@L@

Friday 11 October 2019

Tempat Menarik di Kuala Terengganu

30.09.2019

Pantai Timur- Kuala Terengganu

Hari Pertama

Kali ini Aku mengorak langkah atas urusan kerja. Aku mengambil kesempatan sambil menyelam minum air. Kali pertama menjejakkan kaki di Kuala Terengganu sangat teruja untuk melihat budaya dan cara kehidupan di tempat lain. 

Semua tempat-tempat menarik cuba disenarai pendek disebabkan waktu yang singkat. Mengambil penerbangan seawal 6 pagi untuk transit di KLIA sebelum terbang semula ke Terengganu. Penerbangan Labuan-Kuala Lumpur mengambil masa selama 2 jam 30 minit manakala Kuala Lumpur-Terengganu mengambil masa selama 45min ke 60min menaiki Boeing 737 pada pukul 2.40petang. 

Sesampainya di Kuala Terengganu terus menaiki teksi ke Hotel Grand Puteri dengan kadar harga RM30. Pemandangan pertama adalah Jambatan Angkat (Drawbridge) yang baru dirasmikan pada bulan lepas yang merupakan Jambatan angkat pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Berehat seketika dan menunaikan kewajipan sebelum bergerak semula sekitar Kuala Terengganu. 

Jam telah menunjukan tepat pukul 5 petang, Aku mula mengatur langkah untuk melihat keindahan Bandar Terengganu. Walaupun Bandar Kuala Terengganu (KT) tidak memiliki pusat membeli belah yang besar tetapi deretan kedai sudah memadai dengan pelbagai jenis jualan disediakan. Mencari makan tengahari (walaupun telah lewat petang) ke gerai-gerai tepi jalan. Makanan pertama yang terlintas difikiran adalah Nasi Dagang. Walaubagaimanapun, Nasi Dagang hanya dijual pada sebelah pagi iaitu menu untuk sarapan. Aku terus mengambil nasi berlauk dan teh ais dengan kadar harga RM10. Sambil membeli lekor goreng dengan harga 4 keping RM1. Disini anda boleh memilih lekor rebus atau goreng. Meneruskan perjalanan ke lorong-lorong kedai dengan lukisan mural terpampang sepanjang lorong. 



Hari Kedua

Nasi Dagang
Meneruskan perjalanan, dengan mencari sarapan Nasi Dangang pagi ini. Seterusnya ke Pasar Payang pada pukul 8.00 pagi. Hanya berjalan kaki mengambil masa selama 10-15 min dari tempat penginapan. Pelbagai hidangan sarapan dijual di pasar Payang ini antaranya adalah, Nasi Dagang, Nasi Minyak, Nasi Lemak, Nasi Kerabu dan beraneka jenis kuih.





Seterusnya ke Muzium Negeri Terengganu. Dari Pasar Payang ke Muzium hanya memamakan masa selama 20-30min dengan menggunakan Grab dengan kadar harga RM9.00. Tiba di Muzium Terengganu pada pukul 9.00 pagi. Menghabiskan waktu sejam  setengah untuk melawat keseluruhan muzium. Muzium ini mencerita kebudayaan warisan negeri terengganu dengan memaparkan artifek kesultanan negeri terengganu. Antara barangan artifek yang popular di Muzium ini tentunya  Batu Bersurat. Kadar Masuk Muzium ini adalah RM5.00 seorang untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Untuk peringatan kepada anda yang akan menggunakan Grab, Grab agak susah untuk diperolehi dikawasan muzium anda perlu menunggu antara 30-45min dengan kadar harga yang melambong tinggi (RM20-RM25) untuk ke Bandar KT. Anda boleh mencuba muaturun aplikasi maxim untuk di Terengganu.




Hari Ketiga



Kembali semula ke Pasar Payang untuk membeli lekor dan batik terengganu untuk dibawa pulang. Mencari makan di kawasan Pantai Batu Buruk, hanya mengambil masa 8 min dari pasar payang dengan kadar harga RM5. Kawasan pantai ini masih mencakupi kawasan Grab 5km dari bandar KT. mudah untuk mendapatkan Grab. Kawasan pantai yang bersih sesuai untuk berjalan santai diwaktu petang. Aku seterusnya singgah untuk santapan petang dengan menu nasi pataya dan coconut shake. Perbezaan Coconut shake terengganu ni, ianya menggunakan ais ketul dan tidak dikisar seperti kebanyakan coconut shake, disini ianya seperti Coconut Float.
Partner in crime kalau nak jenjalan
Pasar Payang


Hari Keempat

Kadar Harga TTI 2019
Seterusnya perjalanan terakhir sebelum berangkat pulang adalah ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Taman Tamadun Islam (TTI) ini merupakan salah satu taman tema yang menempatkan monumen/ replika yang mempertengahkan keindahan rekabentuk masjid dan binaan islam yang hebat. Hanya memakan masa 20-35min dari bandar KT dan 5-10min dari Muzium Negeri Terengganu menggunakan kenderaan. Kadar Harga untuk ke TTI ini  menggunakan aplikasi maxim hanyalah RM7 berbanding Grab RM14. (Sebagai langkah berjaga-jaga, dapatkan no telefon pemandu kerana perkhidmatan pengangkutan amat terhad disini). Kadar Harga untuk masuk Ke TTI ini adalah RM 24.10 untuk dewasa dan RM17.80 untuk kanak-kanak.

Terdapat lebih daripada 21 monumen masjid dari pelbagai negara dipaparkan disini. Taman tema ini memiliki keluasan 22.3 hektar dengan kos pembinaan 249.3 juta secara berfasa. Oleh kerana keluasan Taman tema ini, Tram, Buggy dan basikal disediakan dengan kadar harga yang berbeza bagi setiap jam. 

Kemudahan tandas disediakan disetiap selang monumen. Anda digalakkan untuk membawa payung atau topi semasa berada disini dan masa yang sesuai adalah selepas pukul 4 dan keatas kerana cuaca yang lebih redup dan tidak panas. Taman ini dibuka pada pukul 10pagi sehingga pukul 7 petang.




Hanya 5 min daripada Taman tema ini ada Masjid Kristal. Masjid Kristal merupakan binaan kaca dan keluli yang mempunyai 51 kubah dan 4 menara. Masjid pintar pertama di Malaysia ini mampu menempatkan sehingga 700 orang jemaah dalam satu satu masa. Masjid ini telah dirasmikan oleh yang dipertua agong pada 8 Februari 2008 dan telah menelan belanja sebanyak RM360 juta. Rekabentuk yang unik menjadikannya pusat tarikan terbaru di terengganu pada masa itu. Walaubagaimanapaun, Masjid ini tidak lagi dapat digunakan dan sedang didalam proses penyelenggaraan, tetapi pengunjung masih boleh bergambar diperkarangan masjid.



Menunggu kehadiran Grab dan Maxim tidak kunjung tiba, akhirnya setelah 40-50 min maxim tiba dengan kadar bayaran RM8.00. Difahamkan perkhidmatan grab dan maxim hanya aktif pada sebelah petang di hujung minggu atau sekiranya terdapat acara majlis disini.

Hari Kelima

Bergerak pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat pada pukul 8.30. Menaiki Grab dari penginapan ke Lapangan terbang dengan kadar harga RM14. seterusnya menaiki penerbangan balik ke Labuan pada pukul 7.20pm dan tiba di Labuan pada pukul 11.00 malam.


Monday 23 September 2019

Labuan - Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud

Assalamualaikum,

Kali ini pergerakan bersempena cuti hari malaysia

14 dan 15 September 2019

Hari Pertama 

Bertolak daripada rumah pada pukul 5.15 pagi bagi menaiki Feri Kenderaan pada pukul 6.00am dengan kadar bayaran RM50 sehala bagi kenderaan MPV. Feri kenderaan tiba di tanah besar sabah pada pukul 8.20 pagi . Memulakan perjalanan ke Kota Kinabalu, walaupun keadaan perjalanan sedikit sesak di kawasan kinarut disebabkan kerja-kerja selenggara jalan, kami tiba pada pukul 12 di Kota Kinabalu dan makan tengahari secara Drive thru sahaja. 

Kami mula mendaki menggunakan jalan menuju ke kundasang. Hanya mengambil masa 1 jam 30 min dengan keadaan trafik yang lancar. Keadaan cuaca yang mendung mengurangkan kehangatan di Kota Kinabalu.

Tiba di Polumpung Melangkap Camp Site, Kota Belud (PMVCS) pada pukul 1.30 petang. Walaupun waktu untuk daftar masuk ada pukul 2 petang pihak PMVCS masih membenarkan kami untuk mendaftar dan memilih tempat untuk berkhemah. 




Setelah semua pendaftaran telah selesai dan semua pemasangan khemah telah dilaksanakan oleh pemilik camp site. Camp Site ini menyediakan ruang solat berkongsi (male/female) yang memuatkan dalam 6-7 orang dalam satu-satu masa sahaja. Pukul 2 petang memulakan langkah untuk terus bermandi disungai. Cuaca agak mendung dan air sungai yang sedikit deras akibat hujan semalam. Air sungai yang dingin dari puncak gunung memberikan ketenangan seketika. Bermain air sedar tidak sedar jam telah menunjukkan pukul 5 petang. Bersiap membersihkan diri di BathRoom yang disediakan (Terdapat 8 bilik mandi dan 10 tandas disediakan).

Tapak berbumbung turut disediakan



Maxis dan Celcom Line good, Digi Limit


Seterusnya membuat persediaan untuk makan malam. 

Tomyam
Panggang ayam
Menu malam ni ayam panggang dan Mee hoon Tom yam sambil bermain Game Card. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Semua penghuni tidak dibenarkan untuk membuat bising dan permainan online Game terus beraksi. (Line Celcom dan Maxis agak lancar untuk Digi pula agak terhad)



Pemandangan terbenam matahari

Hari Kedua

Pukul 5.00 pagi, Subuh yang dingin dengan tiupan angin lembut yang menyegarkan. Pada pukul 5.30 pagi bersiap sedia untuk mandi semula disungai. Aku dan kawan-kawanku pembuka tirai untuk mandi disungai pada pagi itu. Sambil bergambar dan berborak dipagi hari, airnya lebih jernih dan bersih dari semalam. Tips untuk anda tidak merasa air terlalu sejuk adalah dengan berendam keseluruhan badan. Anda akan rasa selesa dan melegakan.




2 jam berlalu, waktu berendam telah tamat. bersiap-siap untuk sarapan dan membersihkan kawasan perkhemahan. Bersarapankan roti kemudiaanya daftar keluar dari PMVCS

Jam menunjukan pukul 9.30 pagi. Bergerak turun ke Kota Kinabalu, singgah sebentar di menggatal untuk melihat kedai Ikan disana. Seterusnya singgah di Harvest Penampang, cuci mata untuk melihat ikan peliharan disana.

12.00 singgah Sushi King Suria Sabah untuk menikmati makan tenghari, Set Grand Bento menjadi pilihan. Sampai menikmati makan tengahari melepaskan lelah seketika sebelum window shopping di SSF Suria. Jam menunjukkan pukul 4 petang masa untuk berangkat balik ke Menumbok. 6.30 petang sampai di menumbok dan menumpang mahgrib di masjid menumbok. Feri balik pukul 8.00 malam dan tiba di Labuan pada pukul 9.30 malam. 


Friday 30 August 2019

Labuan - Hatyai

Setelah sekian lama tiada aktiviti perjalanan kali ini 3 orang teman bersamaku melangkah pergi lebih jauh.

Tiket penerbangan promosi memang terus menjayakan perjalanan kali ini

Hari Pertama 

Bergerak dari Labuan menggunakan pesawat boeing 737-800 pada pukul 10  pagi membawa aku ke Kuala Lumpur dengan ketinggian 33000 kaki dari aras laut selama  2 Jam 30 minit (Tiket promosi bernilai RM104.00 sehala) Seterusnya, menunggu penerbangan kedua pada pukul 4.40 petang ke Alor setar kedah dengan harga Tiket RM84.00. 


Sesampai ke AOR terus menaiki grab RM 17.00 ke Hotel The Leverage Kuala Muda dengan kadar harga RM150 semalam. Memandangkan perjalanan kali ini secara berempat setiap penginapan yang ditempah adalah untuk didiami 4 orang. 


Pukul 7 petang bergerak ke Aman Sentral Mall untuk makan malam dan bekalan kewangan untuk perjalanan esok. Balik semula ke Leverage Hotel (Return RM12).  

Hari Kedua

Terjaga seawal 4.30 pagi bersiap untuk menaiki KTM Alor Setar ke Padang Besar pukul 6.33am yang memakan masa selama 40-55 minit. 

Jadual Perjalanan KTM Alor Setar Ke Padang Besar

Bergerak dari hotel pukul 6.00 pagi dan 3 minit sebelum tiket train pergi ke Padang Besar dengan kadar harga RM4.60 seorang.

Tiba di terminal Padang Besar pada pukul 8.00am. Sambil menunggu kaunter imegresen buka pada pukul 9.40am, singgah sarapan nasi lemak dan kuih muih.

Harga untuk menaiki kereta api Padang Besar - Hatyai bernilai 50baht atau RM8.00. Pastikan bawa bersama duit kecil


Setelah cop pasport telah selesai. Menaiki keretapi ke Hatyai mengambil masa 55 min bergantung kepada persinggahan. 


Setibanya di Hatyai pemandu tuk tuk (beca berenjin) dengan mesra menyapa dan anda bolehlah bertanya sekiranya ingin menaikinya. Walaubagaimanapun kami tidak mengambil tuk tuk, disebabkan hotel yang kami menginap hanya memakan masa 7 min dengan berjalan kaki. 

11 Pagi

Disebabkan waktu Thailand lambat sejam, kami tiba pada pukul 10 pagi dan daftar masuk ke JR Guest House bernilai 2800baht (RM384) untuk 2 malam. Bilik hotel yang selesa dan tempat yang strategik, namun tidak sesuai untuk anda yang tidak suka untuk naik dan turun tangga. Lif tidak disediakan. 

Berehat sebentar sebelum mencari makan tengahari. 

12.00pm (Bermula menggunakan waktu thailand)

Mencari makanan halal terdekat. Kami singgah ke Salma restoran tomyam ayam menjadi pilihan bersama nasi putih dan beberapa menu lain berharga 535baht (RM74). Surau disediakan d restoran ini.

Aiskrim kelapa + Pulut.
(50baht/RM6.90) 

Kembali berpusing pusing dikawasan sekitar untuk melihat keadaan dan suasana disana sambil cuci mata melihat barangan kraft sepanjang perjalanan.

Kemudiaan menaiki tuk tuk untuk ke Asean Market atau Asean Trade Bazaar dengan kadar harga 100baht (RM13.70) untuk 4 orang. Pasar ini menghidangkan pelbagai jenis jualan pakaian , kraft, cenderahati dan pelbagai jenis makanan. Harga yang ditawarkan agak murah dan anda masih boleh buat tawar menawar sehingga menjadi. 



Aku dan rakan rakan membeli beberapa helai baju batik Thailand. Setelah itu masa untuk makan malam. Kebanyakannya food stall disini adalah halal. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk berhati hati semasa memilih. Harga untuk setiap juadah disini adalah bermula 30baht(RM4) setiap satu.








Tuk Tuk
Tepat 11.00 malam kembali semula ke penginapan menaiki tuk tuk dgr kadar 100baht (RM13.70) perjalanan agak jauh disebabkan pemandu tuk tuk tersalah arah. Oleh kerana JR Guest House yang kami duduki kurang popular kami terpaksa mengunakan pusat membeli belah terdekat sebagai petunjuk.





Hari Ketiga

Seawal 7.30 pagi bergerak ke Morning market yang diadakan setiap hari untuk melihat keadaan disini. Pasar pagi yang sibuk dengan orang ramai membeli untuk kegunaan seharian. Buah-buahan menarik perhatian untuk mencubanya.

Setelah selesai meronda pasar pagi, kami seterusnya mencari tempat makan untuk bersarapan pagi. Dengan menaiki Grab dengan kadar 170baht (RM23.30), pukul 1030 pagi kami ke Dimsum Chabura. Berharga 15baht (RM2.00) untuk hidangan kecil dan 20baht(RM2.70) untuk hidangan besar. selesai makan 836 baht (RM114.70)..
Dimsum Chabura

Seterusnya ke Cable Car menaiki Grab 260 baht (RM35.70) . Penggunaan Grab adalah tidak dibenarkan untuk ke setiap pusat pelancongan di sini. Terpaksa berpakat dengan pemandu grab,  dia adalah sebagai rakan bersama. Menaiki Cable Car hanya memakan masa kurang 10 minitt berharga 200baht (RM27.40) dua hala. Kerana cuaca yang agak panas menyebabkan terasa seperti didalam cable car sauna.
Pemandangan Hatyai dari Cable Car
#Done beli 200baht (RM27.40)



Ayam Goreng Spicy
Seterusnya ke Floating Market menaiki Grab berharga 260baht (RM35.70) pada pukul 4.00pm. walaubagaimanapun pada waktu ini. Floating Market belum menjalankan operasi sepenuhnya. Pada  pukul 5.00pm barulah aktiviti bermula rancak. Aku mencuba ayam goreng  spicy. berharga 40baht (RM5.50).  Disini selain Floating Market gerai makanan dan jualan pakaian juga ada. Kawasan ini juga dilengkapi tandas awam dan juga surau. Seterusnya pulang semula ke penginapan recharge sebelum menyambung perjalanan malam menaiki Grab 150baht (RM20.60).

90baht (RM12.30) menaiki Grab ke Greenway Night Market. Kedudukan pasar malam ini berdekatan dengan Asean Night Market. lebih kurang 5-10 minit berjalan kaki. Greenway ini lebih tersusun bersih dan besar berbanding asean night market. Masa untuk membeli belah. Food Station harus menggunakan topup card, tiada penggunaan tunai disini. Berbanding di Asean Night Market anda harus lebih berhati-hati disebabkan makanan halal dan non halal dijual bersebelahan. Terasa nak makan tomyam tapi ada pula crispy pig skin kat sebelah. So jangan salah ambil sudahlah.. hahaha..  pasar malam ni mula tutup pada pukul 10 malam. Bergerak balik semula ke sarang,. Jam menunjukkan pukul 12 malam menaiki Grab 90baht (RM12.30). 
Nasi Ayam Goreng "50Baht"

Hari Keempat

Perjalanan balik. keretapi pertama ke padang besar adalah pada pukul 7.30 pagi. Aku mula bersiap-siap seawal 5 pagi dan bersedia untuk daftar keluar hotel. Hanya berjalan kaki ke Station keretapi Hatyai tiba disana pada pukul 6.30am. Melihat gelagat dan rutin rakyat Thailand kehidupan sehari-harian lebih sopan dan santun. Tepat 7.30am keratapi bergerak meluncur laju ke Padang Besar.
Perjalanan Balik

Setiba di Padang Besar, 1 jam kemudian pada pukul 9.30am (Waktu Malaysia) beratur untuk keluar melalui imegresen 30 min menunggu. Keratapi ke Alor Setar ada setiap 1 jam dan keratapi yang terdekat adalah pada pukul 10.33 pagi dengan kadar harga RM4.60 selama 50min - 1 jam. 

Seterusnya setibanya di perhentian Alor Setar menaiki Grab ke Pekan Rabu RM4.00 sambil melihat pengusaha teksi tanpa pelanggan. Pekan Rabu telah dibangunkan dari tahun 1920  oleh Almarhum Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid dan menjadi pusat tarikan pelancongan di Kedah. Pekan  Rabu yang dahulunya hanya beroperasi pada hari rabu telah dibangunkan sehingga menjadi pusat beli belah bertingkat. Setelah mencuci mata melihat barangan di Pekan Rabu seterusnya ke Lapangan Terbang Alor Setar dengan kadar harga RM12.00. Tidak sempat untuk menikmati Roti Jala..

Penerbangan seterusnya pada pukul 5.50pm untuk ke Kuala Lumpur selama 1 jam. Sedikit lewat tetapi masih boleh diterima. Singgah sebentar makan malam di Subway sebelum bergerak menaiki Grab dengan kadar RM65 + RM7.80 Tol = RM72.80 ke Hotel Swiss. Akibat pemandu Grab baharu memakan masa tambahan 20 min sebelum tiba ke destinasi. Daftar masuk Hotel Swiss dengan harga RM151 semalam. Berjalan sekitar hotel sambil menyantap A&W.

Hari Kelima

Pagi hari di Kuala Lumpur ditemani hujan rintik dan sedikit jerebu, merehatkan sedikit badan sebelum keluar untuk bersarapan. Mencari makan sekitar Masjid Jamek namun tiada kedai kuih-kuih yang buka. Masa dan waktu yang tidak sesuai. Mekdi menjadi persinggahan.


Meneruskan perjalanan ke Jalan TAR, walaupun masih tidak banyak kedai yang buka, sempat membeli beberapa helai baju. Singgah sebentar ke SOGO, banyak promosi ditawarkan. Memandangkan bagasi yang limited berfikir semula untuk memborong barangan.

Daftar keluar dari bilik hotel dan menuju ke Setapak Mall dengan menaiki Grab dengan kadar harga RM14.00 untuk sesi lontaran vokal dan movie "Ready Or Not" sambil menikmati Sushi King disana.

Tepat pukul 8.30pm bergerak semula ke Hotel untuk mengambil barangan yang ditinggalkan RM14.00  dan seterusnya ke KLIA 2 untuk bermalam. Setibanya dihotel pada pukul 9.30pm  Grab untuk sedan agak susah diperolehi dan kadar harga adalah RM 75 + 7.80= RM82.80.

Tiba Pada pukul 10.30pm di KLIA 2 dan membuat rondaan untuk lepas gian
sehingga pagi.

Hari Ke Enam

Hari terakhir, mata tidak terlelap dari semalam, membuat semua merasa penat dan tidak bermaya. singgah Subway untuk dibawa balik. seterusnya menaiki pesawat pada pukul 7.30am dan tiba di Labuan pada pukul 10.00 pagi.



*RM1.00= 7.29baht