@L@

Monday 25 April 2011

Pengembaraan Di Pulau

Wow!!!.. pengembaraanku yang ketiga dah selesai. Kali ni aku telah menjelajah ke Pulau tioman (PT). Best sangat-sangat, aku tak sangka akhirnya termakbul juga hajat aku. Aku ke Pulau Tioman bersama-sama dengan kelab catur. Ramai yang terkejut bila aku katakan kelab catur buat aktiviti kat Pulau Tioman macam tak logikkan.



Pengembaraanku bermula dengan semua ahli kelab berkumpul dihadapan dataran seawal 7.00 pagi, bas akan bergerak pada pukul 7.30pagi.. setelah pukul 7.30 pagi aku dan ahli yang lain bertolak ke PT tapi sebelum tu kami singgah sebentar untuk bersarapan di restoran keluang, Johor. Kami meneruskan perjalanan pada pukul 9.00pagi.
Sarapan roti canai

Didalam perjalanan aku memerhatikan keindahan pemandangan sepanjang perjalanan. Dengan laluan yang berbukit dan sepanjang perjalanan terdapat deretan Kelapa sawit yang memukau mata dengan kehijauanya. Perjalan mengambil masa selama 2 jam untuk ke terminal feri mersing dan kami selamat tiba diterminal pada pukul 10.45 pagi.
Feri yang berikutnya akan bertolak pada pukul 11.30pagi, kami berkumpul dan menyelesaikan pembelian tiket. Harga tiket untuk ke PT bagi seorang adalah RM 35.00 sehala dan perjalan menaiki feri akan mengambil masa selama 1 setengah jam dan akan berhenti di tiga tempat perhentian.

Berada didepan Jeti Mersing

11.30 pagi mengambil giliran beratur untuk menaiki feri , kami sampai ke PT pada pukul 1.00 pm dan kami akan bermalam di SRI PAYA RESORT yang terletak di Kg Paya iaitu perhentian yang ke-2. Setelah itu pembahagian chalet kediaman. 1 chalet boleh memuatkan seramai 4 orang. Setelah dibenarkan berehat buat seketika, aku mengambil peluang untuk memerhati keadaan sekeliling chalet sebelum berkumpul pada pukul 3.00pm untuk memulakan pertandingan catur secara individu. Pada pusingan pertama dan kedua aku telah Berjaya seterusnya pusingan ketiga pada sebelah malam pula.
Chalet kediaman



Tepat jam 5.00pm kami berkumpul diruang makan dan bergerak ke Water Rock untuk meninjau keindahan alam. Hanya mengambil masa selamat 10-15 minit dengan berjalan kaki dari resort aku dapati kawasan air sungai yang cantik dan jernih. Tanpa membuang masa aku pun terus masuk kedalam air sungai, airnya sangat sejuk.
Seperjalanan Ke Water Rock
Menikmati kedinginan sungai

Setelah mandi dalam masa 30minit di water rock kami berpatah balik untuk mandi laut pula. Walaupun keadaan sedikt gerimis, aku tetap menyempurnakan niatku untuk pergi jua. Kerana aku tak tau berenang aku hanya berada dikawasan cetek saja. Ahli-ahli yang lain ada yang main bola tampar, bola sepak dan membuat istana pasir. Tergelak aku sendiri, hilang tekanan aku belajar selama ini. Bermandi manda sehingga pukul 7petang ada yang mengutip kulit kerang dan belajar berenang termasuk aku sekali…


Badan semakin letih aku menyiapkan diri untuk menjamu selera, walaupun makan malam agak sedikit lewat( janji 7.30pm tapi mula 8.30pm). Aku masa tu tersangat lapar sebab malas nak pergi Lunch. Mula pukul 9.30 kami memulakan pertandingan catur dan aku kecundang di pusingan ke-empat. Pada pukul 10.30 pula ada aktiviti persembahan setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk mempertontonkan satu persembahan. ~ inilah bab yang paling aku tak suka, kena nyanyilah pula.~ persembahan berakhir pada pukul 12.00 tengah malam dan bersurai.

Pada keesokanya aku bangun pukul 6.oo pagi ingin menikmati pemandangan laut diwaktu pagi, Sungguh damai dan mengasyikan aku terpersona dengan pemandangan laut aku bagaikan berada didalam mimpi dan tak sangka aku akan menjejakan kaki di pulau ni. Sarapan pada pukul 7.30pagi seperti biasa makanan kegemaran aku Nasi lemak sedap sangat ( tapi tak leh challenge mak aku masak). Dah habis bersarapan pukul 8.00 pagi aku pergi snorkeling , jacket dan mask boleh disewa dengan harga Rm15.00 sepanjang hari. Cantik sungguh pemandangan batu karang di dasar laut.. dengan keadaan air yang jernih pemandangan sangat jelas dan diikuti dengan beberapa ekor ikan Nemo , bagaikan dialam fantasi. Pagi ni banyak aktiviti yang boleh dilakukan ada yang mencuba kayak, dan melawat pulau kecil ( seumpama batu besar) disekitarnya. Setelah penat bermain air aku kepantai untuk membenamkan diri. Orang kata baik untuk kesihatan tapi tak taulah aku main ikut jer.

Bergambar dalam air lah pula..

aktiviti snorkeling

Pukul 9.30pagi aku bersiap untuk perlawanan secara berkumpulan, kumpulan kami menjuarai untuk kumpulan B dengan hadiah sepanyak Rm73.00 satu kumpulan. . Perlawanan tamat pada pukul 1.00pm dan kami terus meyantap juadah tengahari. Setelah itu acara bebas dan semua ahli boleh pergi kemana saja. Aku tidak melepaskan peluang untuk membeli sedikit cenderamata untuk kawan-kawanku di kampus. Rambang mata dibuatnya, memang semua cantik-cantik belaka walaupun harganya sedikit mahal dari biasa. Bersama pemilik Resort

2.30pm aku berkemas untuk pulang dan kapal kami dijangkakan akan bertolak pada pukul 3.00pm dan kami diminta untuk berkumpul pada pukul2.45pm untuk mengagihkan tiket feri. Malangnya feri yang ditunggu tidak kunjung tiba, dan dikatakan akibat paras air laut cetek feri akan dibawa dengan perlahan bagi mengelakkan kerosakan pada batu karang. Feri tiba pada pukul 4.00 petang dan bergerak tiba pada pukul 6.00 petang di jeti Mersing. Ketika berada di feri


Setibanya kami di jeti mersing kami dibenarkan untuk membeli keperluan sebelum bertolak pada pukul 7.00 malam. Kawan-kawan dan aku sempat mengelilingi Bandar mersing dan meninjau rumah kedai yang ada.


Sepejalanan balik semua ahli kelihatan letih dan tidak bermaya. Disampaikan hadiah kepada pemenang bagi pertandingan secara berkumpulan didalam bas. Sepanjang perjalanan keadaan sedikit ribut dengan hujan dan angin kencang, bas terpaksa dibawa perlahan untuk keselamatan. Keadaan sekeliling yang gelap tanpa ditemani cahaya lampu membantutkan pemandanganku untuk menghayati keindahan malam itu. Setibanya aku di kolej kediaman pada pukul 10.00malam. Alhamdulilah aku pergi dan balik dengan selamat..

My Third Journey Slideshow: Madsha89’s trip from Batu Pahat, Johor, Malaysia to 2 cities Pulau Tioman and Mersing was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

2 comments:

  1. Haha... seronok betul orang masih belajar mana2 pun boleh pergi. Baguslah tu buang tensen belajar. Kesian aku dah terikat dengan kerja nak pergi mana2 pun susah. hehe... Tapi alhamdulillah semua selamat.

    ReplyDelete
  2. elele< pandai berenang kunun
    ku tengalamkan baru ko taw
    ahahahah

    ReplyDelete