Bandar KT. Anda boleh mencuba muaturun aplikasi maxim untuk di Terengganu.




Hari Ketiga



Kembali semula ke Pasar Payang untuk membeli lekor dan batik terengganu untuk dibawa pulang. Mencari makan di kawasan Pantai Batu Buruk, hanya mengambil masa 8 min dari pasar payang dengan kadar harga RM5. Kawasan pantai ini masih mencakupi kawasan Grab 5km dari bandar KT. mudah untuk mendapatkan Grab. Kawasan pantai yang bersih sesuai untuk berjalan santai diwaktu petang. Aku seterusnya singgah untuk santapan petang dengan menu nasi pataya dan coconut shake. Perbezaan Coconut shake terengganu ni, ianya menggunakan ais ketul dan tidak dikisar seperti kebanyakan coconut shake, disini ianya seperti Coconut Float.
Partner in crime kalau nak jenjalan
Pasar Payang


Hari Keempat

Kadar Harga TTI 2019
Seterusnya perjalanan terakhir sebelum berangkat pulang adalah ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Taman Tamadun Islam (TTI) ini merupakan salah satu taman tema yang menempatkan monumen/ replika yang mempertengahkan keindahan rekabentuk masjid dan binaan islam yang hebat. Hanya memakan masa 20-35min dari bandar KT dan 5-10min dari Muzium Negeri Terengganu menggunakan kenderaan. Kadar Harga untuk ke TTI ini  menggunakan aplikasi maxim hanyalah RM7 berbanding Grab RM14. (Sebagai langkah berjaga-jaga, dapatkan no telefon pemandu kerana perkhidmatan pengangkutan amat terhad disini). Kadar Harga untuk masuk Ke TTI ini adalah RM 24.10 untuk dewasa dan RM17.80 untuk kanak-kanak.

Terdapat lebih daripada 21 monumen masjid dari pelbagai negara dipaparkan disini. Taman tema ini memiliki keluasan 22.3 hektar dengan kos pembinaan 249.3 juta secara berfasa. Oleh kerana keluasan Taman tema ini, Tram, Buggy dan basikal disediakan dengan kadar harga yang berbeza bagi setiap jam. 

Kemudahan tandas disediakan disetiap selang monumen. Anda digalakkan untuk membawa payung atau topi semasa berada disini dan masa yang sesuai adalah selepas pukul 4 dan keatas kerana cuaca yang lebih redup dan tidak panas. Taman ini dibuka pada pukul 10pagi sehingga pukul 7 petang.




Hanya 5 min daripada Taman tema ini ada Masjid Kristal. Masjid Kristal merupakan binaan kaca dan keluli yang mempunyai 51 kubah dan 4 menara. Masjid pintar pertama di Malaysia ini mampu menempatkan sehingga 700 orang jemaah dalam satu satu masa. Masjid ini telah dirasmikan oleh yang dipertua agong pada 8 Februari 2008 dan telah menelan belanja sebanyak RM360 juta. Rekabentuk yang unik menjadikannya pusat tarikan terbaru di terengganu pada masa itu. Walaubagaimanapaun, Masjid ini tidak lagi dapat digunakan dan sedang didalam proses penyelenggaraan, tetapi pengunjung masih boleh bergambar diperkarangan masjid.



Menunggu kehadiran Grab dan Maxim tidak kunjung tiba, akhirnya setelah 40-50 min maxim tiba dengan kadar bayaran RM8.00. Difahamkan perkhidmatan grab dan maxim hanya aktif pada sebelah petang di hujung minggu atau sekiranya terdapat acara majlis disini.

Hari Kelima

Bergerak pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat pada pukul 8.30. Menaiki Grab dari penginapan ke Lapangan terbang dengan kadar harga RM14. seterusnya menaiki penerbangan balik ke Labuan pada pukul 7.20pm dan tiba di Labuan pada pukul 11.00 malam.