@L@

Tuesday 23 December 2014

Kubung Hill, Labuan

Mencari kelainan aktiviti di tempat sendiri Labuan Island, bersama 2 orang rakan menjejakan kaki kawasan tinggi di Pulau Labuan iaitu Bukit Kubung. Jarak dari Lapangan Terbang Labuan sejauh 12.4km dengan hanya memakan masa selama 16 minit perjalanan menaiki kenderaan. Sampai dikawasan trekking pada pukul 4.00 petang sambil merenggang otot sebelum memulakan pendakian. 

Bersama menjejaki bukit

Bagi peminat camping dan tracking, Bukit Kubung merupakan tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti tersebut. Bukit Kubung tidak diuruskan oleh mana-mana pihak oleh itu pengunjung bebas untuk melakukan aktiviti selagi mana tidak merosakkan Alam Sekitar dan menjaga kawasan dengan bebas sampah. Kawasan yang agak landai dibahagian puncak sesuai untuk mendirikan khemah, melakukan aktiviti berkumpulan dan memerhati pemandangan yang menarik.



Terdapat beberapa jalan yang boleh digunakan untuk menjejaki Bukit Kubung antaranya adalah Batu Manikar Simpang 1(Parking kereta yang disediakan bersebelahan kawasan riadah) dan Pancur Hitam (lebih jauh).
Anak Sungai
Laluan pendakian

Pendakian yang santai hanya memakan masa 15minit untuk sampai kepuncak dengan ketinggian 148 meter dari paras laut. Beberapa anak  sungai kelihatan semasa pendakian naik ke Bukit Kubung. Oleh kerana tiada trek pendakian yang disediakan, adalah digalakkan untuk pergi bersama-sama dengan individu yang pernah mendaki bukit kubung secara berkumpulan.


Setelah penat mendaki Bukit Kubung bolehlah singgah sebentar melegakan tekak dikawasan berhampiran yang menjual makanan ringan dan minuman sambil memerhati matahari berlabuh.
Sunsets Manikar view


1 comment: