@L@

Sunday 3 August 2014

Hang Tuah Centre (Pusat Hang Tuah)

Perjalanan yang berbeza, bila beraya di perantauan dengan kawan-kawan. Puasa yang berbaki aku mula bergerak ke Melaka dari Batu Pahat. Kali terakhir aku pergi Melaka tahun 2012, tambang bas pun dah naik dari RM9.50 ke RM9.90. Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 2 jam setengah, ini disebabkan orang ramai mula berpusu-pusu ke kampung halaman masing-masing. Mulanya ingin beraya sahaja di Batu Pahat, mujur ada kawan-kawan yang tidak balik raya, mereka mengajak untuk beraya bersama.

Sesampai sahaja aku di Melaka Sentral kesesakan orang ramai membanjiri kawasan. Aku terus bersama kawan aku balik ke rumah di Taman Duyung Ria, dan selama seminggu aku bertapak disana. Berbuka Puasa di rumah Atok dan Nenek, kami dihidangkan dengan masak Asam Pedas Ikan Tenggiri, sambil-sambil mengorek rahsia resipi Asam Pedas Melaka. Malamnya pula kami pergi bergambar disekeliling Melaka.
MBMB
Malam Raya yang dingin, kami ke pusat membeli belah. Orang ramai masih sibuk membeli belah untuk anjakan yang terakhir sebelum hari raya ke-esokanya. Solat sunat raya di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil. 

Raya pertama kami stay rumah atok, dan dihidang dengan ketupat, rendang, dan sayur lodeh. Kami menjadi pelayan tetamu hari tu. :)


Datang Melaka tidak  lengkap sekiranya tidak melawat Kota A Famosa

Sebelah malam pula jalan-jalan di Dataran Pahlawan


Nenek menyarankan kami untuk ke Pusat Hang Tuah, baru buka katanya. Kemudian kami ke Hang Tuah Centre (HTC).  HTC yang terletak di Kampung Duyung adalah pusat rujukan yang memaparkan keunggulan pahlawan melayu lama yang unggul lima bersaudara. Hanya memakan masa 15 minit sejauh 7km dari Pusat bandar, pusat ini menceritakan bingkisan sejarah Hang Tuah dari kecil hingga dewasa. Bayaran masuk ke HTC ini adalah RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. 

Pintu Masuk
Rumah Pahlawan

Selain memiliki Muzium Hang Tuah dan auditorium mini untuk persembahan kebudayaan, pementasan teater, tayangan filem dan seminar, HTC ini juga mengandungi lima buah rumah pahlawan Melayu mewakili Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Memiliki senibina Melayu yang unik, kemas dan teliti dengan gaya yang penuh simbolik dengan keadaan sebenar pada zaman dahulu. Setiap rumah mempunyai gelanggang silat untuk digunakan. Selain menjual cenderahati di rumah- rumah tersebut, sewaan kostum juga disediakan untuk para pengunjung merasai keadaan sebenar dahulu kala. 


Silat!! 
Hang Tuah Utusan Raja
Cerita dahulu kala, Hang Tuah dan Hang Jebat bersama-sama Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu berkawan rapat, seolah-olah bersaudara sejak dari kecil lagi. Setelah bertembung dengan perompak laut dalam satu perkelahian yang hebat, mereka pun berhajat hendak mempelajari ilmu kepahlawanan. Selepas tempoh pelajaran tamat dan sekembalinya ke kampung mereka berjaya menyelamatkan jiwa Bendahara Paduka Raja daripada amukan empat orang gila yang bersenjata dan seterusnya mereka dibawa tinggal bersama Datuk Bendahara. Apabila didengari Sultan Melaka akan peristiwa itu Baginda pun mengangkat kelima-lima saudara itu menjadi bentara dan Hang Tuah dengan cepatnya menjadi kesayangan Sultan. 
Lima bersaudara telah berkhidmat dan berbuat jasa kepada Sultan sehingga mendapat gelaran Laksamana. Kerana kesan daripada tidak puashati dikalangan pegawai istana. Akhirnya Hang Tuah telah difitnah mempunyai hubungan sulit dengan dayang istana. Tanpa usul periksa Sultan mengarahkan Hang Tuah untuk dibunuh. Setelah itu Hang Jebat diangkat dan dikurnia keris Taming Sari, oleh kerana Hang Jebat merasa saudaranya Hang Tuah telah difitnah hingga dibunuh. Hang Jebat ingin membuat malu sultan dengan menikahi dayang-dayang istana dan gundik raja. Hang jebat bermaharajalela dengan gelaran Paduka Raja, tiada siapa dapat menghalangnya kerana Keris Taming Sari berada ditangan Hang Jebat. Maka terasa bersalah Sultan membunuh Hang Tuah, kemudianya diceritakanya kesesalanya kepada Bendahara. Bendahara menceritakan perkara sebenarnya yang Hang Tuah tidak dibunuh. Berlakulah petempuran teragung antara Hang jebat dan Hang Tuah - Akhirnya Hang Jebat telah tewas ditangan Hang Tuah. Dengan perbezaan pendirian membawa kepada pergaduhan yang menjadi pengajaran. 
Keris
Replika

HTC ini beroperasi setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 ptg. 

Sebelum balik jumpa Atok dan Nenek dulu, Terima kasih sudi terima saya beraya di Kg Bayan. (tapi atok dah keluar awal).. Lawa bunga Nenek.. 


Suasana Kampung

-raya2014-

No comments:

Post a Comment