Hari semakin sibuk dengan
kerja-kerja yang tertangguh, keluar bersiar-siar untuk mencari ketenangan
seketika. Kemudianya aku ke taman tema yang paling dihajati di Johor Baharu iaitu
LegoLand. Legoland Malaysia (LM) merupakan taman teman yang menyediakan lebih
40 tarikan dan persembahan yang menarik. LM yang dibuka pada 15 september 2012
terletak di Nusajaya Johor Malaysia. Dengan keluasan berukuran 5,500,000 kaki
persegi (510,000m2) menempatkan beberapa tema seperti “The Beginning”,
“LEGO Technic”, “LEGO Kingdoms”, “Imagination”, “ Lego City”, “Land of Adventure”
dan “MINILAND”. Jarak perjalanan sejauh 30Km hanya mengambil masa lebih kurang
25minit daripada Lapangan Terbang Antarasangsa Senai. LM merupakan taman tema
Legoland yang pertama dibuka di Asia dan kos pembinaan LM adalah 720 juta. Harga
Tiket untuk dewasa MYKAD adalah RM120 (Theme Park) manakala harga untuk
kanak-kanak/orang tua RM90 (Theme Park) dan kupon makanan RM10 akan diberikan
sekali. Harga minuman setiap 500ml bergas berharga RM5.00.
Melakukan perjalan daripada Batu
Pahat pada pukul 9.00 pagi berpandukan GPS (Global Positioning System). Melalui
lebuh raya utara selatan aku dan rakan keluar melalui pesisiran keluar senai
dengan kadar tol RM8.70. Dan teruskan semula melalui Express way ke
persimpangan LM (kena pakai touch n go je.. terpaksa buat kad RM10.00 + RM10.00).
Wajib kunjung di Legoland.
The beginning
Lego Technic
Lego Kingdoms
Kingdom's |
The Forestmen's Hideout |
The Dragon |
Dragon's Apprentice |
Observation Tower |
Main ke tak!! |
Lego Studio 4D |
Land of Adventure
Lego City
Rescue Academy |
Miniland
Legoland tutup pada pukul 6.00
ptg, pukul 5.30 dah mula tutup untuk kerja-kerja admin, sebelum keluar daripada Legoland beli sedikit cenderahati, rambang mata semua cantik-cantik belaka, kadar
harga untuk barangan lego serendah RM10.00 hingga RM1000.00. (kawasan letak
kenderaan RM9.00 setiap kali masuk). Sebelum balik semula ke Batu Pahat singgah
sebentar ke Danga Bay untuk mengambil beberapa keping gambar. Bajet bujang dari
Batu Pahat untuk 2 orang hanya RM200 seorang.
No comments:
Post a Comment