@L@

Friday, 3 May 2013

Beach Camp Tioman Island



Buat ke sekian kalinya aku pergi lagi ke Pulau Tioman, namun kali ini aku pergi dengan misi yang berlainan. Mengikut aktiviti kem pantai (beach camp) untuk memenuhi syarat subjek yang aku ikuti iaitu Kejuruteraan Pantai dan Pelabuahan.  Bergerak pada pukul 9 pagi daripada Batu Pahat memngambil masa perjalanan selama 2 jam 30 minit. Seperti biasa bersarapan di Jentayu Corner. Aku membeli beberapa bungkusan gula-gula untuk bekal perjalanan. 

Sampai di Jeti Mersing tepat pukul 12 tengahari, oleh kerana feri yg berikutnya pada pukul 2.30 ptg aku dan teman-teman pergi ke kedai berhampirann untuk membeli cenderamata sambil menikmati makan tenghari disana.

Cuaca agak tenang untuk memulakan pelayaran. Mengambil masa selama 2 jam 30 minit selamat sampai di Jeti Ayer Batang,

Ayer Batang berdekatan dengan tempat penghinapan Nazri Chalet. Ayer Batang atau Air Batang juga dikenali sebagai kampong ABC terletak di utara kampong Tekek. Untuk ke perkampungan ABC ini sangat mudah kerana terletak berdekatan dengan jalan utama untuk persinggahan bot dari Mersing. Perkampungan ABC yang kebanyakan penduduknya adalah nelayan dan pemilik chalet, mempuyai pasir putih dan air laut jernih yang memukau. 
Pemandangan dari Ayer Batang

Kalau sebelum ini aku menginap di chalet tapi kali ini aku hanya berkhemah untuk merasai cabaran di pantai.
Setelah mendirikan khemah aku mula melaksanakan tugas yang diberikan, aku di kehendaki untuk mengambil bacaan pasang surut air laut selama 24 jam. Bermula pada pukul 7 petang bacaan diambil berselang 20 minit. Pada sebelah malam pula sambil menunggu mengambil bacaan, aku dan teman-teman membuat unggun api sambil membuat Roti Putar dan berborak sehingga pagi menjelang. Pada pukul 4 pagi hujan mulai turun dengan lebat sehingga pukul 5.30 pagi namun mengambil bacaan tetap diteruskan.

Membuat Istana Pasir di Tengah Malam

Pukul 6 setelah subuh menjelang aku terus beraksi dilautan dan menjadi saksi kesengsaraan temanku terkena dengan Landak Laut ( mengerikan walaupun tidak berbahaya). Berendam di pesisir pantai sehingga ke tengahari sebelum menyambung berenang semula pada pukul 3 petang. Cuaca panas tidak dihiraukan kerana keasyikan bermain air. Berenang ke kawasan terumbu karang memang sungguh menarik dengan ditemani bermacam-macam jenis ikan yang berwarna warni. Pemandangan sangat memukau.




Sebelah malamnya pula aku dihidangkan dengan BBQ. Memang tidak larat untuk menghabiskannya. Oleh kerana semalaman berada di pantai, aku tidur dan tidak sedarkan diri kerana terlalu penat.

Keesokkanya aku ke Pekan Tekek menaiki teksi kerana perjalanan mengambil masa 1 jam dengan berjalan kaki. Banyak kedai Duty free yang boleh dikunjungi dengan kadar harga yang bepatutan.  Namun sebelum itu aku singgah sebentar ke Marine Park.
 Coral Specimen 

Ombak Bergelora



Setelah puas berjalan di Pekan Tekek tiba masanya untuk pulang. Feri penumpang tiba pada pukul 5.30 ptg keadaan cuaca sedikit berangin dan hujan rintik, laut sedikit bergelora. berehat sebentar di Jeti Mersing sebelum bergerak pulang pada pukul 8.00 malam untuk ke Batu Pahat. Selamat sampai pada pukul 10.30 malam. 

No comments:

Post a Comment