Penghibur Diri Dikala Cuti,
Negeri Utara Jelapang Padi,
Sungguh Indah Tidak Terperi,
Dilain Masa Bersua Kembali.
Kaki kini melangkah ke destinasi minda, tepat pukul 9.30 malam mula berangkat dari Terminal Ayer Hitam dengan kadar tambang RM66, perjalanan yang mengambil masa 10 jam dengan beberapa kali perhentian memang sesuatu yang memenatkan. Tiba di Terminal Alor Setar pada pukul 7.30 pagi kemudianya bersarapan di kedai makan Ramli. Seperjalanan semasa menghampiri Terminal aku disajikan dengan pemandangan pagi yang sangat indah.
Setelah itu menginap di Hotel Sabena dengan harga RM75.00 semalam. Berehat sebentar sebelum ke Masjid Al Bukhary untuk mengambil beberapa keping gambar. Masjid Al Bukhary yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar mampu memuatkan 10,000 jemaah dalam satu-satu masa. bersama-sama masjid ini juga dibina dengan beberapa beberapa bangunan antaranya adalah pusat rawatan, pusat membeli belah, rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan Universiti Al Bukhary. Masjid ini dibina oleh seorang usahawan yang berjaya lagi dermawan iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Kemudianya bergerak ke Muzium Padi, terletak di Gunung Keriang 8km dari bandaraya Alor Setar. Muzium ini yang memaparkan cara dan alatan yang digunakan untuk menanam padi. Selain daripada itu produk dari beras juga dipamerkan antaranya adalah sagon, jepang dan peneram. Muzium padi ini mempunyai keluasan 12,000 meter persegi di tubuhkan bagi memperkenalkan penyelidikan dan sumber yang berasakan padi dan dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 12 oktober 2004 . Kadar bayaran masuk adalah RM5.00 dan RM 2.00 untuk dewasa dan kanak-kanak. Sebelum berangkat perkena Laksa Kedah memang sedap.
Kali ini tidak berkesempatan untuk ke masuk ke Gua Keriang. "Gambaq kat luaq pun jadi lah noo.." under maintenance. Semasa perjalanan balik, terlihat keindahan sawah bendang yang sedang siap di bajak, turun sebentar untuk sesi bergambar. Ditemani dengan beberapa penduduk kampung yang sedang memancing ikan disertai dengan hujan rintik. Perjalanan diteruskan dengan ke lokasi yang seterusnya sekitar bandar Alor Setar iaitu Istana Anak Bukit. Istana Anak Bukit merupakan pekan yang terletak di berhampiran dengan Alor merah dan Kepala batas. Anak Bukit atau Changkat mendapat namanya daripada kawasan tersebut tinggi sedikit daripada kawasan sawah padi yang terdapat disekelilingnya, pada masa itu bukit kecil ini jelas kelihatan pada waktu pagi kerana ketinggianya berbanding dengan sawah padi yang dan rendah. Istana Anak bukit merupakan kediaman rasmi Sultan Kedah iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah inbi Almarhum Sultan Badlishah. Pada tahun 2009 Istana Anak Bukit telah menjalani pengubahsuaian yang bernilai 70 juta. Ruang makan istana ini saja mampu untuk menampung 1400 orang dalam satu-satu masa.
Hari melangkah senja untuk hari yang pertama diteruskan dengan melawat Masjid Zahir. Masjid Zahir dikenali dengan Masjid Diraja kerana kedudukanya yang berada di perkarangan istana. Masjid zahir yang mempunyai 1 kubah berwarna hitam besar disertai 5 kubah kecil mula dibina pada tahun 1912 yang di ilhamkan oleh Tunku Mahmud. Tapak Masjid ini merupakan pusara wira-wira kedah yang gugur semasa mempertahankan kedah dari serangan siam. Mempunyai keluasan tapak 124412 kaki persegi dengan dikelilingi beranda serta 4 anjung yang setiap satunya mempunyai kubah.
Roti Canai dan Roti Jala... nyaman bana!! |
Hari kedua di Utara Malaysia, bersarapan dengan Roti Jala dan Roti canai. Kelainan sarapan kali ini adalah Roti Jala yang dibuat besar dengan harga RM1.80 sekeping dengan kuah kari kerutup, memang lazat. Setelah bersarapan mula bergerak ke Perlis Indera Kayangan pula iaitu Taman Ular dan Reptilia. Terdapat kira-kira 150 ekor ular dari 34 spesis ditaman ini. 25 spesis ular tempatan dan sembilan spesis dari luar negara. 10 jenis spesis ular di taman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tesung senduk, ulat ekor merah, ular kapak bakau, ulau rusuk kerbau dan ular katam termasuklah katam tebu dan katam payung serta punti.
Bayaran masuk ke Taman Ular ini adalah RM 5.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kamera. Sesudah melawat haiwan reptilia tiba masa untuk ke gua pula.
Kawasan Taman |
Puisi Gua kelam,
Gua kelam indah menawan,
Titian Gantung Mengusik jiwa,
Andai hidup tidak berkawan,
Ibarat Badan tidak bernyawa.
Gua bersungai titi direntnag,
Terowong bijih mengimbau nostalgia,
Maruah kita sama ditatang,
Supaya hidup aman Bahagia.
Berkocak air dibawah titi,
Iakn melompat di malam gelita,
Dekat di mata sayang di hati,
itulah Perlis Negri tercinta.
Terbang unggas di taman rusa,
Singgah makan di pinggir laman,
Andainya hilang budaya bangsa,
Hidup gelisah tidak berpedoman.
Kolam bijih airnya tenang,
Tempat minum hidupan rimba,
Berbuat bakti kalau dicanang,
Ibarat air bocor ditimba
karya : Adnan Jahaya.
Gua kelam terletak di kaki bukit dan terletak lebih kurang 36 km dari bandar kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah yang bermutu tinggi. Gua ini juga menjadi jalan penghubung penduduk Wang Kelain ke kaki bukit. Pada waktu itu industri eropah yang berevolusi memerlukan bijih timah yang banyak membawa kepada kerja-kerja perlombongan dengan cara mendulang. Dulang yang diperbuat daripada kayu itu berbentuk leper seperti kuali, penduduk mendulang tanah lumpur yang dijangka terdapat bijih timah didalamnya. Harga bijih timah pada waktu itu adalah RM20 sepikul (60kg) dan mampu mencecah RM30 sepikul. Berjalan didalam gua yang telah lengkap dan selesa sejauh kurang daripada 500m memang menampakkan keunikan gua tersebut. Selain daripada gua, terdapat juga kawasan rekreasi mandi manda dikawasan sekitar. Bayaran masuk kedalam Gua adalah RM1.00.
Seterusnya bergerak ke Padang besar, "Padang besaq" yang popular sebagai syurga membeli belah mampu memberikan anda kepuasan dengan harga yang murah dan pelbagai. Padang besar terletak 56km dari selatan Hat Yai, thailand dan 35 Km dari Bandar Kangar. Kawasan yang bebas cukai ini menjadi tumpuan ribuan orang setiap minggu dari Malaysia dan Thailand sejak tahun 1960. Sebelum berganti hari singgah makan malam di Jeti, Kuala Perlis. Makan yang berkonsepkan pilih dan masak memang memukau dengan makanan laut yang segar dan rambang mata dibuatnya.
Nice view |
Menara Alor Setar |
Hari terakhir sebelum berangkat pulang pada pukul 8.30 malam nanti,
melawat kawasan sekitar Alor Setar. Muzium Diraja (Rumah Pelamin)
asalnya ialah sebuah istana Sultan Kedah dikenali sebagai Istana Kota Setar.
Bangunan ini dibina oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1736. Selepas
berlangsungnya beberapa istiadat perkahwinan diraja, istana ini dikenali sebagai
Istana Pelamin. Istana ini juga menjadi tempat kediaman keluarga diraja Kedah
dan menjadi pusat untuk upacara-upacara beradat seperti perkahwinan dan juga
istiadat berkhatan putera-putera dan kerabat diraja DYMM Sultan Abdul Hamid
Halim Shah. Kemudianya ke Muzium yang lainnya iaitu Galeri Sultan Abdul Halim,
Balai Nobat, Menara Jam dan Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman. Destinasi
terakhir adalah Menara Alor Setar, menara Alor Setar merupakan menara
telekomunikasi yang ke 2 tertinggi di Malaysia dan yang ke 22 tertinggi di
dunia. ketingginanya ialah 165.5 meter dari aras laut dan menelan kos sebanyak
RM 40 juta. Selain menjadi menara telekomunikasi, ianya juga berperanan sebagai
salah satu tarikan pelancong bagi menikmati panorama indah dan menarik disekeliling
Bandaraya Alor Setar. Berangkat pulang dengan perjalanan pulang yang lebih
selesa, dan tepat sampai pada pukul 8.00 pagi di Batu Pahat.
No comments:
Post a Comment