Perancangan perjalanan yang tidak cukup sehari membawa aku ke Tanjung Piai. Kali ini seramai 11 orang membuat pergerakan perjalanan yang tertunda hampir 2 jam diakibat masalah kereta sewa. Namun perjalanan yang dirancang 6.30 pagi bertukar 9.30 pagi. Tapi perjalanan tetap diteruskan. Mengambil masa 1.30 dari Batu Pahat ke tanjung dengan bayaran tol RM 5.70.
Tanjung piai merupakan satu kawasan
pelancongan yang popular sebagai penghujung tanah besar asia (Tip Of Mainland
Asia). Tanjung piai juga mempunyai
perlbagai hidupan flora dan fauna termasuklah keadaan keunikan paya bakaunya
antara penghuni paya bakau ialah Ketam, mudskippers dan macaques. Tanjung piai mempunyai keluasan 926ha-526ha
termasuklah bakau persisir pantai. Terdapat dua kawasan masuk utama iaitu
melalui Sungai Belukang atau Desa Sri Piai. Bayaran masuk ke Tanjung piai
adalah RM 5.00 . Selama 2 jam berada di tanjung piai dengan bergambar untuk
dijadikan ingatan.
Setelah ke Tanjung Piai destinasi
seterusnya adalah Kawasan Air terjun Kota Tinggi. Mengambil masa selama 2 jam
lebih dari Tanjung Piai. Bayaran masuk
ke kawasan Air Terjun ini adalah RM 7.00 seorang ( ini tak masuk nak sewa boat
pelampung RM 25 sejam) dan RM 3.00 untuk kenderaan. Air Terjun Kota tinggi ini
terletak 15 km dari Bandar Kota Tinggi dan terhasil daripada sungai kecil.
Terdapat beberapa taman permainan air terjun.
Taman rekreasi ini tututp pukul 7 pm , memang tak sempat nak main puas-puas dekat sini .
Penat bermain air, seterusnya menikmati makan malam di Kluang . Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam sebelum sampai ke tempat yang dituju iaitu Restoran Facefood. Chiken shop menjadi pilihan dengan kadar harga RM7.50. kadar harga berbaloi dengan kuantiti dan quality yang dihidangkan. Siapa yang tak makan banyak rugi makan dekat sini… hehehe.. seterusnya perjalanan balik ke Batu pahat ditemani dengan hujan lebat, perjalanan yang sepatutnya 45 minit menjadi sejam diakibat oleh jarak pandangan yang terhalang. Tepat pukul 11.45 sampai di Batu Pahat.
No comments:
Post a Comment