31 Mac 2018
Belum hilang penat dari Perak aku
terus ke Kundasang ke esokan paginya.
Perjalanan yang telah dirancang
berbulan-bulan lama tidak akan Aku sia-siakan. Menaiki Feri kenderaan pada
pukul 6 pagi dengan harga RM 40 sehala selama 2 jam. Setiba di Menumbok pada
pukul 8.00 pagi memulakan perjalan terus ke Kundasang. Singgah sebentar untuk
mengambil seorang rakan yang tinggal di Kota Kinabalu menjadikan kami berlima
untuk terus ke Kundasang. Namun sebelum itu, singgah sebentar di Sushi King menghilangkan gian setelah sekian lama.
Dengan tujuan utama adalah untuk barbeque
di Gunung Kinabalu barang untuk dipanggang telah siap di perap seawalnya,
antaranya adalah Sayap Ayam, Paha Ayam, Sotong, dan Sayur-sayuran. Kami
menyambung semula perjalanan dengan beberapa kali perhentian terus ke Homestay
penginapan. Homestay yang terletak jauh
keatas Dairy Farm menyediakan pemandangan yang indah dan keadaan kedinginan
yang menyamankan.
Homestay yang kami duduki sangat
cantik dengan keadaan senibina inggeris yang ringkas dengan kadar bayaran RM300
semalam dengan 2 Bilik, 3 katil single dan 1 katil Queen. Sesampai sahaja di Homestay pada pukul 3.40 petang kami terus menerus untuk memulakan barbecue,
setup api dan membahagikan tugas. Aku ditugaskan untuk menyalakan api,
kawan-kawanku menyediakan sayap ayam, sayur-sayuran dan peralatan yang lainya.
Semua kelihatan baik dan tiada perkara yang ganjil belaku.
Setelah semua sibuk berada
dibelakang rumah untuk memanggang Aku masuk ke dalam sebentar untuk kunci dan
menutup pintu hadapan; semua barang-barang berharga berada didalam rumah. Aku
juga memberi peringatan kepada kawan-kawan yang lain agar melakukan perkara
yang sama sekiranya mereka berada di dalam rumah. Setelah api telah siap untuk
digunakan Aku masuk semula ke dalam untuk memasak Tom Yam Campur. Api diluar
mulai tidak bermaya berkemungkinan disebabkan berada di latitude yang tinggi
(2000M atas aras laut) arang sukar untuk dinyalakan dengan keadaan suhu yang
mulai menurun.
Tujuan untuk ke kundasang kali
ini selain untuk berbeku, adalah untuk membuat kejutan sambutan hari lahir
seorang rakan yang jatuh pada 1 April.
Untuk mengelakkan rancangan ini terbongkar , Pian, rakan kami tidak dibenarkan
untuk naik ke tingkat atas Homestay kerana terdapat kek didalamnya beserta
peralatan surprise.
Kini ia bermula;
Hari kian menghilang, rakan aku,
Syam mendengar tapak kaki ditingkat atas dan menyangkakan Pian berada ditingkat
atas, Aku dengan pantasnya memberi respons bahawa Pian berada di dalam bilik
tingkat bawah dan tiada orang di atas… bunyi tapak kaki itu juga didengar oleh
Caong yang berada didalam rumah sambil melayan movie korea.
Semua kembali keluar rumah, Aku
masuk sebentar untuk mendapatkan pisau dan pintu hadapan terbuka, aku menutup
dan menguncinya semula dengan beranggapan mungkin salah seorang rakan telah
membukanya. Aku kembali keluar sambil membantu menyiapkan sayur-sayuran yang
masih berbaki disebabkan api bara yang makin sukar untuk dinyalakan. Sayap ayam
, paha ayam dan sosej masih belum ada yang siap untuk dihidangkan. Jam telah
menunjukkan 7 malam dan telah masuk waktu mahgrib pada waktu itu, untuk
meleraikan kelaparan semua, kami menjamah Tom Yam sambil menunggu barang pangang
siap. Aku mengingatkan sekali lagi untuk mengunci pintu hadapan dan ya rakan ku
Zam membalas, pintu tidak dikuncikan, dan Zam mengunci sekali lagi.
Aku mulai memikirkan sesuatu
diluar norma manusia melakukannya. Aku lebih berhati-hati agar menjaga
barang berharga dan kemungkinan yang akan berlaku. Malam kini belabuh, seorang
demi seorang menyiapkan diri sebelum hari semakin membeku, aku menggantikan
rakan aku diluar untuk memasak ayam, arang semakin mudah untuk dinyalakan
berbanding petang tadi. Banyak makanan telah siap untuk dimakan. Sambil
mengipas ayam masih berbaki diluar, banyak kelibat kurasakan yang menggangu
tumpuan untuk aku fokus, namun ku biarkan saja. Sesekali 2 3 orang penghuni
Homestay yang lain melalui kawasan sekitar. Pian telah siap menyegarkan diri
dan menemani aku diluar sambil merasa kedinginan bayu gunung yang kian terasa.
Dia yang mudah untuk terlihat
intiti tersebut mula memanggil dan menceritakan ada intiti sedang memerhati di
pohon mulberry berdiri dan mandang tepat kearah kami. Aku tidak terasa seram
atau sebagainya namun, aku mulai terasa lain apabila dia mula menyatakan
semakin ramai yang datang dan berlari-lari dikawasan tersebut. Aku cuba
memerhati dan melihat kawasan sekeliling namun tidak berhasil. Kawasan yang
agak gelap, amat tidak sesuai untuk membawa anak kecil. Pian mula membersihkan
kawasan sekitar yang bersepah dengan tulang ayam yang telah diberikan kepada
beberapa ekor kucing sekitar.
Pian dan Aku terus berdiam
sehingga semua sayap ayam habis dipanggang, Syam keluar dan seperti mengerti
dan kami mengiakan saja. Kami meneruskan aktiviti dengan memanggang Paha Ayam.
Jam sedang menunjukkan 9.30 malam jiran Homestay pulang ke rumah dengan anak
yang merengek , baru pulang makan malam kali.
Syam menyangkakan mungkin mereka tidak selesa dengan keadaan asap dari
memanggang itu tadi dan menyarankan untuk menamatkan aktiviti barbecue sejurus
selesai semuanya. Sepanjang aktiviti kami ditemani dengan music untuk
mengilangkan kesunyian kawasan tersebut. (sungguh tidak sedar diri waktu
tersebut)… Walaubagaimanapun, budak
tersebut merengek disebabkan gangguan makhluk halus yang berada disekitar
homestay tersebut. Kami berkemas dan masuk ke dalam rumah, Jam menghampiri 10
malam.
Kesemua hampir tidak bermaya
untuk menunggu sehingga detik 12 tengah malam untuk membuat kejutan dan kami
terus membuat kejutan sewaktunya. Aku memberi isyarat untuk membawa Pian
keluar, dan Syam bersama-sama membawa Pian ke tempat letak kereta untuk
mengambil kad permainan UNO, sebagai alasan. Mereka melalui pintu dapur disebabkan selipar dan
kasut semua berada di belakang semasa barbecue tadi. Aku memasukan saki baki
selipar kedalam rumah dan mengunci pintu dapur dan mengarahkan mereka untuk
melalui pintu hadapan.
Aku membuat panggilan kepada Syam agar
melengah-lengahkan masa agar kami dapat membuat persiapan untuk melakukan
kejutan, hanya aku berada di tingkat bawah seorang, Setelah Surprise birthday
selesai, aku ke dapur untuk membersihkan kek yang telah terkena percikan api tadi
untuk dimakan. Agak mengejutkan aku bila pintu dapur tersebut terbuka
sebesar-besarnya. Aku cuba untuk berfikir positif dengan bertanya ada sesiapa
yang keluar melalui pintu dapur tersebut, dan semua menidakkannya. Pintu
ditutup semula, dengan semua berwajah kehairanan. Kerana aku dan Syam begitu yakin
yang pintu dapur tersebut telah di tutup semasa mereka berdua beredar menuju ke
tempat letak kereta. Pada waktu petang pintu akan tertutup sendiri dan susah untuk dibiarkan terbuka tanpa sesendal. Bagi mengelakkan terjadi sesuatu yang lain kami menamatkan
cerita berkenaan pintu tersebut agar suasana tidak terlalu dingin dan
menyeramkan. Budak sebelah rumah masih lagi merengek menangis…..
Kami kemudiannya sepakat untuk
berkumpul di bahagian atas sambil bermain UNO kad. Jam menunjukkan 12 malam dan
semua mata terasa kelat. Keadaan yang semakin mendingin menjadikan bawah
selimut adalah yang terbaik. Mataku
tercelik dan terpandang sesuatu di bahagian dalam bilik, tapi tidak ku endahkan
dan aku meneruskan tidur.
1 April 2018
Jam lonceng berbunyi menunjukan
pukul 5 pagi, subuh sudah menanti. Suasana pagi lebih ringan berbanding
semalam. Selesai menunaikan kewajiban aku terus memulakan memasak untuk sarapan pagi. Tiada perkara seram
selepas itu, bersarapan ditemani pemandangan gunung yang sangat indah.
Bersiap-siap untuk memulakan perjalanan turun pada pukul 9.30pagi.
Engin kenderaan tidak dapat
dihidupkan, cuba untuk mencari penyelesaian, akhirnya meminta bantuan daripada
pemilik homestay untuk melakukan Jumper. Mengambil masa 30 min sebelum semuanya
berakhir. Keadaan agak suram seketika. Singgah seketika di perhentian bunga
untuk melihat Anggerik untuk dibawa balik. “Agak keciwa dengan harga yang
ditawarkan lebih mahal berbanding di Labuan.”
Kami terus meluncur laju sehingga
ke T
uaran untuk menukar bateri kereta baru. Setelah semuanya selesai barulah semua dapat menghela nafas lega. Sebelum daftar masuk ke Hotel Apartment singgah untuk menghantar Caong untuk balik ke rumah. Daftar Masuk pada pukul 2.45 petang dengan kadar harga RM144.45 semalam. Berehat sebentar melepaskan sengal dibadan sebelum meneruskan perjalanan. Mencari kudapan petang, sambil bercerita pengalaman semalam, Pian menceritakan perkara sebenar pada malam tersebut, terdapat 2 intiti berada didalam rumah tersebut dan keputusan yang terbaik adalah tidur ditempat yang berdekatan bagi mengelakkan benda tersebut menggangu. Satu intiti tersebut tinggi dan satu lagi adalah dalam keadaan bongkok sentiasa memerhati pergerakan kami. Semua terlerai dan kami selamat daripada perkara buruk berlaku.
Kami seterusnya menuju ke Imago untuk mencari kudapan petang dan Makanan Korea menjadi pilihan dengan purata harga RM15-RM20 satu hidangan. Lupakan segala misteri kerana telah selamat sampai ke tanah rendah... Sambung menonton wayang "Ready Player One". Seakan-akan anime Sword Art Online tetapi jalan cerita agak perlahan dengan pengenalan setiap watak, namun diakhiri dengan aksi yang bagus. Setelah habis menonton seterusnya ke AlamMesra untuk menikmati Ayam Penyet dengan Harga RM 8.00-RM12.00 yang terasa sempurna dengan sambal yang terangkat pedas.
Tiada cerita seram untuk malam ni, semua terasa letih dan menyambung bermain Heroes Evolved (HE).
Last Day, 2 April 2018
Sejuk tetapi tidak sesejuk menyengat kundasang semalam, pukul 5 pagi. Seorang demi sorang terjaga, dan merancang perjalanan pagi ini seterusnya pulang pada sebelah petang. Sambil menunggu hari terang tangan ligat bermain game HE. Bergerak Ke YSG Bioscape Sdn Bhd pusat penyelidikan Orkid Yayasan Sabah untuk melihat sendiri dan membeli Orkid yang berada disana dengan harapan harga yang ditawarkan murah dan mampu milik. Sesampai sahaja kami disana kami di sambut dengan kakitangan YSG, banyak Orkid yang berada disana, walaubagaimanapun, melihat keadaan okid tersebut ianya masih memerlukan penjagaan yang rapi selain daripada pegawai yang bertugas berkenaan orkid tersebut tidak ada pada waktu tersebut. Maka timbul kesukaran untuk kami bertanya harga bagi setiap jenis Orkid. Harga yang ditawarkan agak tinggi berbanding tempat-tempat lain. Namun begitu kami hanya mampu untuk "window shopping" dan melihat kawasan sekitar.. Menurut pegawai pengiring tersebut mereka menjalankan kajian menggunakan kaedah tunasan tisu bagi jenis Dendrobium selain mencuba untuk hybrid orkid-orkid tersebut. Manakala bagi jenis Phal agak kurang disini.
Setelah puas melihat kawasan sekeliling, kami bergerak ke Suria Sabah untuk menikmati makan tengahari iaitu Sushi King dan Hokaido Tart.
Setelah puas berada di Suria Sabah kami seterusnya memulakan perjalanan balik ke Menumbok. Akibat tersalah waktu belayar kapal yang dijangka 8.30 malam tetapi sebenarnya pada pukul 6.30 ptg kami terpaksa bergegas balik untuk mengejar feri kenderaan. Hajat untuk singgah sepanjang perjalanan balik terpaksa dibatalkan. Sampai Labuan pada pukul 8.00 malam.
🙀
ReplyDeletejgn sampai roy hatimu keras baca
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi melawat ke YSG BIOSCAPE SDN BHD..Insyallah ,datang lagi ya..
ReplyDeleteseronok baca kisah anda bercuti di mesilau. kami br lps bercuti di Sulap 2 Mesilau minggu lps. anak saudara dan anak perempuan saya kena kacau. bunyi benda bergolek atas bumbung. tapi tak bunyi jatuh. esoknya ada kesan lebam di lengan anak saudara.
ReplyDeletetempat yg korg kna kcau itu dkat sulap homestay ke @ kiram village? saja nak tahu😅
ReplyDelete