Macam dah lama
sangat tak pergi jenjalan. Waktu sengang yang banyak nak juga ikut program
"Kamek Anak Sarawak".. " Kitak Anak Sarawak ?" ..
Boleh??... Join program bersama-sama persatuan Borneo. Program yang dijalankan
di PWTC (Putra World Trade Centre) makan malam bersama pemimpin no 1 Sarawak.
Walaupun pengangkutan agak lewat disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi semua ahli tetap bersemangat untuk memulakan perjalanan.
Berkumpul pada
pukul 10 pagi diperkarangan dataran, mendengar taklimat yang diberikan sambil
menunggu bas yang tidak kunjung tiba. Sabar menanti, 3 bas muncul dan memulakan
pergerakan. Lan Berambeh merupakan aktiviti tahunan yang telah dilaksanakan
untuk kali ke-8 yang bertempat di PWTC dan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua
Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi
Raghad Kurdi Taib. Karnival ini yang dijalankan untuk menghimpun anak-anak
sarawak dari kalangan pelajar-pelajar, mereka yang bekerja dan yang menetap
disemenanjung Malaysia. Sebelum malam kemuncak "Segulai Sejalai"
program ini telah membuka tirainya pada pukul 9 pagi dengan Forum yang bertajuk
" Persekutuan Malaysia Masa Depan Sarawak" dan telah dipenuhi dengan mahasiswa/mahasiswi
sarawak seluruh semenanjung Malaysia.
Malam Kemuncak
telah dihadiri oleh 10,000 orang sarawakian dan dimeriahkan lagi dengan
artis-artis jemputan antaranya adalah penyanyi asal sarawak "BOB AF",
sebelum jamuan bermula pada pukul 8.00malam hadirin mula memenuhi dewan dengan
meriahnya. Antara menu wajib adalah Mee Kolok sarawak, ingin aku bagi 5 bintang
dekat chef yang masak dengan kuah daging yang cukup rencah. Selain Mee Kolok
terdapat juga Mee Jawa yang disediakan. Aku mencuba Daging Kicap dan Daging
Kari Kambing, memang terangkat dan dihiasi dengan sayuran campur. Makan Malam
yang cukup sempurna dan yang paling penting ianya "PERCUMA".
Dah penuh dah!! |
Booth buku yang dijual |
Sekitar Booth Lan Berambeh 2015 |
Bergerak pulang
pada pukul 12.00am dan sampai ke Batu Pahat tepat pukul 4.30am.
No comments:
Post a Comment