
Aku mengetahui aku terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pada masa itu hanya tuhan sahajalah yang tahu bertapa beratnya hatiku untuk menjalani latihan selama 3 bulan. Aku dimaklumkan melalui SMS ( sistem pesanan ringkas) PLKN menyatakan aku terpilih. Masa tu peperiksaan SPM belum lagi berlangsung dan itu sedikit sebanyak menganggu aku semasa proses pembelajaran. Pada mulanya memang hatiku tidak ingin untuk pergi, namun apakan daya, hukuman akan dikenakan kepada yang ingkar. Hanya mendengar lagu khidmat Negara di TV juga membuatkan aku tertekan pada masa itu.
Aku banyak mencari maklumat mengenai PLKN dan cuba untuk meyakinkan diri untuk terus menyahut cabaran ini. Aku bertambah yakin dengan mengetahui teman-temanku juga terpilih untuk menyertainya dan lebih-lebih lagi apabila aku diletakkan dibawah satu Kem dengan mereka. Aku bulatkan tekad dan azam akan menghadapi cabaran ini dengan bersungguh-sungguh untuk mengubah keperibadianku dan sekaligus melihat dunia luar yang ku rasa mempunyai seribu satu dugaan.

Kemudianya kami diarahkan untuk menaiki bas dan bermalam di sebuah Kem PLKN terdekat iaitu Kem ovai, papar sabah. Aku kebingungan dengan apa yang terjadi, setelah bas kami naiki berhenti kami terpaksa melalui jambatan gantung yang diperbuat daripada peranca untuk masuk ke Kem tersebut. Rasa takut memang wujud , dah lah baru pertama kali naik jambatan gantung dengan membawa beg pakaian yang besar. Memang menakutkan. Aku kemudianya diarahkah untuk berada di dalam sebuah rumah bersama rakan-rakanku yang lain. Dengan tidur menggunakan katil lipat ala tentera, aku tidur dengan lena kerana terlalu penat menuggu selama 5 jam di lapangan terbang.
Keesokkan paginya kami berangkat semula ke lapangan terbang terminal 2. Memulakan perjalanan ke Sarawak dengan menaiki boeing 707 Air Asia dan aku rasa dah lama sangat aku tak naik kapal terbang masa tu. Mengambil masa selama 1jam empat puluh lima minit kemudiannya aku sampai di lapangan terbang kuching. Dengan aku rasa perasaan yang tidak ku tahu dan bercampur aduk, aku dibawa ke Kem Pucak Permai, Bau ,Sarawak.

bersambung......