@L@

Saturday 27 December 2014

Sabah West Coast Trip Bring to Lok Kawi WildLife Park

Day 1 

Perjalanan yang bertujuan, kali ini ke Sabah Negeri di bawah bayu sekali lagi setelah lebih kurang 3 tahun tidak menjejakkan kaki.. Memulakan perjalanan dari Wilayah Persekutuan Labuan melalui Ferry Express dengan ombak yang sedikit bergelora pada hari itu mengambil masa selama 3jam 30minit. Tiket Harga Feri adalah RM19.50 untuk pemegang Mykad dan RM39 untuk orang asing.

Ferry Express

Setibanya saya di Terminal Feri Jesselton, Sabah terus meninjau Suria Sabah yang terletak bersebelahan dengan terminal feri.
Suria Sabah

1Borneo Hypermall
I have been pick up by my friend, then we are going to 1 Borneo Hypermall (1B), the biggest mall in the city to look up for the Popular Book Festival. 1B just 7km from Kota Kinabalu city and 13km form Kota Kinabalu International Airport. Setelah itu tersesat mencari jalan pulang di 1 Borneo. (not good sabahan). Sesi beramah mesra dengan kawan-kawan Politeknik (RPians Legends).
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Setelah bergerak dari 1B rehat sebentar di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas sebelum meneruskan perjalanan. Hari menjelang malam kemudianya  menikmati tasik victoria air pancut berirama di Perdana Park, Tanjung Aru. Terdapat 4 set persembahan setiap hari bermula pada:-

Set pertama : 7.00 malam - 7.15 malam
Set kedua    : 7.30 malam - 7.45 malam
Set ketiga    : 8.00 malam - 8.15 malam
Set keempat: 8.30 malam - 8.45 malam







Setelah menikmati persembahan, bergerak ke Anjung Senja untuk menikmati makan malam. Menu dipilih semua berasaskan tomyam ; Mee hoon tomyam; tomyam cendawan; tomyam seafood; tomyam ayam; nasi goreng tomyam;, yang penting harga berbaloi, seorang dalam RM7.00 plus minuman. Berkongsi cerita dunia dan kerja sebelum bergerak pulang untuk memulakan perjalanan keesokan harinya. 

Day 2

Bergerak seawal 6.30 pagi untuk ke Gaya Street ataupun nama asalnya adalan Bond Street. Gaya Street ataupun Sunday market terletak di tengah-tengah bandaraya yang menjual pelbagai hasil daripada kraftangan, cenderamata, buah-buahan, bunga-bungaan dan binatang peliharaan seperti burung, arnab, kucing dan anjing. Berkunjung ke Gaya Street ini dapat menikmati gaya hidup masyarakat tempatan dengan sikap yang mesra dan ramah.


Membuat perjumpaan di Gaya Street seterusnya ke Papar Sabah untuk membuat lawatan kenalan disana sebelum ke Lok Kawi WildLife Park (LKWP). LKWP di bawah kendalian Sabah Wildlife Department yang mempunyai keluasan kira-kira 280 acres termasuk Taman Botanical. LKWP yang beroperasi dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 5.30 petang dengan bayaran masuk RM10.00 untuk dewasa mykad (non-citizen RM20.00) dan RM5.00 untuk kanak-kanak (non-citizen RM10.00) (Free for senior citizen and handicapped) dan mempunyai lebih daripada 100 spesis binatang termasuk mamalia, reptilia, dan burung. Mankala Taman botanical mempunyai perlbagai jenis herba, Taman Orkid, Taman Rafflesia dan Taman Halia. Terdapat juga pelbagai jenis periuk kera (monkey cups) dalam keluarga Nepenthes dan juga kayu balak tropika  dari jenis Dipterocarp boleh didapati disini. 

           
Borneo Pygmy
we are trying to take a selfie.. we just learned and succeed.. :p 
Female Pygmy

Memberi makan kepada haiwan
adalah dilarang (Just acting for real)
Kawasan yang menjadi perhatian semasa kunjungan kami disana adalah Gajah borneo pygmy (Borneo Pygmy Elephants), Monyet Belanda (Proboscis Monkey), Harimau belang (Malayan Tiger). Pengunjung yang gemar aktiviti luar dan riadah juga boleh melakukan Jungle tracking di kawasan Botanical yang mempunyai jarak perjalan kaki sejauh 1.4km.
Helang
Pak Belang
Emu (on the back) :p
Bos Javanicus 
Ankole Cattle

Miniature Horse 
Semakin diterokai dan mengenali binatang semakin banyak benda dan spesis yang tidak ketahui. Jadi untuk menambahkan ilmu pengetahun jom singgah Lok Kawi Wildlife Park. terdapat juga pertunjukkan daripada pihak wildlife dan berpeluang untuk bergambar dan membelai haiwan-haiwan tersebut. 
Sebahagian daripada petunjukan

Tanjung Aru Beach
Singgah sebentar ke Pantai Tanjung Aru menikmati Bayu laut sambil  memerhati pengunjung bermain papan luncur.

Kemudianya menikmati Makan malam di Double six dengan menu Ferero Fish (RM10.00) with hot Nescafe.

Double six memorial
Ferero Fish with Hot Nescafe


Day 3

Just finish my work at CIDB Sabah before going back to Victoria Island. Lot of experience to deal with. Ferry Express RM 22.50 from Kota Kinabalu to Labuan. 

p/s : Thanks a lot to my friend for the transportation and spend your time with me.  See you guys next time.... 

3 comments: