erjalanan ke tanah melaya selepas 2 tahun dilanda Covid-19. Perjalanan kali ini atas urusan kerja dan mengambil kesempatan didalam kesimpatan melancong di negeri orang.
Perjalanan Labuan ke Pahang melalui perjalanan udara mengambil masa selama 3 jam tanpa perhentian (Transit check point). Walaubagaimanapun perjalanan aku kali ini terpaksa bermalam di subang, selangor.
Hari 1, 3/7/2022
Bermula perjalanan menaiki Penerbangan Mas MH2635 ke Kuala Lumpur pada pukul 6.15pm ditambah lewat 25 min yang mengambil masa selama 2 jam 30 min. Keadaan cuaca yang tenang dan aku selamat sampai pada pukul 9.30 pm. Aku terus mengambil perkhidmatan Grab ke Hotel Orange , Sepang dengan kadar harga RM30. Hotel agak besar dan selesa, kawasan tempat makan dan kedai serbaneka juga banyak dikawasan sekitar.
Hari 2, 4/7/2022
Jam menunjukkan tepat pukul 9.25am dan aku selamat tiba di Lapangan Terbang Kuantan pada pukul 10.30am. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 55 minit telah menjadi 1 jam 05 min apabila kapal berpusing membuat bulatan sebelum mendarat pada minit ke 15 terakhir. Lapangan Terbang Kuantan tidak memiliki kedai serbaneka atau kedai-kedai dikawasan lapangan terbang.
Hari 3, 5/7/2022
Aku membuat pergerakan Solo setelah program dijadual semula bermula pada pukul 3.00 petang untuk ke bandar Kuantan untuk menikmati keadaan suasana di Bandar Kuantan ini. Tempat yang sempat aku lawatan Esplanade Kuantan, Street Art, Masjid Negeri Pahang, dan East Coast Mall. Aku agak keciwa bilamana muzium kuatan tutup waktu tersebut kerana kerja-kerja penyelenggaraan.
Hari 4, 6/7/2022
Kursus Sepanjang hari dan aku hanya menikmati suasana pantai setelah tamat kursus.
Hari 5, 7/7/2022
Hari 6, 8/7/2022
Bergerak pulang, De Rhu Resort tidak lagi menyediakan perkhidmatan Teksi Resort ke Lapangan Terbang Kuantan. Grab dan Maxim juga agak kurang dikawasan ini. Walaubagaimanapun, nasib menyebelahi aku pada kali ini.. menaiki Grab ke Lapangan Terbang Kuantan pada pukul 8.30am dengan kadar bayaran RM31. Sambil Menunggu Kapal Terbang yang dijadualkan pada pukul 11.00am aku mengambil beberapa gambar disekitar Lapangan Terbang Kuantan.
Sebelum balik semula ke sarang aku membeli beberapa roti untuk dibawa pulang ke Labuan pada pukul 2.50pm dan aku selamat tiba dilabuan pada pukul 5.30pm.
* Perjalanan menyelam sambil minum air agak terikat dengan masa dan keadaan.
-Tamat-
No comments:
Post a Comment