@L@

Saturday 16 August 2014

Legoland Malaysia

Hari semakin sibuk dengan kerja-kerja yang tertangguh, keluar bersiar-siar untuk mencari ketenangan seketika. Kemudianya aku ke taman tema yang paling dihajati di Johor Baharu iaitu LegoLand. Legoland Malaysia (LM) merupakan taman teman yang menyediakan lebih 40 tarikan dan persembahan yang menarik. LM yang dibuka pada 15 september 2012 terletak di Nusajaya Johor Malaysia. Dengan keluasan berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000m2) menempatkan beberapa tema seperti “The Beginning”, “LEGO Technic”, “LEGO Kingdoms”, “Imagination”, “ Lego City”, “Land of Adventure” dan “MINILAND”. Jarak perjalanan sejauh 30Km hanya mengambil masa lebih kurang 25minit daripada Lapangan Terbang Antarasangsa Senai. LM merupakan taman tema Legoland yang pertama dibuka di Asia dan kos pembinaan LM adalah 720 juta. Harga Tiket untuk dewasa MYKAD adalah RM120 (Theme Park) manakala harga untuk kanak-kanak/orang tua RM90 (Theme Park) dan kupon makanan RM10 akan diberikan sekali. Harga minuman setiap 500ml bergas berharga RM5.00.


Melakukan perjalan daripada Batu Pahat pada pukul 9.00 pagi berpandukan GPS (Global Positioning System). Melalui lebuh raya utara selatan aku dan rakan keluar melalui pesisiran keluar senai dengan kadar tol RM8.70. Dan teruskan semula melalui Express way ke persimpangan LM (kena pakai touch n go je.. terpaksa buat kad RM10.00 + RM10.00).

Wajib kunjung di Legoland.

The beginning



Lego Technic



Lego Kingdoms

Kingdom's

The Forestmen's  Hideout 
The Dragon

Dragon's Apprentice
Imagination




Observation Tower
Main ke tak!!

Lego Studio 4D

Land of Adventure




Lego City

Rescue Academy

Miniland









Legoland  tutup pada pukul 6.00 ptg, pukul 5.30 dah mula tutup untuk kerja-kerja admin, sebelum keluar daripada Legoland  beli sedikit cenderahati, rambang mata semua cantik-cantik belaka, kadar harga untuk barangan lego serendah RM10.00 hingga RM1000.00. (kawasan letak kenderaan RM9.00 setiap kali masuk). Sebelum balik semula ke Batu Pahat singgah sebentar ke Danga Bay untuk mengambil beberapa keping gambar. Bajet bujang dari Batu Pahat untuk 2 orang hanya RM200 seorang.




No comments:

Post a Comment