@L@

Monday 26 October 2015

Lan Berambeh 2015


Macam dah lama sangat tak pergi jenjalan. Waktu sengang yang banyak nak juga ikut program "Kamek Anak Sarawak".. " Kitak Anak Sarawak ?" .. Boleh??... Join program bersama-sama persatuan Borneo. Program yang dijalankan di PWTC (Putra World Trade Centre) makan malam bersama pemimpin no 1 Sarawak. Walaupun pengangkutan agak lewat disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Tapi semua ahli tetap bersemangat untuk memulakan perjalanan.



Berkumpul pada pukul 10 pagi diperkarangan dataran, mendengar taklimat yang diberikan sambil menunggu bas yang tidak kunjung tiba. Sabar menanti, 3 bas muncul dan memulakan pergerakan. Lan Berambeh merupakan aktiviti tahunan yang telah dilaksanakan untuk kali ke-8 yang bertempat di PWTC dan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib. Karnival ini yang dijalankan untuk menghimpun anak-anak sarawak dari kalangan pelajar-pelajar, mereka yang bekerja dan yang menetap disemenanjung Malaysia. Sebelum malam kemuncak "Segulai Sejalai" program ini telah membuka tirainya pada pukul 9 pagi dengan Forum yang bertajuk " Persekutuan Malaysia Masa Depan Sarawak" dan telah dipenuhi dengan mahasiswa/mahasiswi sarawak seluruh semenanjung Malaysia.

Malam Kemuncak telah dihadiri oleh 10,000 orang sarawakian dan dimeriahkan lagi dengan artis-artis jemputan antaranya adalah penyanyi asal sarawak "BOB AF", sebelum jamuan bermula pada pukul 8.00malam hadirin mula memenuhi dewan dengan meriahnya. Antara menu wajib adalah Mee Kolok sarawak, ingin aku bagi 5 bintang dekat chef yang masak dengan kuah daging yang cukup rencah. Selain Mee Kolok terdapat juga Mee Jawa yang disediakan. Aku mencuba Daging Kicap dan Daging Kari Kambing, memang terangkat dan dihiasi dengan sayuran campur. Makan Malam yang cukup sempurna dan yang paling penting ianya "PERCUMA".

Dah penuh dah!!

Booth buku yang dijual

Sekitar Booth Lan Berambeh 2015


Acara mula beransur bersurai pada pukul 9.30malam. Aku juga turut memulakan langkah untuk ke Masjid Jamek untuk “window shopping” sambil mata memerhati kalau-kalau ada LEGO yang menarik untuk direbuti. Agak lama tidak menaiki pengangkutan awam LRT dengan bayaran RM1.20 dari PWTC ke Masjid Jamek.

Bergerak pulang pada pukul 12.00am dan sampai ke Batu Pahat tepat pukul 4.30am. 

No comments:

Post a Comment