@L@

Thursday 25 August 2022

Nusakuya Resort , Semporna, Sabah, Malaysia

Percutian yang telah lama dinantikan akhirnya telah berjaya dilaksanakan selepas beberapa kali tertunda disebabkan oleh Covid-19


Khamis, 25/8/2022

Seawal 6.00 pagi bergerak dari rumah untuk ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan untuk menaiki Bot Laju yang bermula seawal 7.30 pagi. Bot Laju ini boleh dinaiki seramai 36 penumpang dengan kadar Harga RM9.00 + fee RM1.31 = RM10.31 bagi warganegara, boleh didapati melalui kaunter utama di terminal feri atau boleh didapati secara Tiket Online



Setibanya di Menumbok sabah, aku bersama 4 rakan yang lain menaiki Proton Exora dengan kadar harga RM35 seorang dengan kapasiti muatan adalah seramai 6 orang.  Keadaan yang sedikit terganggu dengan sekatan jalan raya menyebabkan tiba dilapangan terbang kota kinabalu pada pukul 1.30pm.



Makan tengahari di Lapangan Terbang bagi menunggu penerbangan ke Tawau pada pukul 4.25 menaiki AK6266. Penerbangan mengambil masa selama 55 min dan selamat tiba pada pukul 5.30pm. Cuaca mendung dengan ditemani hujan rintik setibanya di Lapangan Terbang Tawau.



Aku dan rakan-rakan yang lain meneruskan perjalanan ke Semporna yang mengambil masa 1 jam 30 min menaiki chatter bas dengan kadar harga RM350 untuk bas bersaiz muatan 15 orang. 

7.30 malam . check in- Hotel Ocean House Semporna


Hotel Ocean menyediakan kelengkapan bermalam dengan keadaan yang selesa dan bersih serta kawasan yang strategik. Untuk penginapan bagi 3 bilik berharga RM 382.

8.00 malam. Makan malam di gerai makan KITA. Keadaan gerai makan biasa, walaubagaimanapun kedatangan kanak-kanak meminta makan agak mengganggu kedamaian malam tersebut. Di ingatkan untuk tidak memberi makan kepada kanak-kanak tersebut, kalau tidak mahu diserbu. 


Rehat...

Jumaat, 26/8/2022



5.00 pagi bersiap sedia untuk memulakan perjalanan ke Nusakuya. Sarapan di penginapan dan mencuba Mee Tauhu, Nasi Kuning. Mee Tauhu berasaskan Mi kering yang dimasak kosong dan makan bersama tauhu kicap/taucu. 

8.00 pagi setelah selesai bersarapan membeli beberapa makanan ringan untuk dibawa ke Nusakuya. Kawasan penginapan yang strategik dengan kemudahan kedai makan dan kedai serbaneka dikawasan berdekatan. 



10.30 pagi bergerak dari penginapan ke ke Jeti Pelancongan Semporna Bangau-bangau menaiki Grab berharga RM4. 

Perjalanan yang indah dan menenangkan ini mengambil masa sekitar 40 min dari jeti ke Nusakuya. Dibentangkan dengan laut yang membiru membuatkan terleka dengan kesibukan dunia.   










Setibanya kami ni Resort Nusakuya hijau biru laut sanggat mempersonakan. Hari ini hanya menikmati pemandangan dikawasan sekitar bilik penginapan. Air yang jernih menampakkan dasar laut tidak dibazirkan, aku bersama kawan-kawan ku yang lain terus memulakan berenang tanpa henti. 








Malam kami dihidangkan dengan masakan seafood sotong ketam dan udang. 😋.. . 





Sabtu,27/8/2022


5.00pagi bangun seawal pagi untuk menikmati matahari terbit dengan keadaan yang sangat memukau. Warna kuning oren dengan keadaan cuaca yang dingin sangat menarik untuk dinikmati. Seterusnya mandi untuk Island hopping.  















Sarapan pada pukul 7 pagi, dan berangkat ke Bohey Dulung pada pukul 8 pagi. Permit diperlukan untuk menaiki bukit bohey during, setiap kumpulan akan diarahkan untuk menjadi tour guide sepanjang pendakian bukit bohey. 






Snorkeling di Sibuan Islands setelah makan tengahari, disebabkan oleh arus air yg deras Snorkeling terpaksa dipindahkan dikawasan Matabuan Island.  

Aktiviti air dihentikan pada pukul 5 petang atas tujuan keselamatan, kami kembali ke penginapan untuk berehat dan makan malam pada pukul 7 malam. Aktiviti malam adalah sesi karaoke dan pool. Jam telah menunjukkan pada pukul 9.30 malam, semua ke kawasan rehat sebelahan dengan bilik penginapan untuk menyaksikan penyu makan. Terdapat 3 ekor penyu di kesan dikawasan tersebut untuk mencari makan. 



Sebelum santai melabuh badan aku dan rakan yang lain menikmati hembusan bayu ditemani cahaya bulan...


Ahad, 28/8/2022


Hari terakhir, bersarapan pada pukul 7 dan bersiap sedia untuk daftar keluar. Bot berangkat adalah pada pukul 8.30pagi. Kami meneruskan perjalanan setibanya berada di jeti semporna pada pukul 9.30pagi. Perjalanan semporna ke Lapangan Terbang Tawau yang mengambil masa 1jam 30 min diteruskan dan tibanya di Bandar Tawau untuk membeli sedikit cenderamata dan kenangan. 



Amplang, Kima (kerang) , sotong kering bolehlah dijadikan buah tangan untuk keluarga. 

12.30pm terus meluncur laju dari pasar tawau ke Lapangan Terbang, perjalanan mengambil masa 30 min perjalanan untuk mengambil penerbangan pada pukul 3.05 petang. 


4.30pm tiba di KKIA, aku menaiki Grab ke sutera avenue apartments untuk bermalam, gerakan santai pada malam ini bagi merehatkan badan yang mula terasa. 12.00am ke alam mimpi. 

Isnin, 29/8/2022



Sarapan tidak dilupakan, kemudiannya bergerak ke menumbok pada pukul 9.00pagi untuk menaiki speedboat pada pukul 1 tengahari. 

Tiba di Labuan pukul 2.30petang. 


Tamat









No comments:

Post a Comment