@L@

Monday 4 April 2011

Kenangan Terindah ( sambungan....)


Sesampainya aku dikem tersebut kami diarahkan beratur untuk mengambil butiran kedatangan dan pembahagian kompeni. Semasa pemeriksaan beg aku didapati membawa beberapa butir peluru dart, dalam hatiku “mesti abang aku punya dart , sebab dia baru saja guna beg ni”, aku ditanya dan disoal dan semua jawapan dan alasan ku ditolak bulat-bulat dan menganggap aku tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan...Arghh.. Hanya tuhan sahaja yang tahu, ujian pertama aku sampai di kem PLKN. Aku secara langsung terus dihumban ke Kompeni delta yang dianggap kompeni paling bermasalah pada masa itu. Aku terus berangkat pergi ke berek yang di tetap.

Pada malam itu kami diarah berkumpul di dewan makan untuk mendengar beberapa taklimat permulaan. Pada waktu itu bertapa bencinya aku dengan PLKN. Dah lah pilih bukan dengan rela hati boleh pula nak denda-denda orang. Aku terus tidur apabila dilepaskan untuk ke berek masing-masing pada pukul 11.00 malam. Rasanya nak balik jer malam tu….

Keesokkannya pula aktiviti tidak dijalankan dan kami pelatih-pelatih baru diarahkan untuk mengunting rambut di bilik kelas. Giliran aku nak potong rambut pada sebelah malam walaupun aku menunggu dari pagi lagi. Hari ahadnya pula kami diberikan masa untuk berehat dan membiasakan diri dengan keadaan sekeliling.
Hari isnin hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Aku bangun lebih awal jam 4.30am bersiap sedia untuk memulakan pergerakan yang akan menjadi rutin aku selama 3 bulan ini. Aku bersiap sedia memakai baju bersukan seperti yang diarahkan. Aku bergerak ke berek bravo tempat asrama kawan aku bernama Awang mohammad ( lepas ni aku panggil AQ je..). Aku dan AQ pergi kesurau pukul 5.00am walaupun subuh pada masa kat Sarawak pukul 6.00am.

Kolam yang digunakan untuk aktiviti berkayak dan berakit.

Kami akan bersukan pada waktu pagi dari pukul 6-7 pagi.. semua pelatih akan diarahkan berkumpul di padang kawad dan akan berlari-lari anak ke sekitar kem sehingga jam 7 pagi. Lepas senaman adalah waktu yang dinantikan iaitu kami diarahkan untuk mengambil sarapan. Menu yang biasa, telur rebus dan 2 keping roti, kaya , mee goreng dan Nasi goreng. Sedap juga lah makanan yang disediakan.

Pukul 8.00 pagi kami diarahkan semula ke padang kawad untuk mengikuti kelas kenegaraan. Masa dalam kelas tu aku diajar cara-cara untuk meningkatkan keyakinan diri dan lebih berani untuk bersuara. Selain daripada itu dalam kelas itu juga diajar untuk kita lebih bertanggungjawab dalam semua yang kita lakukan. Memang masuk-masuk kelas 2 entah apa-apa sahaja yang diajar, dan aku rasa kan bagaikan aku di sekolah tadika apabila aku diarahkan untuk melukis dan mewarna..

Pukul 10.00 pagi kami semua minum pagi, menu yang biasa ialah kuih dan air teh. Memang sedap jugalah tapi rasanya memang malas nak pergi minum pagi. Tepat jam 12 kami pergi makan tengahari. Pada sebelah petang bermula tepat jam 2.00ptg kami akan diarahkan untuk ke padang kawad untuk berkawad. Memang panas sangat kalau, pada masa ini banyaklah pelakon-pelakon handalan mengeluarkan aksinya, ada yang sakit kepala, nak pengsan dan ada yang demam. Memang lucu sangat. ( kalau boleh aku pun nak ikut sekali, malangnya aku bukan pelakon).. berkawad selama 2 jam dan kami akan berehat dan minum petang. Jam 5 kami diminta berkumpul semula untuk beriadah. Ada yang main bola tampar, badminton, bola keranjang dan sepak takraw. Best jugalah masa main tu tapi aku suka ker exercise …. Hahahaha.. (gambaran semasa berkawad...)

6 petang bergegas semula ke berek masing-masing untuk solat maghrib berjemaah siap ada ambil attendant lagi… kami di surau sehingga waktu isyak dalam jam 8.30pm…. Begitulah rutin kehidupanku semasa di kem PLKN... ( sebenarnya byk lagi tapi dah penat nak taip .. hehehe)

1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Haha... wa caya sama lu...
    Abis full name gua lu kasi haha...
    sukup2 Awang Qilat jak bah...
    anyway thanks. AQ very very like this post.
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete