Kali ini perjalanan ditanah air sendiri iaitu Wilayah Persekutuan Labuan ataupun dikenali sebagai Victoria Island. Pulau Labuan ini terletak di perairan Borneo dengan jarak perjalanan menaiki kenderaan sejauh 118km untuk ke Bandaraya Kota Kinabalu. Pulau Labuan hanya mempunyai keluasan 87.52km persegi tidak termasuk 6 kepulauan kecil disekitarnya.
Hanya mengambil masa 20-30 minit untuk berada dari hujung ke hujung pulau dengan menaiki kenderaan. Namun bagi yang gemar untuk mengambil gambar dan berjalan santai, sehari perjalanan tidak memadai. Antara tempat wajib kunjung semasa berada di Pearl of Borneo ini adalah Muzium Labuan, Muzium Marine, Muzium Chimney dan Taman Burung. Manakala bagi monumen sejarah adalah seperti Taman Damai (Surrender Point), Labuan War Memorial dan Menara Jam. Selain itu, setiap kawasan kunjungan menyediakan kemudahan awam seperti tandas awam, gerai makan dan ruangan ibadah.
Sebelum memulakan perjalanan bersarapan pada pukul 8.00am,
meneruskan perjalanan bermula perjalanan 8.30am
1. Labuan Museum
2. Labuan Marine Museum
3. Menara jam
10.45am- Menara jam yang dibina pada tahun 1906 merupakan menara jam yang telah didermakan oleh peniaga negeri-negeri selat chee swee cheng. Menara jam tersebut telah terselamat daripada perang dunia namun telah diruntuhkan oleh pemerintahan British pada tahun 1948. Pada tahun 2002 menara jam baru telah didirikan sebagai simbolik menara jam yang telah dimusnahkan.
4. War memorial
11.00am- Terletak di Tanjung Batu dan hanya mengambil masa 7 minit dari bandar Labuan. War memorial yang menempatkan prajurit-prajurit yang gugur semasa perang dunia kedua telah dijaga rapi oleh badan komonwel dunia (Commonwealth War Grave Commission, CWGC) . Antara 3900 tentera yang gugur adalah dari Australian Army, Air Force, Royal Australian navy dan Indian Army.
11.30am- Mula untuk mencari makanan tengahari dan kami memilih Raff Restoran. Restoran ini menyediakan makanan ala kampung dan makanan panas dengan harga yang berpatutan. Makanan sayur, lauk dan minuman hanya RM35.00 untuk 4 orang. Restoran Raff terletak berhadapan dengan supermaket Utama Jaya.
5. Masjid Jamek An-nur
12.15pm- Sambil menunggu solat zohor, melawat dikawasan sekitar masjid. Majid Jamek ini masjid yang terbesar diwilayah ini. Dengan gaya struktur arkitek turkish, Masjid ini telah siap dibina pada 1 februari 1988 dan telah dirasmikan oleh yang di Pertua Agong.
6. Ujana Kewangan
1.15pm- Setelah itu, mula bergerak ke Ujana kewangan yang merupakan pusat membeli belah terbesar di Labuan. Mula membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Perkara wajib beli adalah coklat import yang lebih murah dan sedap berbanding coklat biasa kerana Labuan merupakan salah satu Pulau bebas cukai selain Pulau Langkawi. Antara Kedai yang mempunyai coklat yang pelbagai adalah SkyPark dan banyak lagi.
7. Chimney Museum
![]() |
Imported chocolate |
![]() |
Shopping |
![]() |
Membeli cenderamata |
7. Chimney Museum
3.00pm- Sekarang menuju ke Muzium chimney yang terletak di utara Labuan. Muzium Chimney yang teletak berdekatan dengan menara chimney merupakan menara yang penuh misteri yang tidak diketahui fungsi asalnya. Walaubagaimanapun, menara ini dikaitan dengan aktiviti pelombongan arang batu yang terletak tidak jauh dari menara tersebut. Muzium Chimney dibuka dari pukul 8.30am hingga 5.00pm secara percuma.
Menara Chimney
8. Taman Burung
4.00pm- Taman burung Labuan terletak di utara labuan berdekatan dengan Muzium chimney di tanjung Kubung. Hanya mengambil masa 17 minit dari Lapangan Terbang Labuan dan 13.5Km dari Bandar Labuan. Taman Burung Labuan memaparkan ungas-ungas liar yang jarang ditemui dan sebahagian daripada 580 spesis burung yang terdapat di taman burung ini adalah dari habitat asal Borneo. Pengunjung boleh masuk dan menikmati sendiri suasana seperti didalam hutan dengan ditemani burung-burung yang bebas berterbangan dengan memasuki tiga sangkar gergasi yang berbentuk kubah dengan menampilkan landskap semulajadi. Antara burung yang terdapat disini adalah Burung Enggang dan Kenyalang, Burung Tiong Emas, Burung Helang, Burung unta, Burung Merak, Burung kakak Tua, Burung Black Crowned crane dan macam-macam lagi. Taman Burung ini dibuka setiap hari kecuali hari jumaat dengan kadar bayaran RM1.50 seorang.
9. Pancur Hitam
5.30pm- Merupakan pantai yang menghadap Laut Cina Selatan dengan keadaan air yang biru dan pasir putih. Amat sesuai untuk membawa keluarga untuk beriadah ditempat ini dengan kemudahan awam yang disediakan seperti, Tempat letak kereta, Food court , Tandas Awam, Pondok dan kawasan BBQ. Mempunyai pemandangan matahari terbenam (Sunset) yang cukup cantik bermula dari pukul 6 petang anda boleh memerhatikan matahari terbenam.
10.30pm- Misi melawat Labuan tamat walaupun terdapat beberapa lagi kawasan menarik tidak sempat untuk diterokai.