@L@

Sunday 27 May 2012

Gunung Datuk Towards First Class


Hajat yang tidak kesampaian, kali ini aku pergi mengikuti aktiviti "Towards First Class" untuk mendaki Gunung Datuk. Bermulalah perjalanan aku pada pukul 9.30pagi dari Batu Pahat dengan menaiki bas, seramai 70 orang peserta semuanya . Seperti biasa kami dibawa untuk bersarapan di Jentayu Corner.

Bersarapan

Rehat dan rawat ayer keroh utara


Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit membawa aku di bawah kaki Gunung Datuk. Gunung Datuk sebenarnya bukanlah sebuah gunung tetapi hanyalah bukit dengan ketinggian 800 meter lebih dengan kecuraman berbeza dan ada diantaranya mencecah 90 darjah. Kedatangan ku pada hari itu bersama-sama cuaca cerah dan kegembiraan untuk mendaki Gunung Datuk…




Setibanya aku disana pada pukul 1.30 petang kami diberi sedikit taklimat program , dan dari situ aku mulai merasa kelainan program ini. Aku kemudianya membina khemah seperti yang diarahkan. Dan pada hari tu hanya menunggu tugasan berikutnya..
Makan malam yang agak lewat menyebabkan ada beberapa ahli merunggut dengan pengurusan, pada pukul 9 malam, makan malam telah tiba dan aku diarahkan untuk berkumpul semula pada pukul 10 malam.

Khemah yang siap didirikan



Pada malam ni aktivitinya adalah ”Self Confident” yakin tak yakin tetap kena pergi juga... aktivitinya adalah semua ahli dikehendaki berjalan secara berseorangan didalam hutan dengan hanya berbekalkan tali yang dipasang dari satu pokok ke satu pokok.. Aku menunggu selama 3 jam untuk giliran aku masuk kedalam hutan , mata dah mengantuk masa masuk dalam hutan tu . Dengan hanya berbekalkan cahaya dari biasaan kilat aku berjalan dengan pantas tanpa menoleh kiri dan kanan. Seram apabila melalui celah-celah pokok-pokok rebah dan dikelilingi dengan busut yang besar. Dan pantulan baju keselamatan yang sengaja diletakkan di atas pokok menambahkan lagi keseraman di malam itu. Aktiviti tamat pada pukul 3.30 pagi.




Aku mandi dan bersiap untuk tidur, tidak sampai pun beberapa minit didalam khemah hujan mula turun dengan lebatnya. Pada mulanya aku cuba untuk tidur dengan keadaan bunyi hujan yang lebat tapi malangnya air mula memasuki khemah dan aku mengambil keputusan untuk tidur di dewan tempat kami mendapat taklimat pagi tadi.

Bermacam-macam gaya.. :p



Bangun pada pukul 6 pagi untuk solat subuh seterusnya menjalankan aktiviti seterusnya, sangkaan aku pagi ini akan mulalah aktiviti untuk mendaki gunung datuk, malang yang menimpa pendakian terpaksa dibatalkan kerana keadan permukaan gunung yang licin selepas hujan.

Bersemangat menjalankan aktiviti

Walaubagaimanapun aktiviti lain disediakan bagi mengisi masa pada hari itu. Kami diarahkan untuk ke Pekan Rembau, Negeri Sembilan dengan hanya berbekalkan RM2.00 seorang. Dan dari situ barulah tugasan yang sebenar diberikan. Bergerak secara berkumpulan untuk ke Pekan Rembau . Idea untuk berjalan kaki untuk ke Pekan Rembau adalah salah satu cadangan yang tidak mungkin sekali dapat dilakukan dengan jarak melebihi 10 KM. Dengan kumpulan itu aku bertemu dengan penduduk setempat untuk meminta bantuan bagi menghantar kami menggunakan lori yang ada.

Meminta bantuan dari penduduk kampung

Penduduk Rembau sangat bermurah hati dan membenarkan kami untuk mengikutinya sehingga ke pesimpangan. Seterusnya kami menaiki bas tambang dengan kadar seringgit seorang sehingga Pekan Rembau.

Lori yang digunakan

Pembahagian kumpulan

Tugasan yang kami perolehi semasa di Pekan Rembau adalah membeli tv 29” bernilai RM400 kami mula risau dan dimana akan kami perolehi duit sebanyak itu dalam masa 2 jam. Kami mula membahagikan beberapa kumpulan untuk mencari kerja sekitar Pekan Rembau. Kawanku dan aku keluar mencari kerja yang ada, malangnya setiap kedai yang kami kunjungi tidak memerlukan pekerja dan ada yang sampai diusir keluar semasa mencari kerja, tapi itulah yang perlu kami hadapi untuk menyelesaikan tugasan ini. Akhirnya aku diterima kerja di kedai alat menjahit singer. Berbagai ayat kami gunakan untuk menerima kami bekerja di kedainya. Kami diarahkn untuk membersihkan stor peralatan yang aku rasakan telah berpuluh tahun tidak dibersihkan. Setelah melihat keadaan itu aku mula berfikir, mampukah kami berdua untuk membersihkan bilik stor yang kotor dan besar itu.

Kami bermula dengan sesuatu yang kecil dan mudah untuk dialihkan. Akhirnya kami dapat menyiapkannya dalam hanya sejam dan pemilik kedai itu berpuashati dengan kerja yang kami lakukan. Seterusnya kami diarahkan memasukkan minyak pelincir alat menjahit kebotol-botol yang lebih kecil untuk dijual. Sakit belakang dibuatnya. Hahahaha…… Setelah semua kerja selesai kami diberi makan dan minum oleh pemilik kedai dan menerima upah kami.

Membersihkan halaman rumah penduduk kampung


Semua ahli kumpulan telah berkumpul pada pukul 1 tengahari seperti yang dijanjikan , setelah mengira jumlah kutipan yang diperolehi kesemuanya mendapat RM530 ringgit dan melepasi sasaran yang telah dibincangkan, tetapi malangnya TV 29 “ itu baru sahaja dibeli oleh orang lain. Dan kami diminta untuk menukarnya kepada TV LCD 24” yang bernilai RM700. kami mula bingung untuk menyelesaikan masalah yang timbul, seorang ahli yang berbangsa cina mula membuat tawar menawar dan dia pemilik kedai elektronik sanggup menurunkan sehingga RM600 ringgit. Oleh itu kami hanya perlu mencari lebih 100 ringgit untuk menambah baki belian TV dan tambang untuk pulang. Setelah mengira jumlah ahli kumpulan ternyata ada lagi kumpulan yang belum menyerahkan duit hasil kerjanya. Setelah menanti kepulangan kumpulan terakhir ternyata tidak sia-sia dan mereka membawa balik RM150 ringgit bersama mereka. Maka lengkaplah tugasan kami. Kami bemudiannya mengambil beberapa buah teksi untuk digunakan balik ke kem perkhemahan.

Puas setelah TV LCD 24" dalam genggaman

Membersihkan ayam yang telah siap disembelih

Setelah aktiviti selesai pada pukul 3 petang kami berehat seketika sebelum memulakan semula aktiviti memasak untuk makan malam.. Beberapa ahli diarahkan untuk menyembelih 6 ekor ayam dan kaum hawa mula beraksi menjalankan tugas. Semua bersiap sedia menyiapkan makanan masing-masing menggunakan buluh lemang. Walaubagaimanapun setelah semua kerja memasak selesai kami dikehendaki menukar makanan yang telah dimasak dengan kumpulan lain….

Memasak Ayam dalam buluh


Makan malam telah selesai kemudianya kami akan mengadakan “War Game” dimana kumpulan kami sebagai kumpulan pertahanan dan kumpulan yang lain sebagai kumpulan penyerang. Aktiviti yang cukup menyeronokkan walaupun dengan kegelapan malam pada hari itu. Akhirnya kumpulan kami telah tewas disebabkan ada beberapa informasi yang salah diterima. Tapi semuanya dapat berseronok malam itu.

Bergambar kenangan sebelum diserahkan kepada Pusat OKU

Tiada lagi aktiviti yang sehebat itu ku rasakan, ianya sebagai pengalaman yang bermakna. Pada keesokan harinya kami berkumpul untuk memberi sebarang komen dan cadangan terhadap aktiviti yang dilakukan. Seronok dalam menimba pengalaman baru.

Berangkat pulang


P/S : Baru ku rasakan bukan senang nak cari kerja…….

Gunung Datuk Towards First Class Slideshow: Madsha89’s trip from Parit Raja,Batu Pahat (near Batu Pahat, Johor, Malaysia) to 2 cities Daerah Rembau (near Seremban, Negeri Sembilan) and Ayer Keroh was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

1 comment: