@L@

Friday 3 May 2013

Gua Tempurung


Keterujaanku kali untuk berkunjung ke gua, walaupun penat bermain pantai Tioman belum lagi hilang, buat pertama kalinya bagi aku untuk melihat ke indahan ciptaan tuhan didalam gua. Pada kali ini aku mengikuti Kelab Kembara untuk menunaikan hajat dan niatku untuk ke gua. 

Matlamat kali ini adalah untuk ke Gua Tempurung, merupakan gua batu kapur yang terbesar di Malaysia yang terletak di Gopeng, Perak. Nama Gua Tempurung diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa, gua ini mencapai panjang sejauh 1.9km dan ketinggian 120 meter dan dipercayai telah wujud sejak 8000SM lagi.

Gua ini bersambung dengan Gunung Gajah-Tempurung yang terletak di selatan Ipoh dari Gopeng ke Kampar. Ketinggian Gunung Tempurung 497 meter. Didalam gua tempurung ini mempunyai sungai kecil yang bersih yang mengalir yang dikenali sebagai sungai tempurung yang mempunyai kepanjangan 1.6km. Gua Tempurung mempunyai stalagmites, stalactites, rim stone pools, curtains, straws, calcite crystals and pillars yang sangat cantik dan menarik.
Kawasan Perkhemahan 

Para pengunjung yang melawat ke gua tempurung ini diberi pilihan untuk melawat mengikut kesesuai ketahanan fizikal. Tahap 1 atau Golden Flowstone mengambil masa selama 40 minit dengan kadar harga RM6.00 untuk dewasa dan RM2.50 untuk kanak-kanak, tahap ini tidak melibatkan aktiviti fizikal yang lasak. Tahap 2 atau Top of the World mengambil masa 1 jam 45 minit dengan kadar harga RM9.00 dan RM4.50 untuk dewasa dan kanak-kanak. Tahap 3 Top of the world and Short River Adventure mengambil masa 2 jam 30 minit kadar harga masing-masing RM 11.00 dan RM 6.00. Tahap yang paling mencabar adalah tahap 4 atau Grand Tour  dengan masa perjalanan selama 3 jam 30 minit dan perjalanan perlu dilakukan dari 9 pagi ke 11 pagi  dengan kadar bayaran RM 22.00 dewasa RM11.00 untuk kanak-kanak.
Aktiviti Berkumpulan

Kembara kali ini selama 2hari 2 malam. Dengan mengambil masa selama 6 jam Daripada Batu Pahat. Bergerak pada pukul 10.30 malam dan sampai di stesen rehat dan rawat (R&R) Klang pada pukul 3.00 pagi untuk berehat seketika. Kemudian berhenti semula di R&R Tapah pada pukul 5.00 pagi. Kemudianya sambung perjalanan ke Gua tempurung dan mengambil masa selama 1 jam 45 minit dari R&R Tapah.

Sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan untuk hari pertama. Aktiviti yang dilakukan adalah sukaneka dan aktiviti berkumpulan. Pada sebelah malamnya pula, Night walk, berjalan selama 2jam 30 minit merentasi paya dan sungai. Pertama kali masuk paya dengan kedalaman paras dada memang menyeramkan. Namun keadaan air yang jernih menampakkan isi didalam paya yang sangat menarik dengan adanya anak-anak ikan dan udang berkeliaran.
Bersiap sedia untuk memulakan cabaran


Pada keesokkannya selepas bersarapan, mula bergerak untuk menuju ke tujuan utama iaitu menjelajah Gua Tempurung. Bermula pada pukul 10.30 pagi selepas mendengar sedikit taklimat daripada Tour Guide, dengan keterujaan yang melampau aku menjejakkan kaki kedalam gua. Banyak benda yang menarik semasa didalam gua dan tidak terkata dengan pengalaman yang diperolehi. Berjalan naik 640 anak tangga  dan 645 anak tangga turun yang dibina daripada konkrit. ( factor for agronomic safety memang kurang bagi memelihara keadaan asal gua). Pada bahagian ini kawasan masih diterangi cahaya lampu yang dipasang di dinding-dinding  gua.

Setelah sampai satu tahap dimana trek hanyalah tanah basah dan berbatu yang perlu didaki. Kadangkala peserta perlu meniarap dan mengelongsor untuk bergerak ke garisan terakhir. Perkara yang tidak dapat dilupakan adalah aku terpaksa mengelongsor pada kecuraman yang menghampiri 90̊ dengan ketinggian 20 kaki. Selain daripada itu memasuki lubang didalam gua yang hanya muat untuk seorang peserta dalam satu-satu masa. 



Setelah itu, mengharungi sungai dengan meniarap dan merangkak. Basah adalah satu kemestian untuk berada didalam Gua Tempurung. Setelah mengharungi selama 5jam didalam gua akhirnya sampai juga ke pintu keluar gua.

Setelah selesai aku bersiap-siap untuk pulang, sebelum itu singgah sebentar ke kedai cenderahati untuk membeli untuk dibawa pulang.

Bergerak dari Gua Tempurung pada pukul 5.30 petang, berhenti rehat di R&R dan sampai Batu Pahat pada pukul 1 pagi.


No comments:

Post a Comment