Hari Pertama
![]() |
Pembahagian Harta |
Seusai menikmati makan kami terus
bergerak ke Hotel penginapan The Golden Palace dengan kadar harga RM98 semalam
untuk satu bilik. Nama yang gah tidak mengambarkan perkhidmatan yang cemerlang.
Keadaan hotel yang agak berselerak, tidak teratur dan sedikit kotor amat
bersesuaian dengan penginapan bajet. Berehat seketika untuk melepaskan penat
sebelum memulakan perjalanan ke Stesen Masjid Jamek pada pukul 4.00 petang
untuk membeli barang yang diidam-idamkan.
![]() |
Danau Kota |
Hari Kedua
Lonceng berbunyi pada pukul 6.00
pagi untuk aku bersedia bergerak untuk perjalanan hari kedua. Kelihatan
wajah-wajah teruja untuk bergerak meninjau ibu kota. Bersarapan roti dan biskut
yang dibeli sebelum memulakan perjalanan. Berkumpul di lobi hotel pada pukul
9.00 pagi dan bergerak menuju Ke Zoo Negara menaiki Grab teksi dengan harga
RM17 jalan sehala. Perjalananan mengambil masa 30-45 minit dengan keadaan jalan
yang sedikit sesak. Kami dihantar oleh seorang pakcik dalam lingkungan 60 an
berbangsa cina yang sangat peramah dan menerangkan setiap tempat yang dilalui.

Sesampai di Zoo Negara pada pukul 10.45 pagi dan membeli beberapa makanan sebelum masuk ke Zoo Negara. Bayaran masuk untuk zoo negara adalah RM 44 untuk dewasa dan RM16 untuk Kanak-kanak manakala warga emas berharga RM21. Zoo Negara buka pada pukul 9.00 pagi dan tutup pada pukul 5.00 petang. Terdapat bermacam-macam jenis haiwan dari sepsis burung, mamalia dan reptilia. Tidak dilepaskan peluang untuk berjumpa dengan binatang berbulu hitam dan putih Xing Xing dan Liang Liang dengan kondo mewah berhawa dingin.

Sesampai di Zoo Negara pada pukul 10.45 pagi dan membeli beberapa makanan sebelum masuk ke Zoo Negara. Bayaran masuk untuk zoo negara adalah RM 44 untuk dewasa dan RM16 untuk Kanak-kanak manakala warga emas berharga RM21. Zoo Negara buka pada pukul 9.00 pagi dan tutup pada pukul 5.00 petang. Terdapat bermacam-macam jenis haiwan dari sepsis burung, mamalia dan reptilia. Tidak dilepaskan peluang untuk berjumpa dengan binatang berbulu hitam dan putih Xing Xing dan Liang Liang dengan kondo mewah berhawa dingin.
Ceritanya …
Menurut sebuah dongeng dari
negara Tibet, seluruh badan Giant Panda asalnya berwarna putih. Mereka gemar
bermain dengan seorang gadis gembala yang baik hati dana mat disayangi ramai.
Pada Suatu hari, seekor harimau
bintang telah menyerang seekor anak Gaint Panda yang merayau jauh dari ibunya.
Mendengar jeritan si kecil, gadis gembala cuba menyelamatkan kawannya itu.
![]() |
Bila hidup anda tidak bermakna maka jadilah Panda, hidup selesa dikondo mewah. |
Anak Gaint Panda Berjaya
melarikan diri, tetapi malangnya si gadis gembala terkorban.
Semua Gaint Panda telah
mengadakan sebuah upacara pengebumian untuknya. Mengikut adat tempatan , abu hitam
disapu pada tangan mereka sebagai tanda kesedihan. Sambal menangis dan memeluk
satu sama lain abu hitam itu turut melekat pada buli di bahagian-bahagian lain
tubuh mereka.
Semenjak peristiwa itu, bulu pada
mata, telinga serta kaki Gaint Panda berwarna hitam.
~
Sekian
Sumber Zoo Negara
Jam menunjukkan pukul 10.30malam, perancangan aktiviti seterusnya belum ditentukan, dari tengok wayang ke bowling semua seakan tidak menjadi, kemudiannya kami duduk lepak di Starbucks kerana hanya kedai tersebut sahaja yang buka pada pukul 11.30malam. Kami berangkat balik ke Hotel penginapan pada pukul 12.30am setelah diberi isyarat kedai akan tutup. Singgah ke Seven11 untuk membeli barangan makan ditengahmalam, Sebelum HE game menular.
Hari ketiga

![]() |
Menyempat dalam Bas |
Tiba di KLIA 2 mencari "port" terbaik untuk lepak sehingga pagi menunggu penerbangan. Makan Malam tidak dilupa dengan Menu makan malam adalah daging sizzling. Pukul 10.00 malam semua shopping mall mula melabuhkan tirai untuk tutup. Kami terus ke port yang dirasakan strategi untuk bermalam.
Hari Pulang.
Bangun seawal 4.00pagi untuk bersiap balik, kepada yang ingin menyegarkan badan, "shower room" berada di tingkat check in bagasi. 5.30 pagi bersarapan di Sub Way, ringkas dan padat. kemudiannya terbang pulang ke Labuan dan tiba pada pukul 10.30 pagi.
![]() |
Pulang dengan bergembira |